BULI BUKAN GURAUAN
Oleh: Ustaz Iwan Januar
Saya sering membaca artikel tentang buli (bully) dan bersetuju bahawa perkara itu tidak baik untuk anak-anak. Sehingga itu, saya membaca buku tulisan oleh Barbara Coloroso bertajuk Stop Bullying; Memutus Rantaian Keganasan Anak dari Pra-Sekolah hingga Sekolah Menengah, saya sedar bahawa pengetahuan saya tentang buli masih kurang; tentang bagaimana buli boleh berlaku, kesan terhadap mangsa, dan berapa banyak guru, sekolah, juga ibu bapa yang meremehkan buli; dan fakta bahawa bahaya serta kesan negatif psikologi terhadap mangsa buli adalah sangat besar.
Umumnya, orang dewasa, ibu bapa mahupun guru beranggapan buli itu adalah perbuatan nakal seperti sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain lompat tali atau futsal, kemudian mengejek antara satu sama lain atau malah bertumbuk. Sedangkan, buli bukan sesederhana itu. Buli adalah tindakan yang berlaku secara berterusan, bahkan dalam banyak kes berjalan secara sistematik.
Akibat tidak memahami isu buli ini, respons yang diberikan oleh orang dewasa, guru dan ibu bapa terhadap perkara ini sering kali tidak menyelesaikan masalah. Bahkan, tidak kurang, mangsa buli menjadi semakin tertekan.
Sebagai contoh, ketika ada anak yang menjadi mangsa buli mengadu kepada ibu bapa atau guru, ada kalimat yang justeru semakin meruntuhkan mentaliti anak tersebut iaitu, “Jangan sensitif, kawan kamu cuma bergurau.” Atau memberikan komentar yang malah menyalahkan mangsa, “Kamu ni yang dengki sebenarnya, dah jangan berkawan dengan kawan-kawan kamu.”
Memahami Perkara Buli
Ada beberapa perkara yang perlu diketahui dengan serius oleh ibu bapa tentang buli ini. Pertama, buli boleh berlaku di mana-mana sahaja; persekitaran rumah, termasuk tempat bermain, sekolah, madrasah, dan di media sosial.
Ibu bapa yang naif sering beranggapan bahawa madrasah atau sekolah agama bebas dari kes buli. Dengan persekitaran agama atau Islam, rasanya mustahil buli boleh berlaku. Faktanya, tidak ada persekitaran yang selamat daripada buli, walaupun di di sekolah agama.
Perkara lain yang ibu bapa dan guru juga tidak faham adalah, buli juga boleh terjadi di media social. Istilahnya cyberbullying. Pelakunya malah lebih luas dan boleh menjadi lebih ganas. Walaupun sekadar kata-kata, tetapi ia boleh membuatkan mental anak down, bahkan putus asa.
Beberapa kes buli di media sosial mengakibatkan mangsa mengambil tindakan bunuh diri (https://www.liputan6.com/…/6-mangsa-cyberbullying-yang…). Facebook, Instagram, dan TikTok adalah sebahagian platform media sosial yang terdedah kepada buli.
Kedua, banyak orang dewasa, termasuk guru, menganggap kata-kata itu tidak terlalu menyakitkan. Padahal, para psikologi bersetuju bahawa “words can be hurtful”. Kata-kata seperti “Kamu hodoh.”, “Macam tu pun nak bangga?”, atau kata-kata yang meremehkan prestasi dan kerja seorang anak, boleh memberi kesan kepada psikologi mangsa. Apatah lagi buli ini dijalankan secara sistematik dan berterusan.
Anak yang menjadi mangsa buli melalui kata-kata secara berterusan ibarat tebing yang dihakis air ombak, akhirnya runtuh. Ada kisah mengenai seorang selebriti tempatan yang pernah mengalami masalah kemurungan teruk kerana orang-orang di sekelilingnya, termasuk saudara maranya, sering memburuk-burukkan adiknya dengan kata-kata. Dia bercerita sehingga pernah terfikir untuk bunuh diri kerana merasa keluarganya dihina. Padahal, yang dihina itu adalah adiknya. Tergambar perasaan mangsa secara langsung.
Mental manusia, apatah lagi anak-anak, mempunyai daya tahan tertentu, terutama apabila orang di sekeliling (seperti ibu bapa atau guru) tidak cukup berperanan dalam membantu mangsa. Dalam keadaan kemuncak, walaupun sedikit kata-kata atau sikap yang menyakiti perasaannya akan membuatkan dia rebah.
Keadaan ini ibarat belon udara yang pecah kerana dipam berterusan oleh udara. Belon tidak meletup jika satu, dua, atau tiga kali tiupan. Akan tetapi, tiupan berkali-kali yang akhirnya membuatkan kulit belon itu semakin nipis dan tidak dapat menahan lagi tekanan udara di dalamnya sehingga akhirnya ia meletup dan pecah.
Ketiga, buli itu agak sukar untuk dikesan oleh orang dewasa atau sekolah kerana mereka biasanya melakukannya secara rahsia dan halus. Mereka tahu bila untuk membuli mangsa mereka dengan bebas dan bila untuk menyembunyikan perbuatan mereka.
Selain itu, pelaku buli biasanya akan menafikan (menyangkal) perbuatan mereka disebut buli. Mereka biasanya akan berdalih kalau kata-kata mereka bukanlah hinaan, hanya gurauan atau teguran; sebenarnya lebih tepatnya ialah sindiran, kemudian boleh diputarbelitkan untuk menyalahkan mangsa yang dianggap sensitif.
Biasanya pelaku buli adalah anak-anak yang kelihatan baik dan berprestasi baik, bukan anak yang bermasalah. Itu kerana mereka pandai menutup tindakan buli di hadapan ibu bapa atau guru-guru.
Keempat, ada dua model pelaku buli, iaitu mereka yang pernah jadi mangsa buli sebelum ini kemudian mahu membalasnya. Ini yang perlu ditangani dengan serius.
Seterusnya adalah pelajar yang merasa terganggu dengan sikap mangsa, contohnya kerana kalah dalam pertandingan atau mangsa dianggap kurang ajar kerana mengganggu komuniti mereka seperti kelab olahraga, dan sebagainya, sehingga mereka takut hilang pengaruh, lalu melakukan buli secara bersama agar mangsa merasa serik.
Kelima, jenis-jenis buli. Ada tiga bentuk buli iaitu:
(1) Secara verbal atau dengan kata-kata, seperti mengejek atau meremehkan kemampuan atau fizikal mangsa, termasuk melaporkan mangsa berulang kali kepada pihak sekolah agar mangsa menerima hukuman;
(2) Secara fizikal, seperti memukul, membaling kotoran, mengoyak buku, mengaibkan mangsa di hadapan kawan-kawan,
(2) Perhubungan, memutuskan persahabatan dan memulaukan mangsa. Biasanya pelaku buli akan menghasut kawan-kawannya supaya menjauhi mangsa atau bermusuhan dengan orang yang berkawan dengan mangsa, tujuannya agar mereka akhirnya menjauhi mangsa.
Keenam, kenapa guru dan ibu bapa sukar mengesan tindakan buli? Di antaranya ialah kerana orang dewasa menganggap perkara itu sebagai kenakalan biasa anak-anak. Sekarang bermusuh, esok mereka akan berbaik semula.
Adalah penting bagi ibu bapa untuk membezakan antara konflik incidental (sampingan) dan buli yang sistematik. Oleh kerana itu, ibu bapa dan guru perlu memantau tingkah laku anak-anak di sekolah sama ada ianya wajar atau tidak.
Paling mudah untuk mengenali mangsa berbanding pelaku yang selalunya pandai menutupi tindakan buli. Keadaan mangsa sebenarnya paling ketara. Apabila ada anak yang prestasi akademiknya merosot, tidak selesa di dalam kelas, duduk di bangku belakang sepanjang masa, raut wajahnya tidak semangat, menyendiri, dan sering tidak bersama kawan-kawannya, itu sebahagian tanda-tanda dia adalah mangsa buli.
Ketujuh, solusi yang diberikan oleh orang dewasa, termasuk sekolah, sering kali kurang tepat, iaitu dengan cara menangani mangsa dan menghukum pelaku. Bahkan, dalam beberapa kes, mangsa pula yang dihukum kerana dia sedang marah akibat dibuli, dia ditangkap oleh pihak sekolah. Ya wajarlah, kerana anak yang sedang emosi lebih ekspresif daripada pelaku yang agak bersikap sinis atau kata-kata sindiran sudah melukakan perasaan mangsa. Orang dewasa atau pihak sekolah sering terlepas pandang atau tidak memahami akan situasi ini.
Memberikan perlindungan kepada mangsa buli itu perlu, tetapi apa yang lebih penting ialah mewujudkan suasana bilik darjah dan pergaulan di sekolah yang selamat.
Pertama, dengan cara terus-menerus mendidik dan berkempen bahawa sesama Islam itu bersaudara, mesti menjaga perasaan dan kata-kata serta perbuatan. Mengajar anak-anak untuk saling menyokong, turut merasa gembira apabila kawan mereka mencapai kejayaan, serta menghapuskan elemen ‘sosial eksklusif’ di dalam kelas.
Langkah berikutnya ialah membina kebersamaan melalui pelbagai simulasi yang dipraktikkan secara langsung di dalam kelas. Misalnya, kerja berkumpulan dengan ahli random, sama ada dalam dua-dua, atau tiga-tiga, iaitu mereka disyaratkan untuk sentiasa bersatu. Pelajar juga boleh secara bergilir-gilir mengganti ketua kelas, bergilir-gilir duduk dengan kawan-kawan mereka secara random untuk menghilangkan prasangka terhadap satu sama lain.
Seterusnya, menyampaikan kepada semua anak akan maksud buli, bentuk-bentuknya, dan bahayanya kepada mangsa buli. Rata-rata, para pelaku tidak faham bahawa tindakan mereka itu dikategorikan sebagai buli dan tidak memahami keadaan psikologi kawan mereka yang menjadi mangsa bahawa kawan mereka boleh terluka begitu parah walaupun hanya dengan kata-kata atau dipulaukan.
Apabila anda orang dewasa, ibu bapa, pendidik, membaca artikel ini, segeralah menilai dan memantau persekitaran sosial anak-anak atau pelajar dengan teliti. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Dalam banyak kes, buli tidak tidak lagi boleh dirawat dan biasanya keadaan mangsa menjadi lebih teruk.
Sumber: Dunia Parenting