K.H. Labib: Dulu Umat Islam Fa’il, Sekarang Nasibnya Menjadi Maf’ul
Fakta saat ini umat Islam tidak lagi menjadi pemimpin, dibenarkan oleh Ulama Aswaja K.H. Rokhmat S. Labib dengan menyebut bahawa umat Islam kini menjadi fa’il (subjek) berubah nasibnya menjadi maf’ul (objek).
“Jika kita lihat umat Islam yang sebelumnya menjadi pemimpin, sekarang tidak lagi menjadi pemimpin. Yang tadinya menjadi fa’il (subjek) berubah nasibnya menjadi maf’ul (objek),” sesalnya yang disampaikan dalam Israk Mikraj Forum bertajuk Indonesia Berkah dengan Islam Kaffah, Isnin (27/01/2025).
Ustaz Labib mengatakan, sejarah pada bulan Rejab juga merupakan sejarah “kelam” bagi kaum Muslim. “Pada tanggal 28 Rejab 1342 Hijriah atau 3 Mac 1924, Khilafah Islam yang didirikan oleh Rasulullah SAW justeru runtuh pada bulan Rejab. Khilafah Uthmaniyyah diruntuhkan oleh Mustafa Kemal Attaturk,” tuturnya dengan suara berat.
“Kita saksikan sekarang, kepemimpinan khilafah tidak ada. Umat Islam betul-betul menjadi objek, kerana kepemimpinan umat Islam telah diambil alih secara faktual. Oleh siapa? Al-Yahudu Wannashara,” ungkapnya.
Beliau menyebutkan, al-Yahudu Wannashara seperti disebutkan dalam hadis Nabi SAW ketika menjelaskan tentang surat al-Fatihah.
“Siapa al-maghdhu bi’alayhim? Beliau menjawab al-Yahudu. Siapa adh-Dhallin? Mereka adalah an-Nashara. Bayangkan, al-maghdhu bi’alayhim dan orang-orang dhaallin yang justeru menjadi pemimpin dunia,” sebutnya.
Beliau melanjutkan, ketika mereka yang memimpin, sudah dapat dipastikan kerosakanlah yang terjadi saat ini. “Seperti kerosakan dalam semua aspek. Berlakunya kerosakan akidah, politik, ekonomi, pendidikan, sosial, dan sebagainya. Tidak terhitung jumlahnya,” jelasnya lagi.
“Sementara umat Islam menjadi objek, kerana tidak ada yang menjadi pemimpin. Bukan menjadi tongkat kepemimpinan. Seperti sekarang, jangankan mengatur orang lain, mengatur kaum Muslim saja begitu sukar,” ulasnya.
Jihad
Beliau kembali mengatakan, “Jangankan melakukan apa yang disebutkan sebagai jihad dalam rangka nasyrul mabda (menyebarkan mabda), dalam kitab Fathul Mu’in disebutkan al-jihadu fardhu kifayatin. Jihad ini wajib dilakukan, meski hanya sekali. Apabila orang kafir di negeri mereka, maka umat Islam diperintahkan meluaskan wilayahnya agar mereka menjadi sebahagian dari wilayah Islam. Jangankan melakukan yang fardhu kifayah tadi, fardhu ain pun tidak mampu.”
“Berikutnya kalimat dalam kitab tersebut disebutkan berubah menjadi fardhu ain jika mereka masuk menyerang negeri kaum Muslim. Hukumnya berubah, bukan lagi fardhu kifayah tetapi menjadi kifayah fardhu ain,” imbuhnya.
“Apa yang terjadi sekarang ketika khilafah tidak ada? Palestin dijajah, tempat Baitul Maqdis yang dahulunya Rasulullah SAW diisrakkan, tempat yang dahulunya Rasulullah SAW menjadi imam bagi nabi-nabi sebelumnya, direbut dan dirampas oleh mereka. Sementara kaum Muslim diusir, dibunuh, dibantai, bahkan dilakukan genosid ke atas mereka,” ujarnya dengan geram.
Sudah semestinya, jangankan di saat mereka menguasai, merampas, mendirikan negara, bahkan di saat mereka baru melangkah masuk sahaja, hukumnya sudah berubah menjadi fardhu ain, wajib dilakukan. “Tetapi sekarang tidak mampu, sudah berpuluh-puluh tahun,” ucapnya.
Tanpa Khilafah
“Disebabkan tidak ada khilafah, tidak ada yang peduli dengan urusan ini (jihad). Kita saksikan negara-negara Timur Tengah yang mereka juga mempunyai pasukan, tentera, peluru berpandu, tetapi tidak ada satu pun yang digunakan untuk membela saudara-saudara mereka yang ada di Palestin. Yang terjadi justeru mereka bersekutu dengan negara penjajah itu,” ungkapnya.
Beliau mengatakan, Saudi, tidak ada walau satu butir peluru pun yang digunakan untuk menyerang kaum Zionis yang jelas-jelas menumpahkan darah kaum Muslim. “Dalam tempoh setahun sahaja, sebanyak 60 ribu lebih jiwa yang terkorban, bangunan sudah rata dengan tanah, mereka sudah minta tolong, ‘Aynal Muslimun?’ Di mana kaum Muslim. Mereka sudah kehilangan suara pada siapa mereka perlu mengadu,” sambungnya.
“Bagi kaum Muslim tidak ada pilihan lain kecuali menjalankan perintah Allah SWT untuk menegakkan kepemimpinan itu, dan kepemimpinan itu tak lain adalah khilafah. Kerana hanya dengan khilafah itu sesungguhnya seluruh Islam dapat diterapkan,” serunya menutup penjelasan.[] Rere
Sumber: Tintasiyasi