[ Opini Muslimah Ideal ]
Konsep Childfree Bertentangan dengan Islam
Konsep childfree yang semakin ramai orang memilihnya pada zaman sekarang sebenarnya bertentangan dengan Islam. Faktor seperti kewangan, kesibukan berkerjaya, dan mahukan kehidupan bebas menjadi antara punca utama mengapa mereka ini memilih untuk tidak memiliki anak selepas berkahwin.
Di dalam Islam, pasangan suami isteri secara fitrahnya menginginkan zuriat. Setiap dalam diri manusia mempunyai satu naluri yang dipanggil naluri melestarikan keturunan. Childfree jelas bertentangan dengan Islam kerana menyalahi fitrah manusia yang telah diciptakan oleh Allah SWT.
Janganlah kita terpengaruh dengan konsep ciptaan manusia yang bertentangan dengan Islam. Perlu diketahui bahawa anak adalah aset dan penerus generasi dalam menegakkan agama Allah SWT. Anak juga mendatangkan limpahan pahala buat ibu dan ayah. Pahala yang tidak akan terhenti walaupun kita sudah meninggalkan dunia ini.
Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan doa dari anak yg soleh.” (HR Muslim)
Muslihah Jamil
Surirumah & Bakal Ibu, Muar
———————————————————–
*Segmen khas sharing umum dari sahabat muslimah sempena Kempen Muslimah Ideal : Seni Membentuk Generasi Pemimpin