[Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam]
Kaum Misionaris Menebarkan Benih-Benih Nasionalisme
Selama pertengahan abad ke-19, kaum misionaris mengambil kebijakan yang belum pernah mereka terapkan sebelumnya. Kaum misionaris tidak hanya memfokuskan kegiatan pada sekolah-sekolah, pusat penerbitan, dan klinik perubatan, tetapi juga bergerak lebih jauh untuk mendirikan berbagai persatuan (association). Pada 1824, sebuah jawatankuasa dibentuk untuk mendirikan persatuan saintifik di bawah perlindungan misionaris Amerika. Jawatankuasa ini bekerja selama lima tahun sehingga terbentuknya persatuan yang mereka sebut sebagai Association of Arts and Science (Persatuan Seni dan Sains). Anggotanya termasuk Nasif al-Yaziji dan Boutros Al-Bustani [1], dua orang Kristian Lubnan yang dimasukkan ke dalam lembaga itu kerana mereka adalah orang Arab. Selain itu ada pula Eli Smith dan Cornelius van Dick, warga Amerika dan Kolonel Churchill warga British. Tujuan persatuan ini pada awalnya tidak begitu jelas. Selain bertujuan untuk mengajarkan pengetahuan kepada orang-orang dewasa, juga bertujuan untuk mengajar kanak-kanak di sekolah. Persatuan ini mendorong orang dewasa mahupun kanak-kanak agar senang mempelajari budaya Barat, lalu membentuk dan mengarahkan mereka sesuai dengan rencana misionaris.
Sekalipun mereka telah melakukan usaha yang bersungguh-sungguh selama dua tahun di Syam, tetapi hanya lima belas orang yang dapat mereka rekrut sebagai anggota aktif. Mereka semua adalah orang-orang Kristian, sebahagian besar dari Beirut. Tidak ada seorang pun dari Druze atau pun Muslim. Usaha besar-besaran telah dilakukan untuk mengembangkan dan menjadikan kerja mereka lebih berkesan, tetapi sia-sia. Persatuan ini dibubarkan dalam tempoh lima tahun tanpa mencapai sebarang keputusan yang ketara, selain memenuhi hasrat misionaris untuk membentuk lebih banyak persatuan. Oleh kerana itu, persatuan yang lain didirikan pada 1880 dan diberi nama Oriental Association (Persatuan Oriental). Persatuan ini diasaskan oleh orang-orang di bawah naungan Jesuit Perancis, iaitu Father Henri Debrenier dan semua anggotanya beragama Kristian. Persatuan ini mengikut jejak langkah Persatuan Seni dan Sains yang hanya bertahan sebentar. Selepas itu banyak persatuan lain muncul di banyak tempat, tetapi kemudiannya gagal dan jatuh seperti yang pendahulunya.
Kemudian persatuan baru telah dibentuk pada tahun 1857, memilih kaedah yang sedikit berbeza. Tidak seperti pendahulunya, semua pengasas persatuan ini adalah orang Arab. Tiada warga asing dibenarkan menyertainya. Ternyata persatuan ini agak berjaya dan dapat merekrut orang Islam dan Druze untuk benar-benar menyertai. Persatuan juga menerima mereka kerana mereka adalah orang Arab. Nama persatuan ini ialah Persatuan Saintifik Syria (Syrian Scientific Association).
Persatuan ini berjaya kerana aktiviti dan hubungannya dengan orang Arab, serta ketiadaan orang asing sebagai anggota. Anggotanya dapat meyakinkan orang lain untuk menyertai. Mereka juga berjaya mengumpul sokongan untuk persatuan sehingga anggotanya mencecah 150 orang. Antara kakitangan pentadbirannya ialah orang Arab terkemuka, seperti Muhammad Arsalan dari kumpulan Druze dan Husain Bayham dari kumpulan Muslim. Penganut Kristian Arab turut menyertai, antara yang paling menonjol ialah Ibrahim al-Yaziji dan Boutros al-Bustani.
Persatuan baru ini berusia lebih lama daripada yang lainnya. Program-programnya dirancang untuk menampung semua golongan dan untuk menjadi pencetus nasionalisme Arab. Akan tetapi matlamat tersembunyinya adalah kolonialisme dan misionaris di bawah selubung ilmu pengetahuan. Ini dapat dilihat daripada usaha menyebarkan budaya dan model pendidikan Barat.
Pada 1875, sebuah persatuan yang memang betul-betul memiliki konsep politik telah didirikan di Beirut. Kumpulan ini yang bernama Secret Association (perkumpulan rahsia) ini mula mempromosikan konsep nasionalisme Arab. Pengasasnya ialah lima orang pemuda, sebahagian daripada mereka mendapat pendidikan di Kolej Protestan di Beirut. Kelima-limanya adalah orang Kristian yang tentunya sangat dipengaruhi oleh misionaris. Setelah pembentukan persatuan ini, maka direkrutlah anggota-anggotanya.
Persatuan ini, seperti yang dilihat dalam pelbagai deklarasi dan risalahnya, menyeru kepada nasionalisme Arab dan kebebasan politik untuk rakyat Arab, khususnya di Syria dan Lubnan. Bagaimanapun, aktiviti kerjanya dengan program itu sebenarnya berkaitan dengan matlamat yang sama sekali berbeza. Matlamat mereka adalah untuk menanamkan keinginan salah dan harapan keliru dalam hati penduduk di sana. Mereka menyeru nasionalisme dan Arabisme kepada rakyat, dan menghasut permusuhan terhadap Khilafah Uthmaniyyah dengan memanggilnya “Negara Turki”.
Mereka bekerja untuk memisahkan agama dari negara dan menjadikan nasionalisme Arab sebagai dasar dan landasan hidup. Meskipun persatuan ini faktanya selalu mempromosikan Arabisme dalam penerbitan mereka, `Turki telah merebut Khilafah Islamiah dari tangan orang Arab dan melanggar hukum syariat serta menyalahgunakan agama‘. Hal ini menunjukkan dengan jelas wajah asli persatuan ini dan tujuan pendiriannya, iaitu untuk mencetuskan keresahan dan kekacauan terhadap Negara Islam, menanamkan kecurigaan dan sikap skeptik terhadap agama Islam, serta untuk mendirikan gerakan-gerakan politik yang berdasarkan pada prinsip prinsip non-Islam.
Hal yang pasti mengenai gerakan-gerakan ini adalah bahawa mereka semua dimulakan oleh kuasa Barat. Baratlah yang mendirikan gerakan-gerakan itu, serta Barat pula yang mengawasi dan mengawal mereka. Mereka juga menulis laporan tentang kegiatan gerakan-gerakan itu. Misalnya, Konsulat British di Beirut menghantar telegram kepada kerajaannya pada 28 Julai 1880 seperti berikut:
Revolutionary leaflets have come into circulation. Midhat is suspected to be source, despite this the situation remains calm. Details in post.
(Risalah-risalah revolusi telah beredar. Mithat dicurigai sebagai sumbernya, tetapi situasi tetap tenang. Butiran lengkap di dalam surat.)[2]
Telegram ini dikirimkan berkenaan dengan risalah-risalah yang tersebar di jalanan Beirut dan ditampalkan di dinding-dinding di sana. Telegram itu lalu disusuli oleh beberapa surat yang dikirim oleh Konsulat British di Beirut dan Damsyik. Surat itu disertai dengan salinan risalah yang disebar oleh persatuan sehingga sudah sepatutnya hal ini dianggap sebagai laporan atas aktiviti pergerakan di Kolej Protestan yang memulakan aktiviti mereka di Syam. Kegiatan persatuan ini lebih menonjol di Syam sekalipun mereka juga melakukannya di daerah Arab yang lain, seperti apa yang ditulis oleh Pesuruhjaya British di Jeddah kepada pemerintahannya pada 1882. Dalam laporannya tentang gerakan Arab, dia menyatakan, “Berita telah sampai kepada saya, bahkan di Mekah pun beberapa intelektual di sana telah mula membicarakan masalah kemerdekaan. Berdasarkan apa yang saya dengar, sepertinya telah tersusun rencana yang dilontarkan untuk menyatukan wilayah Nejd dengan wilayah di antara dua sungai, iaitu di selatan Iraq, dengan melantik Manshur Pasha sebagai pemerintah wilayah tersebut, juga rencana untuk menyatukan wilayah Asir dengan selesa dengan melantik Ali Bin ‘Abid untuk memerintah di sana.”[3]
British bukanlah satu-satunya pihak yang tertarik. Perancis juga menunjukkan ketertarikan yang besar untuk ikut campur dalam urusan ini. Pada 1882, salah satu dari pegawai Perancis di Beirut menunjukkan perhatian Perancis dengan mengatakan, “Semangat kemerdekaan telah merata. Saya melihat sepanjang lawatan saya di Beirut, dedikasi para pemuda Muslim untuk mendirikan sekolah dan klinik perubatan serta dalam membangkitkan negerinya. Apa yang patut disampaikan di sini adalah bahawa gerakan ini bebas dari pengaruh sektarian. Persatuan menyambut keanggotaan orang-orang Kristian serta bergantung kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan kaum nasionalis.”
Utusan Perancis di Baghdad juga menulis sebagai berikut, “Ke mana pun saya pergi, saya dihadapkan pada perasaan yang sama dan dalam skala (ukuran) yang sama, iaitu kebencian terhadap Turki. Adapun konsep untuk memulakan tindakan kolektif untuk melenyapkan situasi yang sangat dibenci ini, sesungguhnya memang sedang dijalankan. Di horizon, angin Pergerakan Arab sedang mengumpulkan kekuatannya dan akan segera lahir. Orang-orang yang telah tertekan sedemikian lama ini akan segera mengumumkan status mereka di dalam dunia Islam dan mengarahkan ke mana nasib dunia ini berjalan.”[5]
Kerja kaum misionaris yang mengatasnamakan agama dan keilmuan tidak hanya menjadi perhatian Amerika, Perancis, dan British. Akan tetapi meluas ke seluruh negara bukan Islam, termasuk Tsar-Rusia yang mengirimkan ekspedisi misionaris dan Prussia (Jerman) yang mengirim sekelompok biarawati (Sister Carodt) untuk bergabung dalam kerjasama dengan kelompok misionaris lain.
Sekalipun pendapat masing-masing kelompok itu berbeza terkait dengan program politik mereka dan sesuai dengan pertimbangan kepentingan negaranya masing-masing, tetapi tujuan mereka tetap sama, iaitu kristianisasi dan penyebarluasan budaya Barat di wilayah Timur. Ditambah lagi dengan usaha meniupkan keraguan dan kecurigaan kaum muslim terhadap agama mereka, mendorong kaum Muslim membenci agama mereka sendiri, dan memandang sejarahnya dengan penuh rasa jijik. Sementara itu di sisi lain menggiring mereka untuk memuji dan mengagungkan Barat beserta gaya hidupnya.
Kaum misionaris menjalankan misi mereka berdasarkan rasa kebencian mereka yang sangat mendalam terhadap umat Islam dan kaum muslim. Mereka merendahkan budaya Islam dan gaya hidupnya. Mereka menganggap umat Islam sebagai bangsa yang mundur, bahkan hingga hari ini ini masih merupakan pandnagan umum yang terpahat dalam pemikiran hampir semua orang Eropah. Hasil yang mereka capai pada masa lalu tercermin pada hari ini dalam tahap ketidakpercayaan umat terhadap agama mereka sendiri, serta kolonialisme di negara-negara Islam.
Nota kaki:
[1] Butros al-Bustani adalah seorang Maronit. Dia mendirikan sekolah yang terkemuka di Syria bernama Al-Madrasah al-Wathaniyah (Sekolah Kebangsaan). Sekolah ini didirikan untuk membangkitkan nasionalisme Arab. Tujuan ini tecermin dalam sebuah dokumen yang disebut Hubb al-Wathan (Cinta Tanah Air). Dukungan kewangan untuk Al-Bustani berasal dari Ismail, pemimpin nasionalis yang menguasai Mesir pada saat itu, yang menginginkan agar budaya Mesir mengikuti Barat. Al-Bustani terus membuat jurnal tentang politik, pengetahuan, dan sastera yang terbit dwi mingguan bernama Al-Jinan (taman-taman), yang mana ia mengadopsi slogan “Hubb al-wathan min al-iman” (cinta tanah air–patriotisme–adalah sebahagian dari iman).
[2] Sumber: The Islamic State, Taqiyuddin an-Nabhani, hal 185, Al-Khilafah Publication.
[3] Ibid, hal 186.
[4] Ibid, hal 186.
[5] Ibid, hal 186.
Sumber: Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam