Aktivis Muslimah Turkiye: Masyarakat Hari Ini, Memiliki Gambaran Salah Tentang Wanita
Oleh: Aliya Ab Aziz
Aktivis Muslimah Turkiye, Zehra Malik berpandangan bahawa masyarakat hari ini mempunyai gambaran keliru tentang kejayaan wanita.
“Masyarakat hari ini memiliki gambaran yang sepenuhnya salah tentang seorang wanita yang sepatutnya berjaya, sebagai yang mengutamakan kerjayanya daripada menjadi ibu dan isteri, yang memiliki peranan dan hak yang sama dengan lelaki di masyarakat, dan yang menganjurkan nilai-nilai kapitalisme yang demokratik, sekular, dan liberal,” ungkapnya dalam channel YouTube, Waqiyah Live, Sabtu (1/3/2025).
Beliau menegaskan bahawa Islam telah mengangkat darjat wanita lebih awal sebelum peradaban lain. Bahkan, banyak wanita dalam sejarah Islam yang telah memainkan peranan penting dalam bidang ilmu pengetahuan. Sementara lelaki dan perempuan di Barat tenggelam dalam kegelapan ketidaktahuan. Islam juga telah memberikan hak kepada perempuan untuk memiliki harta benda dan warisan, selama lebih dari seribu tahun.
Seterusnya, beliau mengungkapkan, seorang ulama Islam asal Britain telah menerbitkan ensiklopedia 43 jilid yang memuat kehidupan lebih dari sepuluh ribu ulama perempuan dalam Islam.
“Tahukah anda bahawa dia (Zaynab binti Kamal) adalah guru para ulama penting seperti Imam Malik, Ibnu Hajar, dan al-Tirmidzi? Dalam sejarah Islam, kita memiliki wanita yang mendirikan universiti pertama di dunia. Fatima al-Fihri mendirikan Universiti Al-Qarawiyyin pada tahun 859 di Marocco,” ujarnya.
Aktivis Turkiye itu juga mengingatkan bahawa kejayaan seorang wanita dalam Islam tidak diukur hanya berdasarkan pencapaian duniawi atau nilai manusiawi, tetapi bagaimana mereka mentaati perintah Allah.
“Wanita yang berjaya dalam Islam adalah wanita yang menyembah Allah dan hanya Allah. Dia mendefinisikan peranannya, hak-haknya, dan keutamaanya berdasarkan apa yang diperintahkan Allah, bukan norma-norma antarabangsa atau nilai-nilai kesetaraan gender liberal.” katanya.
Pentingnya Struktur Politik
Merujuk pada ayat Al Quran tentang kewajipan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, Zehra menegaskan, umat perlu membangun entiti politik yang berperanan dalam menggalas tanggungjawab tersebut.
Dia menegaskan, Allah SWT telah mewajibkan umat Islam untuk memiliki suatu tatanan politik yang secara jelas sebagaimana diperintahkan dalam Al Quran iaitu, hendaknya muncul di tengah-tengah umat suatu golongan yang menyeru kepada kebenaran, menyeruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
Sasaran pemikiran, konsep, kebijakan, visi perubahan dan kerja, apa pun yang terkandung di dalamnya, mestilah dibangun atas dasar Islam saja. Itu semua hendaklah dibuktikan dengan nas Islam, dan parti (politik Islam) tidak boleh mengkompromikan prinsip-prinsip Islam ini, apapun yang dihadapinya.
“Parti yang berjaya tidak akan terlibat dalam politik pemilihan sekular. Tidak akan bergaul dengan para penindas kaum Muslimin, tidak akan bergabung dalam normalisasi dan kerjasama, dan tidak akan memberikan sedikit senyum pun kepada para penindas dan pembunuh umat,” ujarnya.
Parti Islam yang benar-benar berjaya itu, lanjut dia, mestilah berpegang teguh pada kebenaran (haq) tanpa takut akan konsekuensi, sekalipun tidak disukai oleh orang lain. Parti ini tidak boleh mengubah ajaran Islam demi kepentingan tertentu. Sebaliknya, parti ini mestilah menjadi pemimpin ideologi umat Islam dan menjadi contoh bagi dunia dengan sepenuhnya mengikuti metode kenabian, bukan pendekatan pragmatik yang mengorbankan prinsip-prinsip Islam.
“Parti yang berjaya adalah yang mengatakan yang haq meskipun ada konsekuensinya bagi dirinya atau orang-orangnya. Ia berbicara yang haq meskipun tidak ada yang mahu mendengarnya. Ia tidak mengubah norma-norma Islam apa pun. Saya benar-benar berusaha membuatnya singkat tetapi ini sangat penting, parti yang berjaya adalah parti yang bertujuan menjadi pemimpin ideologis bagi kaum Muslim dan menjadi teladan bagi umat manusia, tidak akan menipu apa pun, apa pun prinsip utamanya. Untuk menapaki jalan metode kenabian dan bukan pragmatisme atau apa pun yang lain,” jelasnya.
Sumber: https://www.youtube.com/live/TqrYocqyg_k?si=hl04nxMvjQAHOnO6