[Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam]
Pembentukan Pusat-Pusat Misionaris di Dunia Islam
Gerakan misionaris sebenarnya muncul setelah Revolusi Industri yang terjadi di Eropah pada abad ke-lapan belas dan terus berlangsung sampai saat diruntuhkannya Khilafah Islam pada 1924. Pusat misionaris terbesar telah didirikan di Malta pada akhir abad ke-enam belas. Pusat ini berfungsi sebagai pengendali serangan misionaris yang dilancarkan ke dunia Islam. Akan tetapi pada 1625, pusat ini dipindahkan ke Syam dan mereka berusaha untuk melangsungkan kegiatan misionaris di sana.
Para misionaris ini tidak banyak menemui keberhasilan dengan usaha mereka melalui pendirian sekolah dan menerbitkan banyak buku tentang masalah-masalah keagamaan. Akhirnya ketika usaha mereka gagal pada 1773, mereka menutup usaha mereka dan kembali ke Malta. Jalan pintas yang sebenarnya bagi kaum misionaris ini baru dilakukan pada abad ke-sembilan belas ketika Khilafah Islam mula memperkenalkan berbagai macam jenis perubahan. Ini dikenal dengan Tanzimat yang dimaksudkan untuk mengurangkan tekanan yang makin meningkat dari Barat. Reformasi ini memberikan pengaruh terhadap banyak perkara, termasuk masalah tanah, cukai, dan hak-hak kaum kafir.
Sekalipun hal itu banyak yang bertentangan dengan Islam, Khilafah Islam saat itu tetap mengatakan bahawa itu merupakan hasil ijtihad. Kesimpulannya bahawa hak itu tidak bertentangan dengan syariat. Oleh kerana itu, orang tidak lagi boleh mengatakan bahawa mereka telah menerapkan hukum-hukum kafir. Sebabnya, dalam benak kaum muslim saat itu telah ditanamkan bahawa hal tersebut tidak bertentangan dengan syariat.
Termasuk dalam upaya pembaharuan ini adalah pemberian autonomi yang lebih luas kepada penduduk beragama Kristian di Negara Islam. Khilafah telah memberi kebebasan kepada Rusia dan Perancis untuk menangani masalah-masalah yang terkait dengan orang-orang Kristian. Kemudian kedua-dua negara tersebut menggunakan kesempatan yang diberikan itu untuk mengadakan penyusupan ke dalam dunia Islam.
Kesempatan ini telah membuka jalan bagi terbentuknya pusat misionaris di Beirut pada 1820. Jaringan imperialisme pada saat itu merupakan benih-benih kanser yang berbahaya dan telah menyebar ke seluruh wilayah Khilafah Islam sehingga akhirnya mempercepatkan kejatuhan Khilafah Uthmani.
Pada awalnya, kaum misionaris menemui banyak kesukaran, tetapi mereka tetap menjalankan kegiatan mereka. Wilayah garapan mereka yang pertama adalah khutbah-khutbah keagamaan dan menanamkan budaya-budaya keagamaan, sedangkan program pendidikan mereka tetap terbatas dan lemah.
Sekalipun demikian, mereka tetap berusaha untuk membuka institusi pengajian tinggi di desa Antoura, Lubnan. Misionaris Amerika memindahkan pusat penerbitan mereka dari Malta ke Beirut agar mereka dapat mencetak dan mengagih-agihkan bukunya. Kemudian mereka menembus masuk di seluruh wilayah Syam sampai 1934.
Seorang misionaris yang sangat terkenal pada saat ini adalah seorang Amerika yang bernama Eli Smith. Dia telah bekerja di Malta sebagai sukarelawan di Penerbitan Misionaris. Eli Smith tiba di Beirut pada 1827, tetapi ternyata ketakutan dan kebosanan telah membawa dia kembali ke Malta.
Dia kembali semula ke Beirut pada 1834. Kemudian bersama dengan isterinya, dia membuka sekolah untuk para gadis. Wilayah kerjanya makin meluas. Dia menghabiskan seluruh hidupnya untuk bekerja di Syam, khususnya di Beirut. Kesempatan yang lebih luas lagi diperolehi oleh kaum misionaris ketika Ibrahim Pasha mengambil dan menerapkan kurikulum baru untuk sekolah rendah.
Kurikulum ini berasal dari sistem pendidikan di Mesir dan pastinya hasil suntikan dari sistem pendidikan liberal Perancis. Ibrahim juga mengenakan cukai tetap yang semakin membukakan pintu bagi orang-orang kafir untuk menduduki jawatan-jawatan dalam kerajaan. Dia juga mengisytiharkan visi Eropah tentang persamaan hak bagi seluruh warganegara disisi perundangan.
Para misionaris mengambil kesempatan ini dan makin mengintensifkan kegiatan mereka dan meluaskan usaha penerbitan mereka. Jesuit, yang perintahnya telah ditangguhkan oleh Paus pada 1773, kembali menguat. Para misionaris Protestan dari British dan Amerika juga memperkuat kedudukannya dengan mendirikan Gereja Protestan di Syria pada 1839. Dari sinilah kemudian didirikan pula Syrian Protestant College yang sekarang menjadi Universiti Amerika di Beirut pada 1866. Aktiviti kaum Jesuit pun mencapai kemuncaknya di Universiti Saint Joseph di Beirut pada 1874.
Sumber: Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam