SIAPA MUSUH SEJATI UMAT ISLAM?
Oleh: Rahmah
Pengarah Forum on Islamic World Studies (FIWS) Farid Wadjdi menyatakan bahawa kesalahan dalam memposisikan siapa musuh umat Islam akan berakibat fatal, sehingga penjajah dianggap sebagai kawan sementara pejuang syariah dianggap musuh.
“Inilah kesalahan mendasar dalam menentukan siapa yang menjadi musuh sejati. Akibatnya fatal. Penjajah dianggap sebagai kawan sementara yang memperjuangkan tegaknya syariah yang sejatinya untuk kebaikan negeri ini malah dianggap musuh,” ujarnya dalam saluran YouTube Khilafah News dengan tajuk “Amerika Musuh Besar Umat Islam?” pada Rabu (26/2/2025).
Beliau menjelaskan bahawa dalam konteks global, persoalan siapa musuh sejati umat Islam adalah dengan merujuk kepada syariat Islam iaitu negara yang secara nyata memerangi umat Islam.
“Dalam konteks global saat ini, sangat nyata bahawa Amerika adalah musuh terbesar dan sejati umat Islam. Siapa pun negara yang membunuh umat Islam, menduduki negeri Islam, dan memberi jalan kepada genosid terhadap umat Islam termasuk dalam kategori negara yang dalam fikih disebut muhariban fi’lan, iaitu negara yang secara nyata memerangi umat Islam,” katanya.
Beliau juga mengatakan bahawa dengan posisi Amerika sebagai musuh yang nyata, tidak boleh ada hubungan dalam bentuk apapun dengannya.
“Sebagai musuh yang nyata memerangi umat Islam, hubungan dengan Amerika adalah hubungan perang (al-alaqatul harbiah) dan tidak boleh ada hubungan dalam bentuk apa pun bagi negara semacam ini, baik berkaitan ekonomi, politik, budaya, diplomasi, ataupun perdagangan.”
Menurut beliau, selain Amerika, negara imperialis lainnya seperti Britain dan Perancis merupakan negara yang masuk dalam kategori muhariban fi’lan, yang telah bersekutu memerangi umat Islam.
“Amerika dan negara imperialis lainnya seperti Britain, Perancis merupakan negara yang masuk dalam kategori muhariban fi’lan. Mereka telah bersekutu untuk memerangi umat Islam, menduduki negeri Islam di Iraq, Afghanistan, mahupun di Syria”.
“Mereka juga menjadi pendukung kuat rejim-rejim represif di dunia Islam yang telah membunuh dan menyeksa rakyatnya sendiri sebagai bentuk khidmat mereka kepada negara-negara imperialis,” ujarnya.
Beliau mengungkapkan bagaimana Trump melakukan propaganda dengan menyatakan Gaza telah hancur akibat bencana alam dan akan menjadikan wilayah Palestin sebagai projek pelaburan berupa kawasan pelancongan tanpa mempedulikan bahawa Palestin adalah milik umat Islam.
“Presiden gila ini memposisikan Gaza hancur akibat bencana alam, padahal Amerikalah yang paling bertanggungjawab terhadap penghancuran Gaza ini,” katanya.
“Trump bercadang mengusir jutaan penduduk Gaza ke Jordan dan Mesir secara terbuka, menyatakan niat menguasai Gaza dan menjadikannya projek pelaburan dengan menjadikan kawasan pelancongan dan tidak peduli Palestin adalah milik umat Islam dan tanah itu adalah tanah yang diberkahi,” tambahnya.
Beliau menegaskan bahawa penduduk Gaza adalah hamba Allah yang terpilih, dan perjuangan mereka adalah masalah hidup dan mati. “Kita yakin dengan keimanan penduduk Gaza yang telah teruji, hamba Allah yang telah terpilih, yang akan menunjukkan perlawanan mereka terhadap keinginan Trump, dan ancaman-ancaman seperti ini tak bererti bagi mereka yang telah mengabdi diri kepada Allah dan menjadikan perjuangan mereka sebagai masalah hidup dan mati, yang menginginkan kemenangan atau kesyahidan,” tuturnya.
Beliau dengan optimis mengatakan bahawa ini adalah peluang emas bagi panglima perang untuk mendapatkan kedudukan mulia di sisi Allah SWT dengan membebaskan tanah Palestin yang diberkahi. “Tentu sudah seharusnya para panglima Islam negeri-negeri Islam yang tubuhnya mengalir darah Umar al-Khattab RA, Khalid bin Walid RA, dan Salahuddin al-Ayubi harus bergerak meninggalkan penguasa pengkhianat ini,” jelasnya.
“Ini adalah kesempatan emas bagi panglima perang untuk mendapatkan kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT dengan menggerakkan pasukan membebaskan tanah Palestin yang diberkahi,” ujarnya. [] Rahmah
Sumber: https://youtu.be/KkfXDLzVRKg?si=7QvZ4R3rU2TmOT95