Peranan Pakatan Militer dalam Dominasi Negara Kuasa besar
Oleh: Aliya Ab Aziz
Dalam diskusi bersiri Kajian Telaah Kitab Mafahim Siyasiyah (Konsepsi Politik Islam) Ed. 26, Pemerhati Politik Antarabangsa Ustaz Budi Mulyana menyoroti peranan pakatan militer (military pact) dalam mempertahankan dominasi negara-negara kuasa besar di dunia hanyalah sebagai alat untuk menjaga status quo dan mengurangkan persaingan dari negara-negara yang berpotensi menjadi pesaing militer.
“Gagasan perdamaian yang sering digaungkan oleh kekuatan besar, termasuk pelucutan senjata, sebenarnya hanya alat untuk menjaga status quo dan mengurangkan persaingan dari negara-negara yang berpotensi menjadi pesaing militer,” ulas Budi.
“Prinsip negara kuasa besar itu tetap dilihat dari kekuatan militernya. Jadi tidak mungkin mereka mengurangkan keupayaan negaranya,” ujarnya dalam kuliah bertajuk Faktor Pendorong Persaingan Antara Negara, Pakatan, dan Aliansi Antarabangsa di channel YouTube Syiar Malam, Khamis (10/08/2023).
Beliau menekankan bahawa pakatan militer memiliki dua tujuan utama. “Pertama, untuk memperkuat kedudukan suatu negara dengan membentuk perikatan bersama negara lain.” ujarnya, sembari memberikan contoh, menjelang Perang Dunia I, British membangun pakatan militer dengan Perancis dan Rusia untuk menghadapi Jerman.
“Ketika Inggeris (British) menghadapi Jerman, maka mereka membangun pakatan militer dengan Perancis dan Rusia, kerana mereka mungkin merasa lemah jika perlu berhadapan secara langsung,” jelasnya.
Kedua, pakatan militer digunakan untuk mencegah dominasi suatu negara atas negara lain demi menjaga keseimbangan kekuatan global.
“Ketika Amerika Syarikat membentuk NATO, maka Kesatuan Soviet merespon dengan membentuk Pakatan Warsaw, agar terjadi keseimbangan kekuatan atau balance of power (BOP),” tambahnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa dalam konteks Perang Dingin, dunia terbahagi menjadi dua blok besar yang masing-masing bersekutu dalam perjanjian militer. Namun, setelah runtuhnya Kesatuan Soviet, NATO justeru semakin diperluas ke negara-negara Eropah Timur.
“Persoalannya, ketika pakatan kuasa besar itu tidak ada pesaing, kenapa Amerika mempertahankan bahkan memperluas NATO, dan pakatannya terus dilakukan dengan menggabungkan negara-negara Eropah Timur ke dalamnya, termasuk juga negara-negara lain. Misalnya Caucasus, yang kemudiannya diajak untuk bergabung,” ungkap beliau mengajak audiens berfikir.
Sambung Ustaz Budi lagi, tujuan NATO setelah itu bukan lagi menghadapi Blok Timur yang telah runtuh, tetapi berubah menjadi alat untuk mencengkam negara-negara pesaingnya di Eropah agar tetap dalam pengaruh Amerika Syarikat.
“Tujuan NATO itu tidak lagi diorientasikan untuk menghadapi Blok Timur, tetapi justeru untuk mencengkam negara-negara dengan kekuatan militer yang besar seperti Inggeris (British) misalnya, kemudian Perancis dan Jerman. Makanya kemudian orientasi NATO itu sudah berubah menjadi alat untuk mencengkam pesaing-pesaing Amerika,” tegasnya.
Aktivis Muslim itu juga menyoroti bagaimana negara-negara kecil memanfaatkan pakatan militer sebagai strategi perlindungan.
“Kenapa Indonesia takut dengan Singapura yang kecil? Kerana Singapura punya kerjasama militer dengan negara-negara besar. Kalau Indonesia berhadapan dengan Singapura, kita tidak hanya melawan Singapura, tetapi juga sekutunya. Jadi ada keuntungan buat negara-negara kecil bergabung ke pakatan militer itu untuk mengamankan kedudukannya dari ancaman negara lain.” jelasnya.
Selain itu beliau turut membahas tentang pakatan militer bukan hanya alat perang, tetapi juga digunakan untuk memperluaskan dan memperkuat hegemoni negara kuasa besar di berbagai kawasan. “Pakatan semacam ini lebih bersifat sebagai alat politik untuk menjaga keseimbangan kekuatan di peringkat global,” terang beliau.
“Kita harus baca tentang konstelasi antarabangsa itu adalah pakatan-pakatan militer yang memang dalam konteks memperkuat hegemoni yang sudah ada. Jadi pakatan yang diadakan adalah untuk menentang kekuatan lain sekiranya ada potensi lawan. Kemudian pakatan ini juga menjadi sarana untuk menjaga keseimbangan kekuatan dan memastikan negara-negara tetap berada dalam pengaruh negara kuasa besar,” tambahnya.
Beliau memberikan contoh, perjanjian militer yang dibuat oleh Amerika dengan berbagai negara di Timur Tengah, Afrika, dan Asia sering kali lebih menguntungkan negara kuasa besar berbanding negara yang ikut bergabung di dalamnya.
“Ada perjanjian-perjanjian militer antara negara kuasa besar dengan negara kecil yang tidak dianggap sebagai alat konflik antarabangsa secara langsung, tetapi sebaliknya sebagai alat untuk memperkuat dominasi negara kuasa besar,” tambahnya.
Jenis Negara
Sebagai tambahan, dalam konteks politik antarabangsa pula, Budi menyebutkan bahawa negara dapat dikategorikan menjadi empat jenis, yakni negara kuasa besar, negara independen, negara satelit, dan negara pengikut.
“Negara satelit itu seperti Jepun terhadap Amerika. Jepun itu dalam bentuk lain, mengikuti kebijakan ekonomi dan luar negeri Amerika,” ungkapnya.
Sementara itu, ujarnya lagi, negara pengikut seperti Indonesia lebih fleksibel dalam berhubungan dengan berbagai kekuatan besar.
“Indonesia itu negara pengikut, bukan satelit. Indonesia boleh ke Amerika, boleh ke Inggeris (British), boleh ke China, bergantung pada siapa yang lebih dominan mempengaruhinya,” katanya.
Kesimpulannya, agar tatanan politik antarabangsa lebih adil, diperlukan kekuatan global yang mendasarkan kebijakannya pada nilai-nilai Islam, guna mengatasi atau mengalahkan dominasi kepentingan hegemoni negara kuasa besar yang ada saat ini.
“Pakatan politik antarabangsa dikendalikan oleh negara kuasa besar. Oleh kerana itu, penting menghadirkan kuasa besar yang lebih adil dan memiliki nilai-nilai Islam, agar dunia tidak terus-menerus dikuasai oleh kepentingan hegemoni semata,” tutupnya.
Sumber: Kajian Telaah Kitab Mafahim Siyasiyyah (Konsepsi Politik Islam) Ed. 26