[TRIVIA MUSLIMAH IDEAL]
Shafiyyah binti Abdul Muthallib RA
Sudahkah anda kenal ibunda Hawari (pengawal setia) Rasulullah SAW? Shafiyyah binti Abdul Muttalib adalah bukti bahawa seorang ibu mampu membentuk seorang anak menjadi pemimpin dan pejuang hebat.
Shafiyyah adalah saudara kandung kepada Hamzah sang singa Allah. Dibesarkan dalam keluarga yang disegani, beliau memiliki keperibadian tinggi, ketajaman berfikir, serta keberanian luar biasa. Kepakarannya dalam sastera, berkuda, dan penggunaan senjata menjadikannya wanita yang bukan hanya cerdas, tetapi juga tangguh dan berjiwa kesatria.
Sebagai ibu kepada Zubair bin Awwam ra, Shafiyyah mendidiknya dengan penuh disiplin dan ketegasan. Beliau tidak memanjakan anaknya, sebaliknya mengajarkan keberanian, daya juang, dan kebijaksanaan dalam menghadapi kehidupan. Didikannya yang keras, namun penuh kasih sayang, melahirkan seorang kesatria yang akhirnya menjadi Hawari (pengawal setia) Rasulullah SAW, seorang pahlawan yang kehebatannya diibaratkan setara dengan 1000 tentera.
Kisah Shafiyyah mengajar kita bahawa peranan seorang ibu sangat penting dalam mencetak generasi pemimpin. Pendidikan yang diterapkan bukan sekadar memberikan ilmu, tetapi juga membentuk akhlak, keberanian, dan daya juang yang tinggi. Seorang ibu bukan sekadar pendidik di rumah, tetapi juga pencetus perubahan besar dalam sejarah.
Ibu yang mendidik anaknya dengan keteguhan prinsip, kecintaan kepada agama, serta keberanian untuk berjuang demi kebenaran, pasti akan melahirkan generasi yang hebat. Seperti Shafiyyah yang berjaya membentuk Zubair bin Awwam sebagai pahlawan Islam, kita juga mampu melahirkan pemimpin yang akan membawa perubahan besar dalam dunia.
#MuslimahIdeal #SeniMembinaGenerasiPemimpin #IbuMuslimahInspiratif