SOAL JAWAB: MAKNA TSÂLITS AL-TSALÂTSAH
(Diskusi Balaghah Al-Quran dan Konsep Ketauhidan Kelas Balaghah NSTV Ustaz Irfan Abu Naveed)
Soalan:
Assalamu’alaikum. Mohon maaf ustaz, saya mahu bertanya terkait surah Al Maidah ayat 73: “إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَٰثَةٖۘ”. Kenapa dalam terjemahan dimaknakan satu diantara yang tiga. Padahal tidak ada kata wahidun. Jazaakallahu khairan.
Jawapan :
Wa’alaykumussalam,wr,wb, Konsep tsâlits al-tsalâtsah dalam ayat ini:
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ ۘ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۚ وَإِنْ لَمْ يَنْتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ {٧٣}
“Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: “Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa seksaan yang pedih.” (TMQ Al-Mâ’idah [5]: 73)
Dihuraikan dalam kitab Al-Dhaw Al-Munîr ‘alâ al-Tafsîr, ungkapan tsâlits al-tsalâtsah dalam tradisi lisan fashih Arab, menunjukkan makna bahawa tiga perkara yang disebutkan adalah tiga hal yang sama, satu kesatuan, sejenis dalam aspek ketuhanannya, sehingga makna: “إِنَّ اللَّهَ ثالِثُ ثَلاثَةٍ” dalam keyakinan kufur maknanya adalah “Sesungguhnya Allah tiga dalam satu kesatuan”, Maha Suci Allah dari kesyirikan ini:
فإنهم ساووا بينه وبين الاثنين في الآلهية
“Maka sesungguhnya mereka menyamakan antara Allah dan dua pihak lainnya dalam aspek ketuhanan.”
Al-‘Allamah al-Syaikh Ali al-Shabuni dalam kitab kitab Shafwat al-Tafâsîr menjelaskan bahawa keyakinan ini adalah keyakinan kufur Nestoriyyah dan Milkaniyyah, mereka meyakini konsep: Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus, wal ‘iyâdzu billâh. Konsep ini berbeza dengan apa yang Allah ungkapkan dalam al-Quran untuk menggambarkan ma’iyyatullâh (Allah membersamai hamba-hamba-Nya dari kalangan para Nabi, orang-orang beriman) dengan konsep mentauhidkan-Nya, menggunakan konsep “رابع الثلاثة” semisal dalam surah Al-Mujâdalah ayat 7, bukan “ثالث الثلاثة”:
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ مَا يَكُونُ مِنْ نَجْوَىٰ ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَا أَدْنَىٰ مِنْ ذَٰلِكَ وَلَا أَكْثَرَ إِلَّا هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا ۖ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ {٧}
”Tidakkah kamu perhatikan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dia-lah keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dia-lah keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia berada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (TMQ Al-Mujâdalah [58]: 7)
Konsepnya adalah “رابع الثلاثة” dan “سادس الخمسة” yakni keempat (berbeza) dari tiga (yang sama) dan keenam (berbeza) dari lima (yang sama), bahawa Allah adalah pihak yang berbeza dengan makhluk yang dibersamainya (sesuai dengan ajaran tauhid “لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ” dalam surah Al-Syûrâ [42]: 11). Bukan konsep “ثالث الثلاثة” (tiga dalam satu kesatuan), dengan teori:
المضاف إليه من جنس المضاف
“Penautan kepada jenis yang sama.”
Teori di atas sama seperti diksi “tsâniy itsnayn” dalam ayat:
إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا {٤٠}
”Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang ia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: “Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita.” (TMQ Al-Taubah [9]: 40)
Ungkapan “ثَانِيَ اثْنَيْنِ” dalam ayat, bermakna Nabi Muhammad ﷺ dan sahabatnya yakni Abu Bakar al-Shiddiq r.a. menunjukkan jenis yang sama, yang dibersamai Allah dengan penyebutan tersendiri kerana Allah Zat yang berbeza dengan makhluk-Nya:
“إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا”
”Sesungguhnya Allah bersama kita berdua.”
وبالله التوفيق، والله أعلم بالصواب