[Kenyataan Media]
[وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ]
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka.” [Al-Baqarah: 120]
Pentadbiran baharu di Syria telah mengeluarkan kenyataan berturut-turut mengenai sistem pemerintahan yang mereka ingin laksanakan selepas kejatuhan rejim zalim. Jelas sekali bahawa ia bukanlah sistem yang Allah SWT perintahkan, tetapi ia adalah sistem sekular yang memisahkan agama daripada kehidupan, dengan alasan memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih sistem pemerintahan. Mereka membenarkan para penunjuk perasaan wanita yang menuntut hak kebebasan dan pendedahan aurat, namun sebaliknya mereka menculik para penunjuk perasaan Muslimah yang terhormat yang meminta agar ahli keluarga mereka yang telah ditangkap kerana menuntut pelaksanaan Syariah Allah SWT dibebaskan!
Tambahan pula, mereka secara terbuka mengisytiharkan bahawa mereka akan menyerahkan urusan pemilihan sistem pemerintahan kepada rakyat semasa tempoh peralihan, mengikut sistem demokrasi kufur.
Hanya yang haq adalah yang benar, dan hanya yang benar sahajalah yang haq: satu kebenaran yang kami nyatakan sebagai nasihat kepada setiap Muslim, berdasarkan prinsip menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan berdasarkan hak pertanggungjawaban tersebut, kami sampaikan kepada pentadbiran baru di Syria dan mereka yang bertanggungjawab ke atasnya, dengan nama dan keterangan mereka, secara individu, kerana hisab pada hari kiamat adalah untuk individu.
Allah SWT berfirman:
[وَكُلُّهُمْ آتِيهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَرْداً]
“Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri.” [Maryam: 95].
Allah SWT berfirman:
[وَلَقَدْ جِئْتُمُونَا فُرَادَى كَمَا خَلَقْنَاكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَتَرَكْتُم مَّا خَوَّلْنَاكُمْ وَرَاء ظُهُورِكُمْ وَمَا نَرَى مَعَكُمْ شُفَعَاءكُمُ الَّذِينَ زَعَمْتُمْ أَنَّهُمْ فِيكُمْ شُرَكَاء لَقَد تَّقَطَّعَ بَيْنَكُمْ وَضَلَّ عَنكُم مَّا كُنتُمْ تَزْعُمُونَ]
“Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat).” [Al-An’am: 94].
Maka hendaklah setiap orang mengetahui bahawa dia akan berdiri sendiri di hadapan Al-Jabbar (Maha Perkasa), dan hendaklah dia merenungkan hadis Rasulullah SAW,
«مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا سَيُكَلِّمُهُ اللهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ تُرْجُمَانٌ، فَيَنْظُرُ أَيْمَنَ مِنْهُ فَلَا يَرَى إِلَّا مَا قَدَّمَ، وَيَنْظُرُ أَشْأَمَ مِنْهُ فَلَا يَرَى إِلَّا مَا قَدَّمَ، وَيَنْظُرُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلَا يَرَى إِلَّا النَّارَ تِلْقَاءَ وَجْهِهِ، فَاتَّقُوا النَّارَ…»
“Setiap orang di antara kamu akan bercakap dengan Rabbnya (Tuhannya) tanpa ada penterjemah di antara mereka. Dia akan melihat ke sebelah kanannya dan hanya akan melihat perbuatan yang telah dilakukannya dahulu; dia akan melihat ke kirinya dan hanya akan melihat amal yang telah dia kerjakan sebelumnya, dan dia akan melihat ke hadapannya dan tidak akan melihat apa-apa selain api (neraka) di hadapan mukanya. Maka peliharalah diri kamu dari api (neraka).”
Biarlah setiap daripada kamu mengingati kedudukan kritikal itu, dan berhati-hati terhadap kehinaan dan kerugian yang kekal dan nyata.
Sekiranya dia tidak tahu, maka beritahulah dia: bahawa seorang Muslim tidak berhak untuk memilih sistem pemerintahan – sama ada dia seorang pemerintah atau yang diperintah – dan dalil untuk itu adalah firman Allah SWT;
[وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللهُ وَرَسُولُهُ أَمْراً أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالاً مُّبِيناً]
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” [Al-Ahzab: 36].
Pemimpin mestilah memerintah berdasarkan apa yang diturunkan Allah, dan yang diperintah mestilah diperintah berdasarkan apa yang diturunkan Allah. Allah SWT berfirman:
[وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ اللهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللهُ إِلَيْكَ]
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. ” [Al-Ma’idah:49].
Seruan kepada Rasulullah SAW ini juga merupakan seruan kepada umatnya, sebagaimana yang diketahui dalam dalam prinsip-prinsip fiqh (al-usul).
Seorang pemimpin Islam dilarang (haram) memerintah dengan selain daripada apa yang Allah turunkan, dan siapa pun yang melakukan hal itu kerana keyakinan, maka dia kufur (kafir). Allah SWT berfirman:
[وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ]
“Barangsiapa tidak memutuskan dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir.” [Al-Ma’idah: 44].
Barangsiapa yang memerintah selain dari apa yang diturunkan Allah dan tidak mengimaninya, maka dia adalah orang yang zalim. Allah SWT berfirman:
[وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أنزَلَ اللهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ]
“Barangsiapa yang tidak memutuskan dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” [Al-Ma’idah: 45].
Dan Allah SWT berfirman:
[وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ]
“Barangsiapa yang tidak memutuskan dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” [Al-Ma’idah: 47].
Allah SWT telah mengingkari keimanan orang-orang yang tidak mematuhi syariatNya dengan mengatakan:
[فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىَ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً]
“Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sebelum mereka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, (sehingga) kemudian tidak ada rasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang engkau berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” [An-Nisa:65].
Memerintah dan menggunakan selain hukum Allah adalah merujuk kepada taghut (kekufuran), padahal kita diperintahkan kufur kepadanya. Allah SWT berfirman:
[أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُواْ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُواْ إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُواْ أَن يَكْفُرُواْ بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُضِلَّهُمْ ضَلاَلاً بَعِيداً]
“Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.” [An-Nisa: 60].
Kami memperingatkan kamu dengan tulus dan setia terhadap konsekuensi yang ditanggung dengan cuba menyenangkan Amerika atau negara lain yang tidak menghormati perjanjian atau kerabat dengan kamu, Islam, atau umat Islam. Ketahuilah bahawa mereka tidak akan redha kepada kamu sampai kamu mengikuti kekafiran mereka dan bahawa dengan menyenangkan mereka kamu telah mengikuti hawa nafsu mereka, sesuai dengan firman Allah SWT:
[وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ]
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” [Al-Baqarah: 120].
Yakinlah bahawa jika kamu cuba untuk menyenangkan mereka dengan mengecualikan hukum yang telah diturunkan Allah dan kamu memerintah dengan sistem buatan manusia yang kufur, maka mereka akan menggunakan kamu untuk kepentingan mereka sendiri dan untuk memerangi Islam, umat Islam, Khilafah dan orang-orang yang bekerja untuknya. Kemudian mereka mendustakan kamu sepenuhnya, sebagaimana mereka telah mendustakan orang-orang sebelum kamu. Dan kamu telah mendapat pengajaran dan peringatan daripada orang-orang sebelum kamu seperti Bashar, Mubarak, Gaddafi, Ali Saleh, dan Ben Ali. Mereka (rejim Barat) tidak mempedulikan mereka, kaum mereka tidak menyayangi mereka dan harta mereka tidak memberi manfaat kepada mereka, dan tidak juga menyenangkan hati tuan mereka. Mereka tidak mengambil kira kehidupan akhirat mereka, jadi mereka mendapat kehinaan di dunia dan di akhirat kelak, maka beringatlah wahai orang-orang yang berakal!
Menggunakan alasan seperti hak minoriti pelbagai etnik atau hak wanita (untuk tidak memerintah dengan apa yang telah diturunkan Allah) adalah tidak boleh diterima kerana tidak ada yang memberi mereka hak seperti yang diberikan oleh Islam kepada mereka, dan tidak seorang pun telah memelihara hak mereka sebagaimana orang Islam telah memelihara mereka, dan sejarah Khilafah adalah saksi terbaik bagi perkara ini, sebagaimana yang disaksikan oleh musuh di hadapan sahabat. Orang bukan Islam hidup di bawah pemerintahan Islam selama berabad-abad lamanya, dan menikmati hak di bawah pemerintahan Islam yang tidak pernah mereka impikan dalam tidur mereka. Ini kerana Allah SWT telah menurunkan syariatNya kepada semua orang, bukan hanya umat Islam. Allah SWT berfirman:
[إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللهُ وَلاَ تَكُن لِّلْخَآئِنِينَ خَصِيماً]
“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” [An-Nisa: 105].
Dan begitulah bagaimana umat Islam maju sepanjang sejarah pemerintahan Islam, bermula dengan era kenabian dan berakhir dengan Khilafah Uthmaniyyah.
Penerapan ini tercermin pada orang bukan Muslim dengan kepuasan dan ketenangan. Oleh itu janganlah kamu mengikuti perintah-perintah Barat, agar kamu tidak termasuk orang-orang yang merugi. Pada para pemimpin yang mengikuti mereka, ada pelajaran bagimu,
[إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكْرَى لِمَنْ كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ]
“Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” [Qaf: 37].
Ya Allah, kami telah menyampaikan risalah itu, Ya Allah, jadilah saksi kami.
Pejabat Media Pusat
Hizb ut Tahrir