Mencegah Zina dalam Keluarga
Oleh: Kholda Najiyah
Terdapat banyak kes zina dalam keluarga. Ada suami yang menjual isterinya untuk berzina dengan orang lain. Ada bapa tiri berzina dengan anak tirinya. Ada seorang pakcik berzina dengan anak saudaranya. Ada perosak rumah tangga yang berzina dengan suami orang. Malah ada seorang abang yang berzina dengan adiknya. Na’udzubillah min zalik.
Ini semua realiti yang wujud dalam masyarakat. Ibarat gunung ais yang boleh dilihat dari permukaan, tetapi lebih luas lagi bentuk sebenarnya. Menunjukkan betapa berleluasanya zina. Jadi bagaimanakah caranya kita mengelakkan zina daripada berlaku dalam sesebuah keluarga?
1. Kuatkan Rasa Takut pada Allah SWT
Seluruh ahli keluarga mesti belajar Al-Quran. Mesti faham Islam. Imannya perlu sangat kuat sehingga mereka takut kepada Allah SWT. Keluarga perlu mempunyai kefahaman yang utuh bahawa perbuatan zina, bahkan menghampirinya saja adalah perbuatan dosa yang dilarang oleh Allah SWT.
Rasa takut pada Allah, digambarkan seperti kita berdiri di tepi jurang yang dalam, jika terjatuh, hancurlah diri. Rasa takut yang mengalahkan bayangan nikmat sesaat akibat perbuatan zina. Takut yang tidak menggugatkan diri dan mudah terjerumus dalam godaan syaitan.
Ya, salah satu kelemahan manusia adalah nafsu. Ingat, syaitan akan terus mengganggu manusia untuk terjerumus ke dalam dosa ini. Maka, sentiasalah mendekatkan diri pada Allah SWT.
2. Kuatkan Kepimpinan Suami
Suami adalah ketua rumah tangga yang wajib melindungi dan mengamankan seluruh ahli keluarganya. Dia akan bertanggungjawab atas amanah yang diletakkan di bahunya. Suami hendaklah memastikan semua ahli keluarganya selamat daripada bencana zina. Dia mesti menjaga isteri dan anak-anaknya. Bukan dirosakkan, tetapi dilindungi.
Jika suami memiliki hasrat, dia perlu tegas membicarakan kepada isterinya dengan cara yang baik. Komunikasi mesra, agar isteri melayaninya dengan gembira. Jangan diam-diam memendam rasa kecewa. Ketika datang rasa bosan, muak dan malas dengan isteri, senyap-senyap menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Suami adalah pemimpin. Dia berhak tegas dalam kepimpinan. Di sisi lain, Allah SWT sudah mengajar para isteri agar taat pada suami. Termasuk taat dalam urusan pemenuhan keperluan syahwat suami.
3. Kuatkan Ketaatan Isteri
Isteri adalah representasi dari kebahagiaan keluarga. Jika isteri bahagia, pancaran bahagia itu nescaya akan menular pada suami dan anak-anak. Kebahagiaan isteri perlu dipupuk dengan ketaatan pada suami. Jangan ada yang kata bosan, malas dan enggan melayani suami. Apatah lagi rasa benci.
Tanpa bermaksud menyalahkan para isteri, tetapi fenomena perosak rumah tangga dan suami yang curang, perlu menjadi bahan muhasabah diri. Mungkin juga kerana perbuatan isteri, dimana isteri tidak taat pada suami. Mungkin kerana kepenatannya mengurus anak-anak, atau memang suami yang juga tidak dapat membuatkan isterinya berghairah mesra. Jangan sampai terbalik. Pasangan yang berzina saja begitu bersemangat untuk bercinta, tetapi pasangan yang sah pula keberatan untuk berbuat demikian.
Selamatkan anggota keluarga dari rangsangan yang dapat mencetuskan tindakan penzinaan. Baik dalam percakapan harian mahupun akses kepada media. Jangan sampai rumah dimasuki konten berbau syahwat, seperti tayangan video lucah, gambar yang mendedahkan aurat, drama, filem, bahan bacaan lucah, berita lucah di media dan yang seumpamanya.
Contohnya, ibu bapa tidak boleh berkelakuan tidak senonoh di hadapan anak-anak. Tidak mengajak mereka ke pawagam. Tidak membiarkan anak menonton filem-filem yang ada adegan romantik. Tidak berbicara sekitar hubungan kelamin walaupun hanya bergurau. Contohnya, mengusik anak dengan istilah couple (berpasangan).
4. Bersikap Tegas dan Berani Mempertahankan Diri
Seluruh anggota keluarga perlu ditanamkan sikap tegas untuk membela harga diri. Kalau perlu, harga diri harga mati. Maksudnya, tidak takut pada ancaman apapun dan dari siapapun. Jika melibatkan kehormatan diri, ia perlu dibela.
Juga tidak mudah tergoda dengan sebarang godaan apabila kehormatan seseorang dipertaruhkan. Jadi, anak, isteri dan suami tidak tunduk pada kemaksiatan walau diancam nyawa sekalipun. Bahkan, antara sesame ahli keluarga perlu saling mengingatkan, bukan saling menjerumuskan. Berani bersuara jika ada tanda-tanda anggota keluarga yang bersikap tidak senonoh. Berani melaporkan jika menjadi mangsa tingkah laku seksual dalam keluarga. Berani mengingatkan ahli keluarga jika mereka melanggar hukum-Nya. Semuanya demi keselamatan seisi keluarga, baik di dunia mahupun akhirat.