ISRAK MIKRAJ DIMENSI SPIRITUAL DAN POLITIK
Oleh: KH. M. Shiddiq Al-Jawi
Israk Mikraj merupakan mukjizat Nabi SAW yang sangat dahsyat. Peristiwa ini dapat ditinjau dari dua dimensi. Pertama, dalam dimensi spiritual, Israk Mikraj menunjukkan istimewanya solat. Kedua, dalam dimensi politik, Israk Mikraj menunjukkan isyarat kepemimpinan Islam memimpin dunia.
Dimensi Spiritual Israk Mikraj
Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu peristiwa yang menjadi mukjizat Rasulullah SAW. Salah satu pelajaran (ibrah) yang diambil dari peristiwa Israk Mikraj adalah istimewanya solat lima waktu.
Solat lima waktu ini dikatakan ibadah yang istimewa kerana beberapa alasan, di antaranya ada 6 (enam) keistimewaan ibadah solat sebagai berikut:
Pertama, kerana solat lima waktu merupakan satu-satunya ibadah yang diwajibkan Allah SWT dengan cara yang khusus, iaitu Rasulullah SAW mendapat perintah solat lima waktu secara langsung di Sidratul Muntaha dari Allah SWT. (Lihat Bab Kayfa Furidhat al-solat fī al-Isrā`, Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fatḥul Bārī Syaraḥ Shahīh al-Bukhāri, Juz I, hlm. 545).
Kedua, kerana solat lima waktu ini merupakan ibadah yang secara khusus disebut bersama sabar, sebagai cara kita meminta pertolongan kepada Allah SWT. Firman Allah SWT :
واسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَالصَّلٰوةِ ۗ وَاِنَّهَا لَكَبِيْرَةٌ اِلَّا عَلَى الْخٰشِعِيْنَۙ
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 45).
Ketiga, kerana solat lima waktu ini merupakan perkara yang pertama kali akan dihisab kelak di Hari Kiamat, sesuai sabda Nabi SAW:
إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ ، فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ : انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ ؟ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ. رواه والترمذي (413)
“Sesungguhnya amal yang pertama kali dihisab pada seorang hamba pada Hari Kiamat adalah solatnya. Maka, jika solatnya baik, sungguh dia telah beruntung dan berjaya. Dan jika solatnya rosak, sungguh dia telah gagal dan rugi. Jika berkurang sedikit dari solat wajibnya, maka Allah Taala berfirman: ‘Lihatlah apakah hamba-Ku memiliki solat sunnah.’ Maka disempurnakanlah apa yang kurang dari solat wajibnya. Kemudian begitu pula dengan seluruh amalnya.” (HR. Al-Tirmidzi, no. 413).
Keempat, kerana solat lima waktu ini merupakan pembeza antara mukmin dan kafir. Sabda Nabi SAW:
إنَّ بيْنَ الرَّجُلِ وبيْنَ الشِّرْكِ والْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلاةِ
“Antara seorang muslim dan seorang musyrik dan kafir adalah meninggalkan solat.” (HR. Muslim, no. 82).
Imam Nawawi men-syarah hadis di atas dengan mengatakan:
وَأَمَّا تَارِكُ الصَّلاَةِ فَإِنْ كَانَ مُنْكِراً لِوُجُوْبِهاَ فَهُوَ كاَفِرٌ بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِيْنَ خاَرِجٌ مِنْ مِلَّةِ اْلإِسْلاَمِ، إِلاَّ أَنْ يَكُوْنَ قَرِيْبَ عَهْدٍ بِاْلإِسْلاَمِ وَلَمْ يُخَالِطِ الْمُسْلِمِيْنَ مُدَّةً يَبْلُغُهُ فِيْهَا وُجُوْبُ الصَّلاَةِ عَلَيْهِ، وَإِنْ كاَنَ تَرْكُهُ تَكَاسُلاً مَعَ اعْتِقَادِهِ وُجُوْبُهَا كَمَا هُوَ حَالُ كَثِيْرٍ مِنَ النَّاسِ فَقَدِ اخْتَلَفَ الْعُلَمَاءُ فِيْهِ فَذَهَبَ مَالِكٌ وَالشَّافِعِيُّ رَحِمَهُمَا اللهَ وَالْجَمَاهِيْرُ مِنَ السَّلَفِ وَالْخَلَفِ إِلىَ أَنَّهُ لاَ يُكَفَّرُ بَلْ يُفَسَّقُ… وَذَهَبَ جَمَاعَةٌ مِنَ السَّلَفِ إِلىَ أَنَّهُ يُكَفَّرُ …وَهُوَ إِحْدَى الرِّوَايَتَيْنِ عَنْ أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ رَحِمَهُ اللهُ،…وَذَهَبَ أَبُوْ حَنِيْفَةَ… إِلىَ أَنَّهُ لاَ يُكَفَّرُ وَلاَ يُقْتَلُ بَلْ يُعَزَّرُ وَيُحْبَسُ حَتىَّ يُصَلِّيَ
“Adapun orang yang meninggalkan solat, (ada rincian hukumnya, iaitu) jika dia mengingkari kewajipan solatnya, maka dia kafir menurut ijmā’ (kesepakatan) kaum muslimin, yakni sudah keluar (murtad) dari agama Islam, kecuali jika dia baru masuk Islam dan belum berinteraksi dengan kaum muslimin dalam jangka waktu tertentu yang belum sampai kepadanya kewajipan solat atasnya. Jika dia meninggalkan solat kerana malas namun dia masih meyakini wajibnya solat, sebagaimana keadaan banyak orang, maka para ulama berbeza pendapat dalam hal ini. Imam Malik, Imam Syafie, rahimahumāllāhu, dan jumhur ulama salaf dan khalaf mengatakan bahawa orang itu tidak dikafirkan melainkan hanya difasikkan…Segolongan ulama salaf berpendapat bahawa orang itu (orang yang meninggalkan solat) dikafirkan…ini merupakan salah satu dari dua pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, rahimahullāh… Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa orang itu tidak dikafirkan dan tidak dijatuhi hukuman mati melainkan di-ta’zīr dan dipenjara hingga dia mahu melakukan solat.” (Imam Nawawi, Shahīh Muslim bi Syarah Al-Nawawī, 2/70).
Kelima, kerana solat lima waktu inilah yang disebut dalam Al-Quran akan mencegah pelakunya dari (perbuatan) keji dan mungkar. Firman Allah SWT:
اِنَّ الصَّلٰوةَ تَنْهٰى عَنِ الْفَحْشَاۤءِ وَالْمُنْكَرِۗ
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar.” (TMQ Al-‘Ankabūt: 45).
Keenam, kerana solat lima waktu ini yang membezakan orang mukmin (yang mampu bersujud) dan munafik (yang tak mampu bersujud) di Hari Kiamat nanti, sesuai firman Allah SWT:
يَوْمَ يُكْشَفُ عَنْ سَاقٍ وَّيُدْعَوْنَ اِلَى السُّجُوْدِ فَلَا يَسْتَطِيْعُوْنَۙ خَاشِعَةً اَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۗوَقَدْ كَانُوْا يُدْعَوْنَ اِلَى السُّجُوْدِ وَهُمْ سٰلِمُوْنَ
“(Ingatlah) pada hari ketika betis disingkapkan (Hari Kiamat) dan mereka (orang munafik) diseru untuk bersujud; maka mereka tidak mampu (bersujud). Pandangan mereka tertunduk ke bawah, diliputi kehinaan. Dan sungguh, dahulu (di dunia) mereka telah diseru untuk bersujud (solat lima waktu) pada waktu mereka sihat (tetapi mereka tidak melakukan solat).” (TMQ Al-Qalam: 42-43)
Dimensi Politik Israk Mikraj
Peristiwa Israk Mikraj mengisyaratkan kepemimpinan Islam, iaitu isyarat kepemimpinan umat Islam atas seluruh agama, bangsa, dan umat lain di seluruh dunia. Prof. Dr. Rawwas Qal’ah Jie telah menerangkan isyarat kepemimpinan itu dalam kitabnya, Qirā`ah Siyāsiyyah li As-Sīrah An-Nabawiyyah (Beirut : Dār Al-Nafā`is, Cetakan I, 1416 H/1996 M, hlm. 75-83). Dalam peristiwa Israk, Rasulullah SAW diperjalankan oleh Allah SWT dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.
Nah, di Masjidil Aqsa inilah, Rasulullah SAW solat bersama para nabi dan Rasulullah SAW tampil sebagai imam. Bererti di belakang Rasululah SAW adalah para makmum yang terdiri dari nabi-nabi, di antaranya Nabi Musa dan Nabi Isa, ‘alaihimā as-salām.
Dari peristiwa itulah, ada isyarat kepemimpinan umat Islam. Kata Prof. Dr. Rawwas Qal’ah Jie, dalam peristiwa solat jamaah tersebut telah terjadi pencabutan kepemimpinan Bani Israil yang memimpin dunia saat itu yang selanjutnya diberikan kepada umat Muhammad SAW. Dengan demikian, sejak peristiwa itu, manusia menjadi tidak sah beramal dengan agama-agama Bani Israil (Yahudi dan Nasrani) yang telah mengalami banyak sekali perubahan (tahrīf).
Bagaimana realisasi dari isyarat agung ini dalam kenyataan? Dalam sejarah kepemimpinan umat ini benar-benar terbukti dua kali.
Perwujudan Isyarat Kepemimpinan yang Pertama
Setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah (622 M) dan kemudian menegakkan negara dan masyarakat Islam, kepemimpinan Islam mulai terwujud. Sebab di negara baru tersebut, umat Islam memimpin umat-umat lain. Dalam masyarakat Islam ada warga negara kaum Yahudi sebagaimana disebut dalam Piagam Madinah (Watsīqah Al-Madinah). Tercatat, kaum Yahudi itu adalah Yahudi Bani Auf, Yahudi Bani Najjar, Yahudi Bani Harits, Yahudi Bani Saidah, Yahudi Bani Jusyam, Yahudi Bani Aus, dan Yahudi Bani Tsa’labah. Dalam perkembangan berikutnya, kaum Yahudi Bani Quraizhah, Yahudi Bani Nadhir, dan Bani Qainuqa’ juga menandatangani Piagam Madinah itu (Taqiyuddin An-Nabhani, Ad-Dawlah Al-Islāmiyyah, hlm. 54).
Kepemimpinan umat Islam di masa Nabi atas kaum Nasrani juga mulai terwujud. Inilah perwujudan isyarat kepemimpinan umat Islam yang pertama.
Perwujudan Isyarat Kepemimpinan yang Kedua
Untuk pertama kalinya, kaum muslimin berperang dengan kaum Nasrani di wilayah Syam dalam Perang Mu`tah. Memang dalam perang kali ini kaum muslimin tidak menang dan juga tidak kalah. Namun Perang Mu`tah ini menjadi jalan awal untuk penaklukan Syam (Fathu Syām) di masa Khalifah Umar bin Khattab. Pada masa Khalifah Umar bin Khattab inilah, penaklukan Syam terjadi pada tahun 15 H.
Dalam penaklukan Syam ini, Khalifah Umar dan para sahabat Rasulullah serta pasukan kaum muslimin memasuki kota Al-Quds dengan penuh kehormatan. Khalifah Umar menerima kunci kota Al-Quds dari ketua pemerintahaan Nasrani, iaitu Sefrounius. Setelah memasuki kota Al-Quds ini, Khalifah Umar dan kaum muslimin melakukan solat di Masjidil Aqsa.
Inilah solat yang kedua di bawah kepemimpinan umat Islam, setelah solat pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pada malam Israk. (As’ad Bayūdh At-Tamīmī, Impian Yahudi dan Kehancurannya Menurut Al-Quran, hlm. 21).
Subhānallāh, inilah perwujudan isyarat kepemimpinan umat Islam yang kedua, yang terwujud sempurna. Maka dari itu, jelaslah bahawa umat Islam saat ini, berkewajipan merebut kembali kepemimpinan dunia yang kini dipegang kembali kaum kafir Yahudi dan Nasrani. Kaum Yahudi dan Nasrani saat ini tidak boleh lagi menjadi pemimpin dunia, sebab yang seharusnya memimpin adalah umat Islam, bukan umat kafir.
Namun kepemimpinan umat ini memerlukan dua syarat yang penting, seperti dijelaskan oleh Prof. Dr. Rawwas Qal’ah Jie dalam kitabnya, Qirā`ah Siyāsiyyah li As-Sīrah An-Nabawiyah (hlm. 80). Dua syarat tersebut adalah:
Pertama, adanya sistem kehidupan yang baik, yang terwujud dalam pelaksanaan syariah Islam secara kaffah (menyeluruh) dalam segala bidang kehidupan dalam negara Khilafah, bukan dalam negara sekular saat ini.
Kedua, adanya pemimpin yang amanah, iaitu seorang khalifah, bukan pemimpin pengkhianat yang menjadi ejen Barat, khususnya Amerika Syarikat, seperti saat ini.
Dengan dua syarat ini, insya Allah kepemimpinan umat Islam atas seluruh manusia dunia akan dapat terwujud kembali di masa depan. Inilah salah satu pelajaran terpenting dari peristiwa Israk Mikraj dalam dimensi politik. Wallāhu a’lam