[Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam]
Penyusupan Misionaris ke Dunia Islam
Setelah mengetahui kegagalan usahanya untuk menghancurkan Khilafah Islam, kekuatan Eropah pun menyedari bahawa kaum muslim tidak boleh dikalahkan melalui jalur ketenteraan. Oleh kerana itulah, mereka akhirnya mencari cara untuk melemahkan dan mengalahkan kaum muslim.
Mereka menyimpulkan bahawa satu-satunya cara untuk mengalahkan kaum muslim adalah dengan mempengaruhi pemahaman mereka terhadap ajaran Islam sehingga menyebabkan Negara Islam (Khilafah) mengalami kejatuhan dari dalam. Perdana Menteri British, Disraeli, suatu ketika membawa sebuah Al-Quran ke bangunan Parlimen. Dia mengatakan bahawa kaum muslim tidak akan dapat dikalahkan sehinggalah Al-Quran dijauhkan dari mereka.
Maksudnya adalah bahawa pemahaman Islam perlu dicabut dari benak kaum muslim agar mudah mengalahkannya. Inilah yang kemudian mereka lakukan. Menebarkan benih-benih beracun nasionalisme merupakan langkah awal mereka untuk memulakan propagandanya. Mereka berharap akan terjadi kegoncangan besar-besaran di dalam Khilafah Islam.
Eropah berusaha mewujudkan harapan untuk menghancurkan Negara Islam. Mereka mengirimkan ejennya dengan menyamar sebagai misionaris yang dengan terbuka bergabung ke dalam berbagai bentuk bantuan pengetahuan dan kemanusiaan. Serangan ini dirancang untuk menanamkan organ berbahaya berupa pandangan politik dan kolonialisme ke dalam bentuk dan hati kaum muslim.
Kesalahan Kekhalifahan Islam pada saat itu adalah bahawa kaum misionaris tersebut diizinkan untuk bergerak secara bebas. Ini dilakukan tanpa menyedari akibat yang akan menimpa.
Para misionaris yang terdiri daripada orang-orang Brtitish, Perancis, dan Amerika ini memiliki dua tujuan utama. Pertama, menjauhkan kaum muslim daripada pemahaman yang benar tentang Islam. Ini dilakukan dengan memasukkan keraguan dan menyuntikkannya ke dalam benak kaum muslim untuk mempengaruhi akidah mereka. Kedua, untuk menciptakan jurang antara orang-orang Turki, Parsi, dan Arab. Ini jelas terlihat dalam pembahagian mereka menanamkan benih beracun nasionalisme.
Sumber: Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam