MERAIH KEUTAMAAN SEUTAMA-UTAMANYA JIHAD DENGAN DAKWAH
Oleh: Ustaz Irfan Abu Naveed
Medan perjuangan dakwah menghadapi pemikiran-pemikiran kufur itu medan yang sukar, memerlukan kaderisasi dan medan perjuangan yang panjang, setiap kader pejuangnya perlu ditempa dengan pembinaan yang tidak sebentar (tatsqif murakkazah), hingga melahirkan pejuang berkeperibadian Islam, kuat pemikiran dan tsaqafah Islamnya, kukuh tekadnya, murni keikhlasannya, jika tidak maka tumbang sebelum berjuang!
Ketika pemikiran-pemikiran kufur ini diemban oleh entiti kekuasaan, maka boleh dipastikan, dunia pengemban dakwah ‘terancam’, penganiayaan terhadap gerak dakwah dan pengintipan, pemenjaraan, hingga eksekusi nyawa adalah hal yang lazim dihadapi para ulama, para da’I pejuang ini, pepatah Arab mengatakan:
لسان الحال أفصح من لسان المقال
“Bahasa keadaan lebih fashih (menunjukkan realiti) daripada bahasa dakwaan semata.”
Dakwah pada penegakkan syariat Islam Kaffah melalui dakwah penegakkan Khilafah adalah model bagi dakwah yang menggoncang kerusi-kerusi para rejim zalim, model dakwah seperti ini berada pada puncak dakwah, sebagaimana dakwahnya Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. kepada Fir’aun la’natullahi ‘alayhi, bahkan dakwahnya Rasulullah ﷺ kepada para penguasa Kafir Quraisyi, bahkan Parsi dan Romawi. Jika ada segelintir orang zaman ini meremehkan perkara ini, boleh dipastikan bahawa dia bukanlah orang yang pernah merasakan manisnya perjuangan di jalan dakwah.
Al-Hafizh Ibn Qayyim al-Jauziyyah –rahimahuLlâh- (w. 751 H), menghuraikan bentuk jihad, mencakupi jihad dengan hujjah (dakwah):
وَإِنَّمَا جعل طلب الْعلم من سَبِيل الله لَان بِهِ قوام الاسلام كَمَا ان قوامه بِالْجِهَادِ فقوام الدّين بِالْعلمِ وَالْجهَاد وَلِهَذَا كَانَ الْجِهَاد نَوْعَيْنِ جِهَاد بِالْيَدِ والسنان وَهَذَا المشارك فِيهِ كثير وَالثَّانِي الْجِهَاد بِالْحجَّةِ وَالْبَيَان وَهَذَا جِهَاد الْخَاصَّة من اتِّبَاع الرُّسُل وَهُوَ جِهَاد الائمة وَهُوَ افضل الجهادين لعظم منفعَته وَشدَّة مُؤْنَته وَكَثْرَة أعدائه
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ semata-mata menjadikan aktiviti menuntut ilmu sebagai sebahagian dari amal perbuatan di jalan Allah, kerana dengannya tegak asas-asas Islam, sebagaimana ia tegak dengan jihad, maka Din ini tegak dengan ilmu dan jihad, dan oleh kerana itu jihad ada dua macam: Pertama, Jihad dengan tangan dan tombak (senjata), ini yang diikuti oleh banyak orang (yakni pada umumnya awam dan ulama). Kedua, Jihad dengan hujjah (argumentasi syarie) dan penjelasan, ini merupakan jihad orang pilihan yang meniti jalan Rasulullah ﷺ, ini adalah jihadnya para pemimpin umat (al-Imam), dan seutama-utamanya jihad, kerana besar manfaatnya, banyak persiapan bekalnya dan banyak musuhnya.”
• Syamsuddin Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Miftâh Dâr al-Sa’âdah, Beirut: Dâr al-Kutub al-‘Ilmiyyah, juz I, hlm. 70.
📋 Catatan Tambahan Irfan Abu Naveed:
Salah satu bentuk jihad ini yang secara sharih disebutkan dalam bahasa hadis adalah: melakukan pembetulan (muhasabah) terhadap penguasa yang zalim. Membetulkan penguasa yang lalai, salah dan keliru, termasuk perkara yang ma’lûm bahagian dari agama ini. Aktiviti ini merupakan sikap politik yang agung diperintahkan Allah dan Rasul-Nya, dicontohkan secara langsung oleh Rasulullah ﷺ dan para sahabatnya.
Rasulullah ﷺ juga secara khusus telah memuji aktiviti memuhasabah penguasa zalim, untuk membetulkan kesalahannya dan menyampaikan kebenaran kepadanya:
«أَفْضَلَ الْجِهَادِ كَلِمَةُ حَقٍّ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ»
“Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang haqq pada pemimpin yang zhalim.” (HR. Al-Hakim, al-Tirmidzi, Ibn Majah, Abu Dawud, al-Thabrani, al-Baihaqi)
Diperjelaskan lagi hadis lainnya:
«سَيِّدُ الشُهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدُ الْمُطَلِّبِ، وَرَجُلٌ قَامَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ»
“Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin ‘Abd al-Muthallib dan orang yang mendatangi penguasa zalim lalu memerintahkannya (kepada kebaikan) dan mencegahnya (dari keburukan), kemudian dia (penguasa zalim itu) membunuhnya.” (HR. al-Hakim, al-Thabrani)
Salah satu hadis yang mendorong aktiviti memuhasabah penguasa, menasihati mereka, adalah hadis dari Tamim al-Dari r.a., bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
«الدِّينُ النَّصِيحَةُ»
“Agama itu adalah nasihat”
Para sahabat bertanya: “Untuk siapa?” Nabi ﷺ bersabda:
«للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَتِهِمْ»
“Untuk Allah, kitab suci-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum Muslim dan kaum Muslim pada umumnya.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Ahmad. Lafal Muslim)
Hadis yang mulia ini, mengisyaratkan pesan mendalam yang menekankan pentingnya menasihati penguasa. Kerana dalam tinjauan ilmu balaghah, hadis ini mengandungi bentuk penambahan lafaz yang memiliki fungsi tertentu, dinamakan al-ithnâb. Yakni dengan adanya penyebutan kata “لِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ” (untuk pemimpin-pemimpin kaum Muslim) di depan kata “وَعَامَتِهِمْ” (kaum Muslim pada umumnya), dimana kata “kaum Muslim” adalah lafaz yang cakupannya umum (lafzhah jâmi’ah), mencakup pemimpin dan manusia secara umum.
Sedangkan “pemimpin kaum Muslim” merupakan kata khusus, termasuk bahagian dari kaum Muslim pada umumnya. Namun dalam hadis ini, pemimpin disebutkan secara khusus sebelum kaum Muslim, ini yang dinamakan al-ithnâb dengan pola dzikr al-‘âm ba’da al-khâsh (penyebutan kata yang umum setelah kata yang khusus), dalam istilah lain yakni dzikr al-basth, sebagaimana penjelasan Ibn Abi al-Ishba’ al-Baghdadi (w. 654 H) dan Ibn Hujjah al-Hamawi (w. 837 H), dengan menjadikan hadis ini sebagai salah satu contohnya.
Jika diamanahkan kekuasaan jangan zalim, jika dinasihati, dikritik dan diperbetulkan jangan menambah-nambah kezaliman dengan menolak kebenaran, mengkhianati amanah kekuasaan dan menjahati para da’I yang menasihati kepada kebenaran! Kalau tidak sedia dengan itu semua JANGAN JADI PENGUASA. []
Catatan Irfan Abu Naveed
Calon Doktoral, Penulis Buku “Menggugah Nafsiyyah Dakwah Berjama’ah” & “Konsep Baku Khilafah Islamiyyah”