[Soal-Jawab Seputar Gerakan Islam] Dimanakah Gerakan Islam Harus Bermula?? (Bahagian 3/3)
Sekalipun telah kita sebutkan bukti-bukti yang jelas seperti di atas, masih saja ada sebahagian orang yang menolak menganalogikan keadaan sekarang dengan keadaan masa lalu. Mereka beralasan bahawa keadaan masa lampau berbeza dengan keadaan sekarang. Di samping itu, Rasulullah SAW sendiri mempunyai keistimewaan dan kelebihan. Persamaan ini akan mendorong kita “berkhayal” dan menjauhkan diri dari kenyataan.
Walaupun kita tegas menolak alasan-alasan tersebut, tetapi eloklah jika kita cuba meneliti dan melihat keadaan sekarang ini. Sekalipun dipisahkan dari sirah Rasul dan cara beliau memecahkan persoalan, kita akan lihat bahawa akal, selain syarak, akan membawa kita kepada kesimpulan yang serupa.
Misalnya, suatu negeri yang penduduknya majoriti muslim. Di dalam negeri itu berkembang banyak idea dan kepentingan yang saling bertentangan, seperti parti-parti komunis/sosialis atau fahaman sekular, selain adanya ketegangan dengan agama-agama lain, misalnya dengan agama Kristian.
Tentu dalam masyarakat seperti ini orang-orang lambat laun akan menjauhkan diri dari Islam, ketakwaan akan berkurang, dan akidah Islam akan menjadi mudah goyah dalam diri kaum muslim.
Pada saat meneliti masyarakat seperti ini, kita perlu membayangkan secara jujur bahawa masyarakat yang kita jadikan contoh ini merupakan suatu gambaran yang ada pada setiap masyarakat Islam secara umum. Paling tidak ini merupakan suatu gambaran yang mewakili negeri yang akan diperbaiki, sekalipun pendekatan masing-masing kita berbeza.
Harus kita perhatikan di sini bahawa parti-parti sosialis itu dapat bergerak tentu kerana mendapat dukungan dari salah satu parti politik dan ketenteraan yang besar di peringkat internasional. Derasnya arus sekularisasi juga kerana didukung oleh negara-negara Barat dan Timur secara bersamaan, selain oleh negeri-negeri Islam sendiri. Ini sangat menyedihkan.
Bagi aktiviti Kristianisasi pula, amalan mereka disokong oleh negara-negara Eropah khususnya Perancis dan Vatican. Kita tidak dapat membayangkan apa akibatnya jika sekolah-sekolah misionaris di negeri-negeri Islam, seperti Lubnan, didirikan oleh penduduk Nasrani dan dapat dipertahankan keberadaannya sepanjang masa, tanpa mendapat dukungan dari orang-orang Nasrani di seluruh dunia.
Jadi pengaruh-pengaruh ideologi dan pemikiran yang menentang Islam selalu didukung oleh kekuatan politik dan ketenteraan dari negara tertentu. Kemudian, siapa yang melindungi kepentingan-kepentingan umat Islam? Apakah kita perlu berlindung kepada negara-negara yang ada di dunia Islam, sementara itu pemimpinnya merupakan kaki tangan negara adidaya yang tidak mempunyai harga diri lagi?
Cukuplah kita melihat bagaimana sikap Arab Saudi, yang merupakan tanah Hijaz dan pusat Islam pertama, terhadap pengusiran sekitar 300,000 kaum muslim dari Bulgaria pada 1989. Lihat pula bagaimana sikap Saudi dan Kuwait dalam meminta perlindungan kepada Amerika Syarikat untuk menghancurkan salah satu negeri Islam, Iraq, dan meluluskan keinginan Amerika Syarikat di sana untuk menghancurkan kekuatan ketenteraan dan ekonominya.
Apakah ini dapat terjadi kalau kaum muslim mempunyai suatu daulah yang mempertahankan negeri-negeri mereka dan menjaga kehormatannya? Dahulu Khalifah Al-Mu’tasim (masa Abbasiyah) telah membakar kota Rumiyah (Rom), malah membunuh 90,000 orang hanya untuk melindungi seorang wanita muslimah yang berteriak sambil memanggil, “Waa Mu’tasimaah, di manakah engkau wahai Al Mu’tasim?” Ini terjadi setelah muslimah tersebut dilanggar kehormatannya oleh tentera Romawi. Dahulu, Nabi Muhammad SAW juga mengisytiharkan perang terhadap Yahudi dari Bani Qainuqa’ semata-mata untuk melindungi wanita Islam yang dibuka jilbabnya oleh orang Yahudi.
Namun sekarang, siapa yang dapat membalas kehormatan kaum muslim yang dilanggar musuh Islam di Palestin, India, Bosnia, Myanmar, Filipina, atau di tempat-tempat lainnya? Apakah sekadar pidato-pidato, seminar, bengkel, kongres, dan lainnya mampu melakukannya? Mata tidak mampu melawan penusuk mata, tetapi pedang boleh menghancurkan sarungnya.
Akhirnya kita dapat menyimpulkan bahawa setiap pemikiran yang ditujukan untuk membangkitkan kaum muslim hendaklah mampu membentuk kesedaran individu sebagai langkah awal, menghidupkan dan mengembangkan akidah mereka, juga menampakkan kerosakan dan kekeliruan ideologi Barat. Di samping itu, perlu juga selalu berusaha memperbaiki perilaku setiap muslim semaksima mungkin dan memecahkan persoalan-persoalan masyarakat.
Namun harus selalu diingat bahawa cara tersebut tidak cukup untuk mengubah keadaan. Bahawasanya jalan sempurna dan lengkap yang perlu ditempuh untuk membangkitkan kaum muslim adalah dengan membentuk kesatuan politik dan ekonomi di bawah satu bendera dan satu naungan, iaitu negara Khilafah yang berusaha menyampaikan dakwah secara menyeluruh ke seluruh penjuru dunia.
Usaha untuk mewujudkan semua ini perlu mendapat perhatian lebih dan memerlukan curahan fikiran dan tenaga yang sangat besar dari seluruh kaum muslim dunia, khususnya yang ada di Timur Tengah sebagai pembawa harapan bagi seluruh umat Islam dunia.
Kita sudah mengetahui bahawa Daulah Khilafah adalah syarat mutlak untuk membangkitkan kaum muslim secara sempurna. Oleh kerana itu, inilah jalan yang perlu ditempuh untuk mengadakan “ishlah” (perbaikan) yang kita inginkan, iaitu jalan yang pernah ditempuh oleh Rasulullah ﷺ.
Kita tidak boleh menyimpang sedikit pun daripadanya atau mengambil jalan tengah. Misalnya, berkompromi dengan penguasa yang menentang kehadiran Islam di bidang politik dan ekonomi negara, atau dalam bidang perundangan dan peradilan. Kita bukanlah umat yang biasa mengambil jalan tengah (moderat). Pilihan kita hanya dua, keinginan itu tercapai atau kita harus mati kerananya.
Sumber: Abdurrahman Muhammad Khalid, Soal-Jawab Seputar Gerakan Islam