[TRIVIA MUSLIMAH IDEAL]
Amrah
Tahukah anda bahawa Amrah merupakan ulama wanita dari didikan Aisyah ra? Amrah merupakan murid terbaik didikan Ummul Mukminin Aisyah ra. Kecerdasannya hampir menyerupai kecerdasan gurunya. Hari-harinya diisi dengan belajar secara langsung di kediaman Ummul Mukminin. Dalam diri Amrah, terhimpun sifat-sifat yang tidak dimiliki oleh kebanyakan wanita semasa zamannya. Di antara keunggulan Amrah adalah, pemahamannya yang mendalam dan pengalamannya pada hadis Nabi serta ketepatan riwayat dan juga pemahamannya. Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat terkesan dengan peribadi Amrah dan ia tercermin dari ungkapan beliau mengenainya iaitu, “Tidak ada lagi orang yang paling mengetahui hadis Aisyah ra lebih dari Amrah.” Kesungguhannya untuk belajar dengan Aisyah ra. membuatkan beliau menjadi salah seorang ulama wanita yang paling menonjol dalam keilmuan di bidang hadis.
#MuslimahIdeal #SeniMembinaGenerasiPemimpin #IbuMuslimahInspiratif