[AFKAR] Demokrasi Sistem Kufur
Oleh : Dr. Riyan M.Ag.; (Pemerhati politik Islam)
“Demokrasi adalah pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat” (“Democrazy is government of the people, by the people and for the people”)
(Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat ke-16)
“Daripada 1%, oleh 1%, untuk 1%” (“Of the 1%, by the 1 %, for the 1%”)
(Joseph E. Stiglitz, Pemenang Nobel 2011)
Kedua-dua kenyataan di atas memberikan penjelasan ringkas tentang intipati demokrasi dalam konsep dan amalan. Secara konseptual, Lincoln menekankan bahawa demokrasi adalah pemerintahan yang dijalankan oleh rakyat, daripada rakyat dan untuk kepentingan rakyat.
Walau bagaimanapun, Stiglitz jelas menamparnya dengan fakta praktikal, bahawa yang dimaksudkan oleh rakyat hanyalah 1%. Mereka adalah penguasa sebenar, taikun kapitalis oligarki.
Hakikat Demokrasi
Demokrasi [1] merupakan lafaz dan istilah Barat yang digunakan untuk menunjukkan pemerintahan dari, oleh dan untuk rakyat. Rakyat dianggap penguasa mutlak dan pemilik kedaulatan. Merekalah yang berhak mengatur urusan mereka sendiri serta melaksanakan dan menjalankan kehendak mereka sendiri.
Demokrasi lahir dari akidah sekulerisme[2] (pemisahan agama dari kehidupan [fashl ad-diin ‘an al-hayaah]) yang menjadi asas ideaologi Kapitalisme. Pemisahan agama dari kehidupan dengan sendirinya akan menyebabkan pemisahan agama dari negara. Jadi, sekularisme atau idea pemisahan agama dari kehidupan adalah akidah yang telah melahirkan demokrasi, sekaligus merupakan landasan pemikiran yang mendasari seluruh idea-idea demokrasi.
Adapun tiang demokrasi ada dua: (1) Kedaulatan di tangan rakyat; (2) Rakyat sebagai sumber kekuasaan. Dengan demikian rakyat adalah pemilik kedaulatan mutlak. Rakyat pula dianggap perlu berhak melaksanakan peraturan yang mereka tetapkan. Rakyat jugalah yang berkuasa memilih penguasa (badan eksekutif) dan hakim (badan kehakiman) yang mereka kehendaki untuk menerapkan peraturan yang juga mereka kehendaki. Sebabnya, rakyat adalah sumber seluruh kekuasaan, sementara penguasa mengambil kekuasaannya dari rakyat. Dari sini muncul konsep trias politika. [3]
Dengan demikian, rakyat bertindak sebagai musyarri’ (pembuat hukum) dalam kedudukannya sebagai pemilik kedaulatan. Rakyat sekaligus bertindak sebagai munaffidz (pelaksana hukum) dalam kedudukannya sebagai sumber kekuasaan.
Dalam konteks pengambilan keputusan, demokrasi adalah sistem pemerintahan berdasarkan suara majoriti. Anggota-anggota badan perundangan dipilih berdasarkan suara majoriti pemilih dari kalangan rakyat. Penetapan peraturan dan undang-undang, pemberian usul percaya atau tidak percaya kepada pemerintah dalam dewan perwakilan, ditetapkan pula berdasarkan suara majoriti.
Oleh kerana itu, kesepakatan suara (majoriti) adalah ciri yang menonjol dalam sistem demokrasi. Pendapat majoriti menurut demokrasi merupakan tolok ukur hakiki yang akan dapat mengungkapkan pendapat rakyat yang sebenarnya.
Pertentangan Demokrasi dengan Islam
Sumber kemunculan demokrasi adalah manusia. Dalam demokrasi, yang menjadi pemutus (al-haakim) untuk memberikan penilaian terpuji atau tercelanya benda yang digunakan manusia dan perbuatan-perbuatannya adalah akal. Pengasas demokrasi adalah ahli falsafah dan pemikir di Eropah. Maka jelaslah bahawa demokrasi adalah buatan manusia dan yang menentukan segala-galanya adalah akal manusia.
Islam sangat bertentangan dengan demokrasi. Islam berasal dari Allah, yang Dia wahyukan kepada Rasul-Nya, Muhammad bin Abdullah SAW [Lihat: QS an-Najm (53): 3-4]
Yang menjadi pembuat keputusan dalam Islam, iaitu yang memberikan penilaian terpuji dan tercelanya benda dan perbuatan manusia, adalah Allah SWT, atau syariah, bukan akal. Aktiviti akal terbatas hanya untuk memahami nas-nas yang berkenaan dengan hukum Allah SWT. Allahlah yang berhak membuat hukum, bukan manusia [QS al-An’am (6): 57; QS an-Nisa’ (4): 59].
Sebagaimana diketahui, asas demokrasi adalah sekularisme (pemisahan agama dari kehidupan). Sebaliknya, Islam dibangun di atas landasan Akidah Islamiyah, yang mewajibkan pelaksanaan perintah dan larangan Allah SWT (syariah Islam) dalam seluruh urusan kehidupan dan kenegaraan. Akidah ini menerangkan bahawa manusia tidak berhak membuat peraturan hidupnya sendiri. Manusia hanya berkewajiban menjalani kehidupan menurut peraturan yang telah Allah tetapkan untuk manusia.
Dua tiang demokrasi, iaitu kedaulatan di tangan rakyat dan rakyat sebagai sumber kekuasaan, juga bertentangan dengan Islam.
Pertama, terkait kedaulatan. Islam menyatakan bahawa kedaulatan ada di tangan syariah, bukan di tangan umat. Maksudnya, Allah SWT sajalah yang layak bertindak sebagai Musyarri’ (Pembuat hukum). Manusia secara keseluruhan tidak berhak membuat hukum, walaupun hanya satu hukum. Jika semua umat Islam bersepakat tentang kehalalan riba’ untuk memperbaiki keadaan ekonomi, misalnya, atau bersetuju untuk melokalisasikan zina dengan alasan untuk menghalang zina daripada merebak secara meluas dalam masyarakat, maka seluruh kesepakatan ini tidak ada nilainya sama sekali. Ini kerana kaum Muslim wajib terikat dengan perintah dan larangan Allah. Mereka tidak boleh melakukan suatu perbuatan yang bertentangan dengan hukum-hukum Islam. Mereka juga tidak boleh membuat satu hukum pun kerana memang hanya Allah saja yang layak bertindak sebagai Musyarri’ [Lihat: QS an-Nisaa’ (4): 60 dan 65; QS al-Maidaah (5): 50; QS an-Nuur (24): 63).
Intinya, manusia haram berhukum kepada thaaghuut (selain hukum Allah) atau berhukum pada hukum Jahiliah (iaitu hukum kufur yang dibuat oleh manusia). Mereka haram menyalahi perintah Rasul, iaitu mengikuti hukum yang dibuat manusia dan meninggalkan hukum yang dibawa Nabi Muhammad SAW.
Kedua, terkait dengan rakyat sebagai sumber kekuasaan. Dalam demokrasi rakyat dapat memilih penguasa yang mereka inginkan untuk menerapkan hukum yang dibuat (wakil) rakyat dan untuk memutuskan perkara berdasarkan hukum itu. Rakyat juga berhak memberhentikan penguasa dan mengganti penguasa dengan penguasa lain. Jadi, rakyatlah yang memiliki kekuasaan, sedangkan penguasa mengambil kekuasaannya dari rakyat.
Sebaliknya, Islam menetapkan bahawa kekuasaan itu berada di tangan umat Islam. Maksudnya, umat Islamlah yang memiliki hak untuk memilih penguasa, agar penguasa itu dapat menegakkan syariah Islam. Prinsip ini diambil dari hadis-hadis mengenai baiat, yang menetapkan adanya hak mengangkat khalifah hanya di tangan kaum Muslim untuk mengamalkan Kitabullah dan Sunah Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِي عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيْتَةً جَاهِلِيَّة
”Siapa saja yang mati, sedangkan di lehernya tidak terdapat baiat (kepada khalifah), bermaksud dia telah mati jahiliah”. (HR Muslim).
Walaupun syariah telah menetapkan bahawa kekuasaan itu berada di tangan umat dan mereka berkuasa mengangkat penguasa yang mereka kehendaki, syariah tidak memberikan hak kepada mereka untuk memberhentikan penguasa, seperti yang ada dalam sistem demokrasi. Ketentuan ini didasarkan pada hadis-hadis yang mewajibkan taat kepada khalifah walaupun dia berbuat zalim selama dia tidak memerintahkan maksiat.
Rasulullah SAW bersabda: “…Sejahat-jahat pemimpin kalian adalah pemimpin yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian, kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.” Auf bin Malik lalu berkata: Kami lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah tidak kita perangi saja mereka pada saat itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, selama mereka masih mendirikan solat di tengah-tengah kalian…”
Yang dimaksudkan dengan “mendirikan solat” dalam hadis di atas adalah “melaksanakan hukum-hukum Islam”. Ungkapan tersebut merupakan ungkapan majazi (kiasan), iaitu menyebut sebahagian, tetapi yang dimaksud adalah keseluruhannya.
Umat juga tidak boleh memberontak terhadap penguasa kecuali jika dia menampakkan kekufuran yang terang-terangan. Ini sebagaimana hadis Ubadah bin ash-Shamit mengenai baiat. Dalam hadis itu terdapat keterangan: “…Kami juga tidak akan merebut kekuasaan dari yang berhak, kecuali (Rasulullah mengatakan)’, jika kalian menyaksikan kekufuran yang nyata, yang kalian mempunyai bukti yang kuat tentangnya dari sisi Allah.”
Yang mempunyai kekuasaan untuk memberhentikan Khalifah adalah Mahkamah Mazhalim. Ini kerana kes yang dapat menjadi alasan Khalifah diberhentikan merupakan kezaliman yang perlu dilenyapkan. Kes itu juga dianggap sebagai kes yang memerlukan penetapan (itsbaat) yang perlu dilakukan di hadapan hakim.
Berikutnya, dalam konteks pengambilan keputusan, demokrasi dapat dianggap sebagai pemerintahan majoriti dan hukum majoriti. Pemilihan para penguasa, anggota dewan perwakilan, serta anggota berbagai lembaga, kekuasaan dan organisasi, semuanya berdasarkan pertimbangan kesepakatan suara (majoriti). Demikian juga pembuatan hukum dan pengambilan di dewan perwakilan, kekuasaan, lembaga dan organisasi, seluruhnya dilaksanakan berdasarkan pendapat majoriti.
Oleh kerana itu, dalam sistem demokrasi pendapat majoriti bersifat mengikat bagi semua pihak, baik penguasa mahupun bukan. Sebabnya, pendapat majoriti merupakan sesuatu yang mengungkapkan kehendak rakyat. Jadi pihak minoriti tidak mempunyai pilihan kecuali tunduk dan mengikuti pendapat majoriti.
Sebaliknya, dalam Islam, dalam penentuan hukum, kriterianya tidak bergantung pada pendapat majoriti atau minoriti, melainkan pada nas-nas syariah. Sebabnya, Musyarri’ (Pembuat Hukum) hanyalah Allah SWT. Bukan rakyat. Bahkan rakyat tidak berkuasa sedikit pun untuk menetapkan (tabanni) hukum. Pihak yang berkuasa untuk menetapkan (tabanani)—bukan perundangan (tasyrii’)—hukum adalah penguasa (Khalifah).
Para Sahabat yang mulia telah berijmak bahawa seorang Imam (Khalifah) memang berhak untuk menetapkan hukum-hukum syariah tertentu. Dia juga berhak memerintahkan rakyat untuk mengamalkan hukum-hukum syariah yang telah dia tetapkan. Kaum Muslim wajib mentaati ketetapan Khalifah ini dan meninggalkan pendapat mereka. Dari adanya Ijmak Sahabat inilah di-istinbaath (diambil dan ditetapkan) beberapa prinsip syariah berikut:
أَمْرُ الإِمَامِ يَرْفَعُ الخِلاَفَ
Perintah (keputusan) Imam (Khalifah) menghilangkan perbezaan pendapat.
أَمْرُ الإِمَامِ نَافِذٌ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا
Perintah (keputusan) Imam (Khalifah) wajib dilaksanakan, baik secara zahir mahupun batin.
لِلسُّلْطَانِ أَنْ يُحْدِثَ مِنَ الأَقْضِيَةِ بِقَدْرِ مَا يَحْدُثُ مِنْ مُشْكِلاَتٍ
Penguasa (Khalifah) berhak mengeluarkan keputusan-keputusan (hukum) baru sesuai dengan perkembangan masalah yang terjadi.
Allah SWT juga telah memerintahkan kita untuk mentaati Ulil Amri. Yang dimaksudkan dengan Ulil Amri adalah para penguasa Muslim yang menerapkan hukum Islam [Lihat: QS an-Nisaa’ (4): 59].
Bagi masalah berkaitan aspek profesion dan idea yang memerlukan kepakaran, pemikiran dan pertimbangan yang mendalam, kriteria yang digunakan adalah ketepatan atau kebenaran. Bukan berdasarkan undi majoriti. Jadi masalah yang ada mesti dikembalikan kepada yang pakar. Urusan ketenteraan dikembalikan kepada pakar ketenteraan. Isu fiqh dikembalikan kepada fuqaha dan mujtahidin. Dan seterusnya.
Perlu diingat bahawa ahli-ahli dewan perwakilan rakyat (parlimen) baik di negara Islam mahupun di Barat hari ini, sebahagian besarnya, bukanlah orang yang mahir. Majoriti mereka juga bukanlah orang yang mampu memahami setiap masalah dan penyelesaiannya dengan baik. Oleh itu, undi majoriti ahli badan perwakilan yang ada sebenarnya tidak berguna dan tidak ada nilai langsung.
Dalil ketentuan ini adalah peristiwa Nabi Muhammad SAW mengikut pendapat Hubab bin al Mundzir pada Perang Badar yang sememangnya pakar dalam strategi perang. Beliau menyarankan kepada Rasulullah untuk meninggalkan tempat yang dipilihnya jika ketentuan tempat itu bukan dari wahyu Allah SWT. Hubab menganggap tempat itu tidak sesuai untuk tujuan pertempuran. Rasulullah SAW pun mengikut pendapat Hubab dan berpindah ke tempat yang ditunjukkan olehnya. Maka Rasulullah SAW meninggalkan pendapatnya sendiri, dan tidak meminta nasihat daripada majoriti Sahabat yang lain tentang perkara ini.
Seterusnya, dalam perkara-perkara yang secara langsung menjurus kepada amal kebajikan (praktikal), yang tidak memerlukan pemikiran dan pertimbangan yang mendalam, maka yang menjadi penanda aras hanyalah suara majoriti. Sebabnya, dalam soal ini, majoriti rakyat boleh faham dan boleh memberikan pendapat dengan mudah mengikut pertimbangan sedia ada untuk kepentingan umum. Adakah kita akan bermusafir pada waktu pagi atau malam? Adakah kita akan menaiki kapal terbang, kapal, atau kereta api? Dalam perkara seperti ini, undi majoriti boleh digunakan sebagai garis panduan dan bersifat mengikat.
Dalil untuk ketentuan tersebut adalah peristiwa yang terjadi pada Rasulullah SAW ketika Perang Uhud. Nabi Muhammad SAW dan para sahabat senior berpendapat bahawa umat Islam tidak perlu meninggalkan kota Madinah. Sebaliknya, majoriti para Sahabat—terutamanya golongan muda—berpendapat bahawa umat Islam harus meninggalkan kota Madinah untuk menghadapi Quraisy. Kerana majoriti para Sahabat berpendapat untuk meninggalkan kota Madinah, Rasulullah SAW mengikut pendapat mereka dan mengabaikan pendapat para sahabat senior.
Kesimpulan
Demokrasi sesungguhnya sistem kufur. Tidak punya hubungan sama sekali dengan Islam, baik langsung mahupun tidak langsung. Demokrasi sangat bertentangan dengan hukum-hukum Islam dalam garis besar mahupun perinciannya, dalam sumber kemunculannya, akidah yang melahirkannya atau asas yang mendasarinya, serta berbagai idea dan peraturan yang dibawanya.
Alhasil, kaum Muslim haram secara mutlak mengambil, menerapkan dan menyebarluaskan demokrasi.
WalLaahu a’lam bi ash-sawaab.
Catatan kaki:
1 – Kata ini berasal dari bahasa Yunani Kuno (dçmokratía) “kekuasaan rakyat”, yang terbentuk dari dêmos “rakyat” dan kratos “kekuatan” atau “kekuasaan” pada Abad ke-5 SM untuk menyebut sistem politik negara-kota Yunani, salah satunya Athena Klasik; kata ini merupakan antonim dari wikt: aristocratie “kekuasaan elit”.
2 – Istilah sekularisme ini berasal dari kata “saeculum” yang dalam bahasa Latin bererti ‘periode besar waktu’ atau ‘spirit zaman’. Sementara itu, istilah ini berkembang menjadi kata “secularism” yang dalam Bahasa Inggeris bererti adanya sifat keduniaan (worldly), non-agama (irreligious), dan non-spiritual (mundane). Bahkan, kata lawan dari sekularisme ini adalah suci (holy), hal-hal yang bersifat keagamaan (religious), wakil dari langit (vicegerent of God), dan hal-hal di luar hukum alam (unearthly transcendental). Kamus Oxford pun turut menerjemahkan “sekularisme” ini sebagai ‘doktrin bahawa moraliti sepatutnya semata-mata didasarkan pada penghargaan atas umat manusia dan kehidupan, dengan membuang semua pertimbangan yang diambil dari keyakinan pada Tuhan atau hari akhirat’.
3 – Pemisahan kekuasaan (bahasa Inggeris: separation of powers, bahasa Belanda: scheiding der machten) merupakan konsep pembahagian kekuasaan pemerintah dalam suatu negara menjadi bercabang-cabang. Masing-masing cabang mempunyai kekuasaan dan tanggungjawab yang terpisah dan mandiri, sehingga kekuasaan satu cabang tidak bertentangan dengan cabang-cabang kekuasaan lainnya. Pada umumnya, kekuasaan negara dibahagi menjadi tiga cabang: legislatif, eksekutif, dan kehakiman. Pembahagian ini disebut juga model trias politica.
Sumber: https://alwaie.net/afkar/demokrasi-sistem-kufur/