[Nota Ibu Muslimah Ideal] Ibu Tenang, Anak Bahagia
Pernahkah kita melihat anak-anak yang mudah menangis, cepat marah, atau sukar mengawal emosi mereka?
Sebagai ibu, kita bukan sahaja bertanggungjawab dalam mendidik solat dan akhlak, tetapi juga dalam membimbing mereka bagaimana mengawal emosi dengan bijak.
📖 Dari Abu Hurairah r.a berkata, seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW : “Berilah aku wasiat”. Beliau menjawab: “Janganlah engkau marah”. Lelaki itu mengulang-ulang permintaannya, (namun) Nabi (selalu) menjawab, “Janganlah engkau marah” [HR Bukhari]
Dari Ibnu Abbas dari Nabi SAW, beliau bersabda:
“Barang siapa marah, hendaknya diam (dulu)“.
Bagaimana ibu boleh membantu anak mengurus emosi?
• Jadilah model terbaik dalam mengawal emosi. Jika kita mudah marah dan meninggikan suara, anak-anak akan meniru perkara yang sama.
• Ajarkan teknik menenangkan diri. Contohnya, ajar anak-anak untuk menarik nafas dalam-dalam, beristighfar, atau berzikir ketika marah.
• Jangan abaikan perasaan mereka. Jika mereka sedih atau marah, tanyakan dengan lembut, “Apa yang membuatkan kamu rasa begini?”
• Latih mereka melahirkan emosi melalui kata-kata. Galakkan mereka untuk berkata dengan baik, “Saya rasa marah kerana…” atau “Saya sedih sebab…”.
Ayuh ibu-ibu, mari kita refleksi diri:
Adakah kita sering memberi ruang kepada anak-anak untuk meluahkan perasaan mereka?
Adakah kita sendiri berusaha mengawal emosi kita dengan cara yang betul?
Anak-anak yang belajar mengawal emosi sejak kecil akan membesar menjadi individu yang lebih tenang, bijak, dan matang dalam kehidupan.
#MuslimahIdeal #SeniMembinaGenerasiPemimpin #IbuMuslimahInspiratif
#IslamicParenting