Dari Kegelapan Kapitalisme-Sekular Menuju Cahaya Islam
TAK terasa, kita telah pun meninggalkan Ramadhan dalam suasana penuh rasa haru. Di sisi lain Aidilfitri menjelma. Tentu dalam suasana penuh harapan akan kemenangan, juga kegembiraan, setelah menjalankan ibadah puasa selama sebulan. Rasulullah SAW bersabda:
لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ: فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ
“Bagi orang yang berpuasa ada dua kebahagiaan: kebahagiaan saat berbuka dan kebahagiaan saat bertemu dengan Tuhannya.” (HR al-Bukhari dan Muslim).
Namun demikian, kemenangan sejati tidak hanya terbatas pada lapar dan dahaga yang berjaya kita atasi setiap hari selama Ramadhan. Kemenangan sejati adalah saat kita mampu meraih predikat takwa. Sebab, itulah tujuan utama dari ibadah puasa:
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas kalian berpuasa, sebagaimana puasa itu pernah diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian, agar kalain bertakwa.” [TMQ al-Baqarah (2): 183]
Ramadhan di Tengah “Kegelapan”
Sayang, di tengah suasana Ramadhan yang penuh keberkatan, kita telah lama berada dalam ruang gelap peradaban kapitalisme-sekular. Di negeri ini, Ramadhan yang suci perlu bersaing dengan ragam permasalahan besar (ekonomi, sosial, pendidikan, perundangan, dan sebagainya) akibat penerapan sistem kapitalisme-demokrasi-sekular. Rasuah, bahkan sebesar-besar rasuah, terjadi hampir di semua sektor. Hutang negara dan bunganya semakin membengkak. Pengangguran dan pemberhentian kerja terjadi di mana-mana. Rampasan tanah rakyat oleh oligarki berlaku di pelbagai tempat. Kenaikan pelbagai cukai semakin mencekik rakyat. Kadar kemiskinan semakin meningkat. Masalah moral dan sosial semakin meruncing. Hukumnya masih tajam di bahagian bawah dan tumpul di bahagian atas. Keadilan juga jauh dari sasaran.
Dapat dipastikan bahawa suasana Aidilfitri yang sepatutnya dirayakan dengan penuh kegembiraan, malah diwarnai oleh kenyataan pahit, bahawa negeri ini masih berada dalam kegelapan.
Di luar negeri, khususnya di Dunia Islam, keadaannya tak jauh berbeza. Sama-sama gelap. Salah satu bukti nyata dari kegelapan yang melanda Dunia Islam adalah penderitaan rakyat Palestin selama lebih dari tujuh dekad di bawah penjajahan entiti Yahudi. Penjajahan ini berlangsung puluhan tahun kerana disokong penuh oleh Amerika Syarikat dan imperialis Barat. Dalam kes terbaru pada tahun lalu, puluhan ribu rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita, telah dibunuh oleh tentera Zionis dengan senjata yang dibiayai oleh AS. Pembunuhan beramai-ramai itu telah bermula sebelum Ramadhan tahun lalu. Walaupun dalam gencatan senjata, entiti Yahudi itu tidak menghentikan kekejamannya dalam membunuh rakyat Palestin.
Allah Maha Benar yang berfirman:
وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا
“Mereka (kaum kafir) tidak akan berhenti memerangi kalian sampai mereka dapat mengembalikan kalian dari agama kalian jika saja mereka sanggup” [TMQ al-Baqarah (2): 217]
Di sisi lain, sebahagian penguasa Muslim dan Arab justeru memilih untuk berdamai dan menormalisasikan hubungan dengan entiti Yahudi. Para penguaza zalim tersebut mengabaikan penderitaan saudara-saudara mereka di Palestin.
Fakta lainnya, Dunia Islam berada dalam kegelapan akibat hegemoni Amerika Syarikat dan Barat melalui imperialisme moden. Negara-negara umat Islam yang kaya sumber daya justeru dikuasai oleh kepentingan asing melalui pelbagai cara. Di antaranya:
Pertama, campur tangan politik. Banyak pemimpin di Dunia Islam merupakan boneka Barat yang dipilih bukan untuk melayani rakyat, tetapi untuk mengekalkan kepentingan AS dan sekutunya.
Kedua, pergantungan ekonomi. Negara Islam terjerat dengan hutang riba daripada institusi kewangan antarabangsa seperti IMF dan Bank Dunia. Akibatnya, mereka tidak dapat menentukan dasar ekonomi mereka sendiri.
Ketiga, kelemahan tentera. Dunia Islam dijauhkan daripada kemerdekaan tentera dan dipaksa untuk terus bergantung kepada senjata buatan Barat.
Sedangkan Allah SWT telah memperingatkan agar kaum Muslim tidak tunduk apatah lagi dikuasai oleh kaum kafir, sebagaimana firman-Nya:
وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا
“Sekali-kali Allah tidak akan pernah memberikan jalan kepada kaum kaum kafir untuk menguasai kaum Mukmin” [TMQ an-Nisaa’ (4): 141]
Allah SWT juga telah melarang kaum Muslim, terutama para penguasa mereka, untuk menjadikan kaum kafir sebagai penolong atau pemimpin mereka:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kalian menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai penolong/pemimpin kalian” [TMQ al-Maidaah (5): 51]
Kegelapan Global
Tidak hanya Dunia Islam, keadaan dunia saat ini secara keseluruhan sebenarnya telah lama berada dalam kegelapan peradaban kapitalisme-sekular. Ideologi kapitalisme-sekular telah menciptakan pelbagai krisis yang melanda hampir seluruh aspek kehidupan manusia. Di antaranya:
Pertama, krisis ekonomi global. Sistem ekonomi kapitalisme global terus menciptakan jarak antara yang kaya dan yang miskin.
Kedua, krisis moral dan sosial. Kehancuran nilai-nilai keluarga, meningkatnya kemerosotan nilai moral (seperti seks bebas dan LGBT), penyebaran gaya hidup hedonisme dan pelbagai kejahatan/jenayah adalah buah dari sistem kapitalisme-sekular yang sejak awal menyingkirkan peranan agama (Islam).
Ketiga, krisis alam sekitar. Eksploitasi sumber daya alam yang tidak terkawal menyebabkan perubahan iklim, bencana ekologi dan kekurangan sumber daya bagi generasi akan datang.
Keempat, krisis kepimpinan global. Para pemimpin dunia lebih banyak mengutamakan kepentingan korporat dan oligarki berbanding kesejahteraan rakyatnya.
Kapitalisme-sekular jelas adalah sistem yang bertentangan dengan Islam kerana menolak hukum-hukum Allah SWT dalam kehidupan. Akibatnya, dunia terus diliputi pelbagai penderitaan akibat penerapan sistem ini. Ini selari dengan penegasan Allah SWT dalam Al-Quran:
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا
“Siapa saja yang berpaling dari peringatan-Ku (al-Quran) maka sesungguhnya bagi dia penghidupan yang sempit” [TMQ Taha (20): 124]
Terang Hanya dengan Cahaya Islam
Sebahagian orang, termasuk di negeri ini, masih berharap pada sistem kapitalisme-sekular dengan sub-sistem demokrasinya untuk membawa perubahan. Namun, fakta menunjukkan bahawa sistem sekular inilah yang justeru menjadi sumber masalah. Sekularisme memisahkan agama dari kehidupan. Akibatnya, hukum-hukum Allah tidak diterapkan dalam politik, ekonomi, sosial, pendidikan, hukum, perundangan dan sebagainya. Di sisi lain, sistem demokrasi memberikan kekuasaan kepada manusia untuk membuat hukum sendiri yang sarat dengan pelbagai kelemahan dan kekurangan.
Sedangkan Allah SWT telah memberikan penyelesaian yang jelas bagi setiap masalah kehidupan yang dihadapi oleh manusia, sebagaimana firman-Nya:
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ
“Kami telah menurunkan Kitab al-Quran ini sebagai penjelasan atas segala sesuatu sekaligus sebagai petunjuk, rahmat dan khabar gembira bagi kaum Muslim” [TMQ an-Nahl (16): 89]
Selain itu, jelas hanya sistem Islamlah satu-satunya yang terbaik. Tidak ada yang lain. Demikian sebagaimana firman-Nya:
وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
“Siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah bagi kaum yang yakin?” [TMQ al-Maaidah (5): 50]
Maka dari itu, satu-satunya jalan keluar dari kegelapan—yang melanda negeri ini, termasuk Dunia Islam, juga dunia secara keseluruhan—menuju cahaya yang terang-benderang adalah dengan menerapkan Islam secara keseluruhan dalam seluruh aspek kehidupan. Ini sekaligus merupakan tuntutan dari Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara total (menyeluruh” [TMQ al-Baqarah (2): 208]
Dengan menerapkan Islam secara keseluruhan, negeri ini khususnya, juga Dunia Islam dan dunia secara keseluruhan, akan keluar dari kegelapan jahiliyah menuju cahaya Islam. Ini selari dengan firman Allah SWT:
اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ
“Allah adalah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan menuju cahaya” [TMQ al-Baqarah (2): 257]
Hanya dengan cahaya Islam, umat Islam saat ini pasti akan meraih kembali kejayaan mereka sebagaimana generasi mereka pada masa lalu. Kejayaan umat Islam pada masa lalu jelas merupakan hasil dari penerapan syariah Islam secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan mereka.
Berkat penerapan Islam secara menyeluruh oleh negara, pada masa Kekhilafahan Umar bin Abdul Aziz (99-101 H) yang sangat singkat, contohnya, hampir tidak ada rakyat yang layak menerima zakat kerana kemakmuran begitu merata. Pada masa Kekhilafahan Abbasiyah, ilmu berkembang pesat dan menjadi rujukan dunia dalam pelbagai bidang seperti perubatan, astronomi, matematik dan sebagainya. Di Andalusia, Islam pernah membawa tamadun yang sangat maju sehingga Eropah yang sebelum ini berada dalam kegelapan akhirnya mengalami zaman pencerahan.
Khatimah
Jelas, hanya dengan penerapan Islam secara kâffah umat ini akan terbebas dari kegelapan menuju cahaya yang terang-benderang. Kerana itu saatnya kita meninggalkan ideologi kapitalisme-sekular. Seterusnya, kita perlu segera kembali pada ideologi dan sistem Islam yang sempurna, yang hanya mungkin dapat diterapkan oleh institusi pemerintahan Islam global: Khilafah ‘alâ Minhâj an-Nubuwwah.
WalLâhu a’lam bi ash-shawâb.
—*—
Hikmah:
Allah SWT berfirman:
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُو۟لَٰئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ
“Siapa saja yang tidak berhukum dengan hukum yang telah Allah turunkan, mereka itulah kaum yang zalim.” [TMQ al-Maaidah (5): 45]
*Diterjemah dan diolah
Sumber: Buletin Kaffah Edisi 387