[Nafsiyah] PETUNJUK TERBAIK
Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya petunjuk terbaik adalah petunjuk dari Nabi Muhammad SAW.” [HR al-Bukhari].
Manusia manapun memerlukan petunjuk. Memerlukan pedoman hidup. Tanpa itu, sesiapa pun akan tersesat jalan. Hidup tanpa arah dan tujuan.
Bersyukurlah kita menjadi seorang Muslim. Kita mempunyai pedoman hidup. Bersumber langsung dari sang Pencipta kehidupan. Itulah Al-Quran. Kita juga memiliki penunjuk jalan. Penerang kehidupan. Dialah Rasulullah SAW, pemilik as-Sunnah. Itulah yang secara tegas baginda sabdakan, “Sungguh petunjuk terbaik adalah petunjuk Muhammad SAW.” [HR al-Bukhari].
Tapi sayang, saat ini masih banyak Muslim yang menyimpang sama ada dari Al-Quran mahupun as-Sunnah. Memang benar mereka menunaikan ibadah ritual seperti solat, puasa, zakat atau haji kerana menjalankan perintah Al-Quran. Tatacaranya pun mengikuti petunjuk As-Sunnah. Namun, berbeza sekali di luar ibadah ritual. Petunjuk Nabi SAW telah ditinggalkan. As-Sunnah tidak lagi menjadi rujukan. Ini terjadi baik dalam konteks peribadi, sosial mahupun negara.
Dalam konteks peribadi, contohnya dalam hal berpakaian, ramai wanita Muslimah yang lebih mengikuti trend terkini. Aurat tidak ditutup dengan sempurna dan mempamerkan kecantikan. Walhal petunjuk dari Nabi SAW agar wanita menutup seluruh tubuh mereka di kawasan awam kecuali wajah dan telapak tangan, tidak mereka hiraukan. [HR Abu Dawud]
Dalam konteks sosial, contohnya di dalam muamalah, riba masih dipraktikkan secara meluas pada hari ini. Bahkan sekarang telah banyak muncul tawaran aplikasi pinjaman ribawi secara online. Dan seperti yang diketahui, telah ramai yang menjadi mangsa. Padahal Nabi SAW bersabda, “Satu dirham harta riba lebih berat (dosanya) daripada berzina dengan 36 pelacur.” [HR Ahmad].
Dalam konteks negara, keadaan menjadi lebih parah lagi. Ini disebabkan sejak awal negara tidak menerapkan Al-Quran dan As-Sunnah. Lantas bagaimana mungkin rahmat dari Allah SWT akan diturunkan?!
Wa maa tawfiiqii illaa billaah.