Sejauh Manakah Tugas Seorang Ibu Mendidik Anak? (Bahagian 1)
Oleh: Kholda Najiyah
Terdapat dua perkara yang akan dibincangkan dalam artikel ini iaitu tugas ibu dalam mendidik anak (ummu madrasah) dan mengatur rumah tangga (rabbatul bayt). Timbul tanda tanya, apakah bentuk pendidikan yang dibebankan di bahu ibu untuk diajarkan kepada anaknya? Lalu apakah batasan dalam mengatur rumah tangga?
Ada yang menafsirkan maksud “ummu madrasah” atau “ibu pendidik anak” sebagai “ibu yang mesti mengendalikan sendiri keseluruhan proses pendidikan anak. Dengan kedua-dua tangannya. Bahkan menjadi guru bagi ilmu sains dan teknologi.”
Akibatnya, ramai ibu yang stress merasakan gagal menjadi ibu yang baik untuk anak-anak mereka. Tidak mampu membantu buat kerja sekolah matematik anak, stress. Tidak menghafal juz amma, stress. Tidak dapat menemani anak-anak yang telah menghafal juz dua puluh lima, stress.
Di saat ibu menyerahkan urusan pendidikan anak kepada tutor, guru al-Quran atau sekolah, ibu merasa berdosa. Ibu dianggap tidak mampu mendidik anak-anaknya. Malah terdapat suara sumbang yang mengatakan ibu tidak mendapat pahala. Subhanallah.
Benar, ibu adalah pendidik utama dan pertama buat anak-anaknya. Mendidik tentang apa? Adakah kesemua bentuk ilmu? Adakah perlu melakukan semuanya di rumah? Sudah tentu tidak. Pada pendapat saya, terdapat empat kompetensi yang menjadi kewajipan ibu dalam mendidik anak-anak.
Pertama, kompetensi dalam akidah (ilmu agama). Kedua, kompetensi alamiyah (ilmu kehidupan). Ketiga, kompetensi personaliti secara umum (syakhsiyah ammah atau kemahiran personaliti). Keempat, kompetensi khusus mengikut passion (syakhsiyah khususiyah atau kemahiran minat dan bakat).
Secara ringkas, begini. Pertama, kompetensi akidah, iaitu menancapkan akidah yang kukuh. Sasarannya agar anak-anak memahami kedudukan mereka sebagai hamba Allah SWT. Anak memahami tata cara beribadah. Memahami hukum halal dan haram. Memahami hak dan kewajipan. Mampu membezakan baik dan buruk. Mampu melakukan birul walidayn.
Kedua, kompetensi alamiyah, iaitu ibu mendidik anak tentang wawasan ilmu kehidupan. Sama ada kedua-duanya berkaitan falsafah, sejarah, ilmu kontemporari dan fakta berkaitan dengan dunia anak. Mengajarkan bahasa, komunikasi dan literasi mudah. Menjawab pertanyaan anak tentang fenomena apa sahaja yang mereka inderakan.
Ketiga, kompetensi personaliti umum atau syakhsiyah ammah. Ibu mengajar tanggungjawab, berdikari, keupayaan untuk melayani diri sendiri, bertahan hidup, menghadapi dan menyelesaikan masalah. Kemahiran personaliti itu termasuk akhlak yang baik, etika atau adab berperikemanusiaan.
Memahami akan tuntutan bersikap jujur, amanah, tertib, beratur, meminta tolong, meminta maaf, memaafkan dan sebagainya. Istilah hebat hari ini, pendidikan karakter.
Keempat, kompetensi khusus mengikut passion (syakhsiyah khas atau kemahiran minat dan bakat). Tugas ibu adalah menggali potensi, minat dan bakat anak mengikut tahap kecerdasannya. Memudahkan, mempercepat dan mengarahkan. Bukan memaksakan cita-cita ibu bapa.
Adapun ilmu dalam bentuk sains dan teknologi, adalah mustahil seorang ibu mampu mendidik mereka secara menyeluruh. Seperti Matematik, Sains, Fizik dan juga bahasa. Terlalu berat. Peranan guru atau sekolah diperlukan. Sebenarnya, jika tidak mampu memiliki empat kemahiran asas di atas, menjadi tanggungjawab ibu untuk mencari guru yang terbaik. Tugas mendidik bukan bermakna ibu sendiri menjadi guru dalam semua ilmu, sebaliknya memastikan anaknya mendapat pendidikan yang baik.
Ibu Imam Syafie sendiri tidak menguruskan pendidikan anaknya seorang diri. Bahkan untuk urusan agama. Sejak berumur 9 tahun, dia diizinkan untuk merantau mencari guru. Kerana tidak mungkin ibunya mampu membekalkan segala ilmu yang diperlukan oleh Syafie. Sedangkan di luar sana ada ulama-ulama yang kompeten, ilmunya sangat layak dipelajari.
Jadi, para ibu tidak perlu berkecil hati jika tidak mampu mendidik anak sendiri. Benarkan peranan guru untuk mengambil bahagian dalam mendidik anak-anak kalian. Namun begitu, tidak semestinya ibu perlu menyerahkan bulat-bulat kepada guru atau sekolah. Apatah lagi termasuk yang sering berlaku iaitu menyerahkan empat kompetensi asas di atas kepada pihak sekolah. Terlalu berat.
Lebih dari itu, tugas ibu mendidik anak-anak haruslah seiring dengan visi umat. Bervisi akhirat. Ibu jangan terlalu sibuk mendidik anak sendiri, sehingga terabai pula peranan untuk mendidik umat. Mana yang dia boleh serahkan kepada guru, benarkanlah. Kerana ibu bukan hanya bervisi syurga untuk keluarganya. Juga syurga untuk kaum ibu seperti dirinya.
Jadi, inilah yang mesti difahami oleh seorang ibu. Seorang isteri atau ibu tidak hanya memikirkan peranannya dalam dimensi peribadi. Jika ini berlaku, ia akan berakhir dengan merealisasikan standard kesempurnaan dalam pendidikan dan pengurusan rumah peribadi. (Nota: peranan ibu di sini sudah tentu termasuk bapa ya).
Sumber: