[FIKH] AGAR KITA KEMBALI PADA AL-QURAN
Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar
Allah SWT berfirman:
“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut kerana ulah tangan manusia, yang dengan itu Allah bermaksud menimpakan kepada mereka sebahagian akibat ulah mereka, agar mereka kembali (kepada al-Quran).” [TMQ ar-Rum (30): 41].
Sebahagian bencana memang kerana faktor alam. Misalnya tsunami. Ini adalah bahagian dari qadha’ Allah SWT. Tak boleh dielakkan. Kita wajib diterima dengan penuh kesabaran dan kepasrahan.
Namun, sebahagian lagi adalah akibat ulah manusia. Misalnya banjir atau tanah runtuh. Yang terakhir ini boleh disebabkan oleh faktor aktiviti penggondolan hutan yang sewenangnya. Pihak terbabit tidak mempedulikan tuntunan syariah dalam pengelolaan alam. Kerana itu musibah seperti ini (tanah runtuh) sepatutnya boleh dihindari.
Hakikatnya semua bencana/musibah adalah peringatan dari Allah SWT. Semua itu sepatutnya cukup menjadikan manusia kembali kepada-Nya yakni kembali pada al-Quran. Itulah yang Allah SWT mahukan, sebagaimana firman-Nya di atas.
Namun, kerana manusia tidak mahu segera kembali kepada Allah SWT, kembali pada al-Quran, boleh jadi Dia akan menurunkan bencana yang lebih besar dan lebih dahsyat. Na’uudzu bilLaah min dzaalik!
Persoalannya: Setelah Allah SWT menurunkan pelbagai musibah atau bencana, masih belum tibakah saatnya kita untuk segera kembali kepada Allah SWT, kembali pada al-Quran? Adakah kita masih enggan untuk mengamalkan dan menerapkan al-Quran dalam seluruh aspek kehidupan? Atau adakah kita perlu menunggu Allah SWT menurunkan lagi bencana yang jauh lebih besar dan lebih dashyat? Sudah pasti tidak!
Alhasil, ayuh! Kita jadikah segenap musibah atau bencana sebagai momentum buat kita untuk kembali pada al-Quran.
Wa maa tawfiiqii ilLaa bilLaah.