JANGAN MENUNDA SEDEKAH
Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar
Tidak sedikit umat Islam yang cenderung lebih suka menangguhkan sedekah. Terdapat banyak faktor. Kebanyakannya kerana masih terlalu mencintai harta. Akibatnya, sedekah sangat berat baginya.
Orang seperti ini pasti akan menyesal apabila kematian menjemputnya. Sebab, apabila dia meninggal dunia, sedekah hanya tinggal mimpi.
Mustahil dia boleh lakukannya lagi. Inilah yang ditegaskan oleh Allah SWT:
وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِن قبل أن يأتي أحدكُمُ المَوْتُ فَيَقُولُ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصْدَقَ وَأَكُن مِنَ الصَّالِحِينَ (10) وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللهُ نَفْسًا إِذا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (11)
“Infakkanlah sebahagian (harta) dari apa yang telah Kami berikan kepada kalian sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kalian, lalu dia berkata, “Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, supaya aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?” Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah tiba masanya. Allah lebih mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (TMQ al-Munafiqun [63]: 9-11).
Allah SWT juga berfirman:
حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (99) لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا
“(Demikianlah) jika datang kematian kepada seseorang di antara mereka, dia berkata: “Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku dapat mengerjakan amal soleh yang telah aku tinggalkan”. Tidak sama sekali. Sesungguhnya itu hanyalah perkataan yang diucapkannya.” (TMQ al-Mu’minun [23]: 98-99).
Kerana itulah Ibnu Umar RA pernah mengingatkan kita, “Jika kamu ada di waktu petang, jangan menunggu datangnya waktu pagi. Jika kamu berada di waktu pagi, jangan menunggu hingga petang. Jadikanlah masa sihatmu sebelum (untuk beramal soleh) sebelum datang masa sakitmu dan jadikanlah masa kehidupanmu (untuk beramal soleh) sebelum datang kematianmu.” (HR al-Bukhari).
Ini bermakna kita hendaklah sentiasa bersegera dalam melakukan amal soleh termasuk amal sedekah.
Wa maa tawfiiqii illaa bilLaah.