[Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam]
Sempadan Baru Antara Arab Saudi, Iraq, dan Kuwait
Untuk memahami kenyataan Presiden Saddam Hussein bahawa Kuwait merupakan sebahagian dari Iraq, maka perlu untuk melihat kembali ke masa 70 tahun silam. Ketika suatu pertemuan dalam sebuah khemah di padang pasir Arab, seorang pesuruhjaya tinggi British, Sir Percy Cox menggambarkan garis yang menjadi sempadan Kuwait-Iraq. Pertemuan itu berlangsung selama lima hari tanpa ada kompromi.
Akhirnya pada suatu malam di akhir November 1922, Cox, wakil British di Baghdad, menyatakan bahawa Syeikh Abdul Aziz bin Saud akan segera menjadi penguasa di Arab Saudi. Ini untuk menandakan peranan British di sisa wilayah Turki yang telah dikalahkan itu.
“Sangat menghairankan jika melihat bahawa Ibnu Saud dimarahi seperti seorang pelajar yang nakal oleh Yang Mulia Pesuruhjaya Tinggi. Dikatakan bahawa dia, Sir Percy Cox, sendirilah yang menentukan garis sempadan wilayah,” tulis Lt. Harold Dickson, atase tentera British dalam memoirnya.
“Ini mengakhiri kebuntuan yang terjadi saat itu. Ibnu Saud hampir menangis dan menyatakan bahawa Sir Percy adalah ayah dan ibunya yang telah menjadikannya dari tidak berperanan apa-apa menjadi seperti dirinya saat itu dengan kedudukannya yang baru. Bahkan dia akan menyerahkan sebahagian kerajaan, jika Sir Percy memang memerintahkan.”
Dalam dua hari, kesepakatan itu lalu dilaksanakan. Sempadan baru antara Arab Saudi, Iraq, dan Kuwait pun dibuat oleh Kerajaan British dalam suatu konferensi yang dikenal sebagai Konferensi Uqiar. (The Washington Post, 31-8-1990)
Sumber: Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam