Aktivis Muslim Ini Menyeru Gantikan Politik Demokrasi yang Kotor dengan Politik Islam
Oleh: Syamsiyah Jamil
Aktivis Muslim Malaysia, Ustaz Abdul Hakim Othman mengatakan bahawa selama para pemain politik di Malaysia dan dunia Islam lainnya mengambil model demokrasi yang datang dari Barat yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam, selama itulah politik akan selalu diselimuti kemaksiatan kepada Allah SWT, kekotoran dan kemunafikan.
“Selama para pemain politik di Malaysia dan dunia Islam lainnya mengambil model demokrasi yang datang dari Barat, yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam, selama itulah politik akan selalu diselimuti kekotoran, kemunafikan, dan kemaksiatan kepada Allah SWT,” jelas Jurucakap HTM tersebut.
Di akaun rasmi TikToknya dalam Kenyataan Media bertajuk Kemunafikan Politik Demokrasi Tak Akan Berakhir Sampai Kita Menggantikannya dengan Politik Islam , Jumaat (10/01/2025). Jurucakap HTM tersebut menegaskan, “Wahai umat Islam, kita telah lama menyaksikan kemunafikan politik demokrasi dan kita akan terus menyaksikannya selama kita tidak berusaha mengubahnya secara serius dan dengan cara yang benar.”
Lanjutnya, adalah menjadi kesalahan besar bila seseorang yang memegang pemerintahan namun tidak menerapkan hukum Allah SWT, malah menyatakan ketidaksetujuannya terhadap penerapan Hudud Allah SWT.
“Pemimpin mana pun yang diberi amanah oleh Allah SWT dengan suatu kekuasaan namun tidak menerapkan hudud Allah, maka sesungguhnya dia telah derhaka kepada Allah,” kata bekas peguam itu.
Beliau mengatakan, pembangkangan terbesar yang dilakukan oleh siapa pun yang sedang berkuasa, atau pernah berkuasa, adalah melanggar perintah Allah dengan tidak menerapkan hukum-hukumNya.
“Seharusnya yang menjadi persoalan utama umat Islam dalam urusan politik, iaitu kewajipan untuk melakukan muhasabah terhadap penguasa yang derhaka kepada Allah SWT,” ujarnya.
“Inilah cara berpolitik yang benar menurut Islam. Sesungguhnya politik menurut Islam adalah pengaturan urusan rakyat, yang mana bagi penguasa, tugasnya adalah mengatur rakyat menurut Islam. Sedangkan bagi masyarakat, tugasnya adalah melakukan amar makruf nahi mungkar, iaitu melakukan muhasabah kepada penguasa dan juga dengan Islam,” jelasnya.
Beliau mengajak umat Islam untuk bangkit dengan kerangka politik transformatif yang dipimpin oleh pemimpin yang ikhlas dan hanya berpegang pada syariat Islam. “Mari bekerjasama dengan Hizbut Tahrir melakukan perjuangan politik dengan cara yang benar, iaitu cara yang diajarkan Nabi SAW,” ajaknya.
“Mari kita semua menolak sistem jahiliyah, iaitu sistem demokrasi yang penuh korupsi dan kemunafikan dan berusaha menggantinya dengan sistem Islam iaitu khilafah. Satu-satunya sistem yang menjamin kesejahteraan, keamanan, dan keredhaan Allah SWT,” tutupnya.
Sumber: https://vt.tiktok.com/ZS6sBprYa/