Jurucakap: Gaza Terisolasi dengan Perjanjian Gencatan Senjata Zionis dan Hizbullah
Memetik Al-Jazeera pada 27 November 2024, gencatan senjata diumumkan di barisan hadapan Lubnan antara entiti Yahudi dan Hizbullah.
Pasukan Zionis secara bertahap akan menarik diri dari Lubnan selatan dalam tempoh 60 hari. Sedangkan, Hizbullah akan mundur ke utara Sungai Litani, sekitar 30 kilometer ke utara bersempadanan dengan Zionis. Tentera Lubnan akan mengerahkan sekitar 5,000 tentera di selatan Sungai Litani, membangun 33 kedudukan di sepanjang sempadan Zionis.
Mekanisme pemantauan bersifat tiga pihak ini melibatkan pasukan sementara PBB di Lubnan (UNIFIL), tentera Lubnan, dan tentera Zionis. Mekanisme ini akan diperluas mencakupi Amerika Syarikat dan Perancis dengan Washington sebagai pemimpin kelompok tersebut.
Di sebalik perjanjian ini, entiti Zionis telah menahan empat orang yang pulang ke kampung halaman mereka kerana mengesyaki mereka sebagai pejuang penentangan. Zionis juga mengenakan perintah berkurung di selatan Sungai Litani seolah-olah wilayah itu berada di bawah kawalannya.
Dalam perjanjian ini, Zionis berhak untuk bertindak di wilayah selatan terhadap sebarang bentuk pelanggaran. Di luar kawasan ini, Israel berhak untuk bertindak balas terhadap ancaman yang semakin meningkat, termasuk penyeludupan senjata haram ke Lubnan. Dalam kes sedemikian, Zions akan memaklumkan Amerika Syarikat bila-bila masa pun kebarangkaliannya. Penerbangan Zionis melintasi Lubnan akan menumpukan pada perisikan, pengawasan dan peninjauan, meminimumkan keterlihatan dan mengelakkan melanggar had kelajuan penghalang bunyi.
Gaza Terisolasi
Mengulas perkara ini, jurucakap kelompok dakwah ideologi antarabangsa menyatakan, perjanjian ini secara efektif telah memisahkan Front Lubnan dengan Gaza, membuatkan Gaza terisolasi di bawah serangan Zionis Yahudi tanpa dukungan Front Lubnan.
“Sementara itu, Amerika, Zionis Yahudi, dan rejim pengkhianat di sekitar Palestin telah mengatur perjanjian yang memastikan kemenangan bagi Zionis Yahudi ke atas Gaza dengan syarat yang mereka tentukan,“ ungkapnya kepada Pejabat Media Pusat, Jumaat (29-11-2024).
Ironinya, beliau merasa kesal kerana situasi ini berlaku secara terbuka di hadapan para penguasa yang tidak takut kepada Allah Taala dan tidak memiliki rasa malu.
Padahal, ujar beliau selanjutnya, Amerika dan sekutunya bermaksud untuk memutuskan Gaza sepenuhnya, memberikan kekuasaan kepada Zionis Yahudi di sana, Tebing Barat, Jerusalem, dan seluruh Palestin.
“Persetujuan untuk memecah-belahkan barisan pejuang dan mengundurkan tentera Hizbullah di utara Litani telah dipermudahkan oleh penglibatan tersirat para penguasa Muslim, terutama yang dekat dengan Palestin, seperti Mesir, Jordan, Arab Saudi, Turki, Iran, Syria dan Iraq. “Para penguasa ini bertindak seolah-olah mereka berkecuali antara Zionis Yahudi dan Muslim, tetapi pada hakikatnya, berpihak kepada entiti Zionis,” kecamnya.
Bahkan, jelasnya, Iran tidak mengerahkan tenteranya untuk mendukung partinya di Lubnan agar tidak terikat oleh perjanjian, menarik diri dari posisinya, dan menghentikan dukungannya terhadap Gaza.
“Begitu juga, rejim Mesir dan Jordan yang secara geografi paling dekat dengan Gaza dan Tebing Barat tidak mengerahkan tentera mereka untuk mempertahankan wilayah tersebut. Sebaliknya, mereka berkumpul di Kaherah untuk membahas rundingan dengan orang-orang Zionis Yahudi ke atas tanah Palestin, dan bukannya mengerahkan tentera mereka untuk membuang duri yang ditanam oleh penceroboh di Palestin,” kritiknya.
Lebih-lebih lagi katanya, sesungguhnya kaum Zionis Yahudi tidak mampu berperang kerana mereka telah direndahkan sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Ali Imran: 111—112, “Mereka tidak akan membahayakan kamu, kecuali gangguan-gangguan kecil saja, dan jika mereka memerangi kamu, nescaya mereka mundur berbalik ke belakang (kalah). Selanjutnya mereka tidak mendapat pertolongan. Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka (berpegang) pada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia.”
Beliau menyatakan, bahawa sifat pengecut telah tertanam dalam hati mereka dan mereka tidak akan dapat berdiri teguh melainkan dengan dukungan dari tali Allah atau dari manusia.
“Hubungan mereka dengan Allah telah terputus sejak zaman para nabi mereka sehingga mereka hanya bergantung pada dukungan orang lain. Tali mereka sekarang dipegang oleh pemimpin kekufuran, Amerika, bersama pengkhianatan para penguasa di negeri-negeri muslim. Tanpa dukungan ini, entiti Zionis Yahudi lebih lemah berbanding sarang labah-labah,” cetusnya.
Fakta mengungkapkan, sambungnya, selama lebih dari 400 hari, mereka tidak dapat mencapai tujuan mereka, bahkan melawan fraksi yang tidak memiliki pesawat mahupun kenderaan berperisai.
Penyingkiran Zionis
Hanya saja, beliau menerangkan, penyingkiran entiti Zionis Yahudi dan pencabutan asasnya tidak dapat dicapai melalui usaha oleh fraksi-fraksi saja.
“Satu-satunya cara untuk mencapainya adalah dengan memobilisasi pasukan,” hurai beliau mengutip firman Allah Taala dalam surah Al-Anfal: 57, “Maka jika engkau (Muhammad) mengungguli mereka dalam peperangan, maka cerai-beraikanlah orang-orang yang di belakang mereka dengan (menumpas) mereka, agar mereka mengambil pelajaran.”
Beliau menegaskan, para penjajah sepenuhnya menyedari hal ini sehingga mereka memberikan perintah yang tegas kepada para penguasa di negeri-negeri muslim untuk menjaga pasukannya agar tetap terkurung di berek-berek mereka.
“Para utusan penjajah, khususnya dari Amerika, mengembara melintasi wilayah tersebut dari Qatar ke Mesir, Jordan, Arab Saudi, Turki, dan seterusnya untuk memastikan bahawa para klien dari kalangan penguasa tersebut mematuhi perintah ini, memastikan pasukan-pasukan mereka tetap tidak beranjak dari tempat tinggal mereka,” ungkapnya.
Jadi, ulas beliau lagi, malapetaka umat ini terletak pada para penguasanya yang menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri tubuh-tubuh para syuhada, mendengar tangisan anak-anak dengan telinga mereka, dan melihat keluarga-keluarga yang terusir dari rumah mereka, turut membawa anak-anak dan wanita-wanita mereka dalam adegan yang menyayat hati.
“Para penguasa telah melihat semua ini dan telah mencapai akal sihat mereka, tetapi itu belum menyentuh kesatriaan seseorang seperti Al-Mu’tasim!” serunya.
Bahkan, lanjutnya, saat para penguasa ini mengepung entiti Zionis Yahudi seperti gelang yang melingkari pergelangan tangan, mereka gagal menggerakkan pasukan atau menanggapi jeritan yang meminta tolong. “Mereka telah merendahkan diri mereka sendiri kerana luka tidak menyakitkan bagi orang mati,” ucapnya.
Pesan
Seterusnya beliau menitipkan pesan kepada para prajurit muslim. “Anda tentu tahu bahawa Palestin adalah tanah yang diberkahi, tanah Islam yang tidak memiliki autoriti yang sah bagi orang Yahudi. Apa yang disebut solusi dua negara tidak memiliki tempat di sana. Sebagaimana Umar bin Khattab membukanya, khulafaurasyidin menjaganya, Salahuddin membebaskannya, dan Sultan Abdul Hamid melindunginya dari orang-orang Yahudi,” tegasnya.
Jadi, tambah beliau, Palestin akan kembali direbut melalui usaha para prajurit Allah yang tulus yang dipimpin oleh pemimpin mereka di bawah panji Rasulullah SAW dan memenuhi sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Umar, “Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi dan membunuh mereka.”
Lebih-lebih lagi, hurai beliau, Allah telah menjanjikan khabar gembira dalam surah As-Saff: 12—13, “Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin.”
Oleh kerana itu, dia mengingatkan para prajurit dalam pasukan Islam untuk bangkit dan mendukung Tanah Suci agar kembali bersinar terang sebagai tempat tinggal cahaya Islam kerana Allah akan menolong sebagaimana tercantum dalam surah Al-Hajj: 40, “Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sungguh, Allah Maha Kuat, Maha Perkasa.”
Sumber : muslimahnewsid