Tanggungjawab Umat terhadap Palestin adalah kepada Allah SWT.
Penulis: Sulistiawati Ummu Salamah
Kekejaman Zionis Yahudi terhadap warga Gaza telah berlangsung selama 16 bulan sejak operasi “Taufan Al-Aqsa”. Mangsa syahid melebihi 46,000 jiwa, mangsa yang tercedera lebih daripada 100,000 orang dan lebih kurang 11,000 orang yang hilang dengan tanggapan tertimbun di bawah reruntuhan. Kesedihan, luka, dan pilu sudah menjadi biasa. Bayangkan, setiap hari ada saja mangsa yang mati terbunuh. Lama kelamaan umat mulai melupakan tragedi ini atau menganggapnya peristiwa biasa. Adakah mungkin umat akan melupakan Palestin?
Jawapan pertama, umat mungkin saja akan melupakan masalah Palestin. Ini boleh berlaku kerana umat menyerahkan solusi masalah ini pada Barat. Solusi dua negara (two-nation state) seakan-akan solusi benar dan tepat. Sedangkan, realitinya iainya tidak memberikan solusi kerana penjajahan tetap dikuatkuasa untuk mereka tetap menduduki tanah umat Islam.
Selain itu, hingga saat ini Palestin masih belum diberi kepastian akan statusnya sebagai sebuah negara. Ketika umat percaya pada solusi ini, maka seakan-akan sudah selesai urusan umat Islam, dan lama kelamaan umat akan melupakan Palestin yang masih terjajah.
Jawapan kedua adalah umat Islam tidak mungkin melupakan Palestin kerana berbicara Palestin bermakna berbicara soal tanah yang diberkahi oleh Allah SWT dengan peristiwa Israk Mikraj. Tempat yang terpilih hingga Rasulullah SAW secara nyata diisrakkan oleh Allah SWT ke negeri ini.
Dengan rasa iman, kita meyakini bahawa ini adalah tempat yang wajib dijaga dan dipelihara oleh umat Islam. Inilah sebabnya pembebasan Palestin menjadi prioriti para Khalifah Rasyidah agar masuk ke dalam kekuasaan umat Islam. Penjajah Yahudi itu, sejatinya wajib berundur, pergi, dan dikalahkan.
Dengan kata lain, melupakan Palestin dalam keadaan dijajah, pertaruhannya adalah akidah kita. Umat Islam yang mencintai keimanannya, sejatinya tidak pernah akan melupakan masalah Palestin yang terjajah ini.
Dakwaan Yahudi, Ini Adalah Pembelaan Diri
Di sisi lain, ada anggapan bahawa Yahudi Zionis ini hanya membela diri. Barat mendukung dakwaan ini. Jelas ini adalah dakwaan dusta kerana hadirnya Yahudi di Palestin adalah hasil konspirasi British melalui Deklarasi Balfour (1917) dan pengakuan internasional pada 1948. Padahal, ini adalah peristiwa perampasan tanah umat Islam.
Palestin adalah tanah kharajiyah yang dibebaskan oleh Khalifah Umar bin Khattab ra. dan tidak boleh ada Yahudi yang tinggal di sana. Pemerintah British, melalui Deklarasi Balfour tadi, menyatakan dukungannya kepada konglomerat sekaligus pimpinan komuniti Yahudi di Britain, Lord Rotschild, untuk masuk ke Palestin. Pada 1948, negara-negara Barat lalu mengakui pendirian “Negara Zionis” itu.
Setahun kemudian (1949), PBB mengukuhkan kewujudannya melalui pengakuan mereka sebagai anggotanya. Dengan demikian, hadirnya entiti Yahudi di Palestin adalah tidak sah. Tidak akan pernah terjadi hal ini jika negara penjaganya (Khilafah) masih ada.
Itulah sebabnya, penting bagi Barat untuk menghapuskan eksistensi negara pelindung umat Islam ini. Agar kebijakan internasional yang merugikan umat Islam boleh dikuatkuasakan dan seakan sah. Walaupun pada faktanya yang terjadi adalah perebutan tanah umat Islam dan genosid.
Kesedaran Umat Islam Sangat Penting
Isu Palestin adalah isu agama kita. Kesedaran ini sangat penting untuk dimiliki umat. Oleh kerananya, tidak ada pihak selain Islam yang berhak mengatur dan memberikan jalan keluarnya. Sebagaimana kita menyandarkan aturan solat kepada agama, sama saja dengan masalah penjajahan Palestin. Umat Islam mesti ada kesedaran ini.
Saat umat terpengaruh propaganda bahawa ini adalah masalah kemanusiaan, bukan masalah agama, di sinilah titik kritikal dimana solusi akan beralih ke arah yang salah. Seakan-akan Islam bukan agama yang memiliki kerangka ideologi yang mampu menyelesaikan seluruh permasalahan dunia. Umat Islam dipengaruhi agar menyerah terhadap permasalahan penting dunia, padahal Islam adalah ideologi yang mendunia. Syariatnya mampu memimpin dunia hingga lebih dari 13 abad lamanya.
Sejak berdirinya pemerintahan Islam di Madinah hingga 1924, Khilafah diruntuhkan melalui konspirasi British, maka mutlak yang menjadi awal pencerahan masalah Palestin adalah kembali pada kesedaran umat Islam untuk menyelesaikan ini dengan aturan Islam. Dalam Islam, ini adalah masalah penjajahan fizikal sehingga syariat menuntut untuk menghilangkan penjajahan ini dengan peranang.
Ingatlah perintah Allah SWT dalam Al-Quran, “Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu. Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu peranangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu, maka peranangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang kafir.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 190).
Ayat ini secara jelas memerintahkan peranang dalam menghadapi penjajahan. Ketaatan umat Islam terhadap perintah Allah SWT ini yang perlu direalisasikan oleh umat Islam dalam mengusir dan mengalahkan Zionis Yahudi. Sudah semestinya ada rasa malu yang mendalam bagi tentera-tentera umat Islam saat saudara-saudara seimannya dibunuh, mereka hanya diam. Sudah menjadi kewajipan bagi tentera-tentera Turki, Mesir, Jordan, Lebanon, Arab Saudi, dan di mana pun negerinya, merasa malu memiliki alat utama sistem senjata (alat peranang), tetapi diparkirkan di berek-berek tentera. Ini kerana Allah sudah memerintahkan kita untuk mengusir penjajah ini.
Walhasil, tuntutan agama adalah wajib bagi pemimpin negeri-negeri Islam untuk memerintahkan tenteranya turun ke lapangan membela Palestin hingga terusir Zionis Yahudi dari Palestin. Hendaknya seorang muslim yang memiliki kekuasaan saat ini, merasa dosa besar saat berdiam diri. Suatu saat Allah SWT akan meminta pertanggungjawaban mereka atas kejadian ini. Takutlah mereka kepada Hari Hisab kelak.
Memahami Hubungan Politik Dunia Saat Ini
Amerika Syarikat (AS) memiliki kuasa yang sangat besar terhadap kawalan dunia saat ini. Melalui cengkeraman organisasi internasional yang dikuasainya, jerat ideologi kapitalisme dan demokrasi yang ditanamkannya terhadap umat Islam, dan penawanan politik terhadap penguasa-penguasa dunia, AS memiliki hegemoni politik dan keamanan atas dunia.
Jadi, kita wajib menyedari bahawa AS-lah yang sebenarnya mengarahkan solusi atas Palestin. AS juga yang membantu dan menjaga eksistensi Zionis Yahudi di tanah Palestin. Ini semua demi mengawal kawasan strategik umat Islam di Timur Tengah, baik ideologi, sumber daya alam, dan keamanan AS atas wilayah ini. Penting bagi AS untuk mempertahankan penjajahan ini.
Sangat penting bagi umat Islam yang sedar akan keadaan ini untuk melakukan pembongkaran strategi jahat AS dan organisasi-organisasi dunia. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat Islam. Umat Islam yang tidak sedar akan terus terjebak dengan solusi-solusi palsu, solusi yang intinya tetap menjaga penjajahan.
Kita semua perlukan kesedaran umat Islam ini hingga ke peringkat penguasa-penguasa negeri muslim. Kesedaran yang akan membuat umat Islam ini bangkit dari keterpurukan politik dan ekonomi. Kesedaran yang akan dikawal oleh pihak-pihak kuat pemilik kekuatan nyata di negeri umat Islam untuk melepaskan diri dari kawalan Barat ini.
Membangun kekuatan nyata umat Islam ini hanya boleh didapatkan dengan kembali kepada sumber sejati umat Islam, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Juga menegakkan kembali kekuasaan sejati umat Islam yang pernah ditegakkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW dan diteruskan oleh para sahabatnya yang mulia. Itulah upaya menegakkan sistem kekuasaan yang mulia, Khilafah Islam atas minhaj kenabian.
Dengan ini, secara nyata umat Islam akan bersatu. Menggerakkan tentera umat Islam tidak perlu lagi persetujuan Barat. Umat Islam akan bangga membantu tentera-tentera Khilafah.
Sungguh, umat Islam sudah sangat merindu untuk dipimpin oleh amir jihad yang sejati untuk berbaris di depan perbatasan Palestin, berperanang sebagai hamba-hamba Allah, untuk memberikan usaha terbaik melemahkan tentera Zionis. Inilah sebenarnya solusi tuntas Palestin. Insyaallah, waktunya akan segera tiba.
“Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa; dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap) menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun. Akan tetapi, barang siapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (TMQ An-Nur [24]: 55).
Perananan Kita Saat Ini
Peranan kita adalah peranan dakwah dengan tujuan mengembalikan kesedaran umat Islam. Kesedaran bahawa keadaan saat ini adalah hegemoni Barat terhadap umat Islam dan kesedaran untuk bebas dari hegemoni ini. Inilah yang dikatakan sebagai peranan mengembalikan ideologi Islam kepada pemiliknya, yakni umat Islam. Barat berupaya sekuat tenaga menutupi kesedaran ini. Dengan berbagai propaganda dunia, yang menipu dan menutupi segala agenda jahat yang telah Barat ciptakan atas dunia.
Sesungguhnya, dunia di bawah kepemimpinan kapitalisme sudah berada di hujung tanduk. Penjajahan dipelihara, kemiskinan dunia kerana ekonomi liberal kapitalistik, dan penyakit masyarakat kerana sistem sosial yang sekular, telah menjadikan umat Islam terus berada dalam kesengsaraan. Menawarkan syariat sebagai solusi tuntas terhadap permasalahan dunia adalah sangat urgent saat ini.
Hanya Islam yang mampu menjawab permasalahan dunia. Mengembalikan kepercayaan umat Islam kepada aturan agamanya merupakan tugas yang memiliki kepentingan mendesak. Dunia tanpa aturan Islam akan menuju pada jurang kebinasaan. Ini sudah diberikan keyakinannya oleh Allah SWT melalui ayat, “Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agamanya)?” (TMQ Al-Ma’idah [5]: 50).
Peranan ini hendaklah dijalankan semaksimum mungkin agar menjadikan dorongan besar di tubuh umat ini untuk kembali memperjuangkan tegaknya aturan Islam secara kaffah. Dorongan yang didasarkan pada keimanan terhadap Allah SWT dan Hari Akhirat. Keimanan yang dahulu pernah mendorong para pemimpin Suku Aus dan Khazraj untuk mendukung tegaknya Daulah Islam, cikal bakal tegaknya peradaban Islam yang mulia hingga 13 abad ke depan. Mari kita maksimumkan peranan ini. Insyaallah, kemenangan Islam akan tiba.