[ Siri Kejatuhan Khilafah: Apa yang Umat Islam Perlu Pelajari? ]
Umat Mesti Menjaga Syiar dan Simbol-simbol Islam
Syiar-syiar Islam seperti Khilafah, syariat, dan budaya Islam adalah lambang penyatuan umat. Kehilangannya membuka ruang kepada penjajahan pemikiran dan budaya asing.
Mustafa Kamal telah menghapuskan syiar-syiar Islam seperti bendera dan panji Khilafah dengan bendera negara bangsa, menggantikan undang-undang syariah dengan undang-undang sekular Barat, dan menghapuskan pendidikan agama diganti dengan model pendidikan serta silibus dari Barat.
Syiar-syiar dan simbol Islam mesti dipertahankan kerana ia adalah identiti kita yang mesti dibanggakan dan dizahirkan secara besar-besaran. Bahkan, ia bukan sekadar simbol tanpa makna, tapi sebahagian besarnya terkandung hukum syarak yang menuntut kita untuk taat dalam meninggikannya.
Sekiranya umat meremehkan atau menyembunyikan syiar dan simbol Islam, sudah pasti yang akan menonjol adalah syiar/simbol kebatilan. Kerana hanya syiar Islam yang haq akan menghapuskan dan menundukkan kebatilan. Ia adalah perlawanan yang akan berlangsung sampai hari kiamat.