Mensyukuri Amanah Dakwah (Muhasabah Diri Pengemban Dakwah)
Oleh: Ustaz Abu Zaid (Ulama Aswaja)
Alhamdulillah, kita masih diberikan waktu oleh Allah. Waktu untuk mencari bekal menuju akhirat. Para pengemban dakwah pastinya sangat berharap bahawa dalam waktu yang singkat dalam hidupnya akan mendapatkan kebaikan yang besar. Sebagai bekalan untuk mati.
Salah satu kesempatan besar yang Allah berikan kepada pengemban dakwah adalah ketika menerima amanah dakwah. Di mana pun dan walau apapun amanah itu merupakan kesempatan besar bagi kita. Sehingga sudah sewajarnya kita bersyukur dalam menerima setiap amanah dakwah. Inilah sikap yang benar dan positif.
Mengapa kita mesti bersyukur? Sebab amanah dakwah itulah yang merupakan peluang besar. Sehingga kita bergembira menyambutnya. Dan semakin semangat melaksanakannya. Malah jika ada amanah yang lebih besar kita pun bismillah bersedia asalkan kita mampu.
Merupakan sikap tidak benar jika kita melihat amanah dakwah sebagai perkara yang membebankan hidup kita. Yang akan mengurangi masa kita untuk bekerja dan mengurus keluarga. Sehingga kita berusaha sekuat tenaga agar tidak diberi amanah. Atau mencari-cari alasan yang boleh diterima asalkan tidak diberikan amanah.
Dengan berjuta alasan kita menolak amanah untuk mengisi kajian atau mengurus acara dakwah atau mengurus para pengemban dakwah. Sikap seperti ini pelik dan tidak logik.
Mengapa pelik dan tidak logik? Kerana bertentangan dengan status dan kedudukan kita sebagai pengemban dakwah. Jika kita sedar diri, sebagai pengemban dakwah apatah lagi tugas kita kalau bukan untuk mengemban dakwah.
Jadi, pada saat amanah datang mengapa kita memilih untuk mengelak atau menolak? Ini tidak logik sama sekali.
Seharusnya, sebagai pengemban dakwah kita mestilah merasa gembira diberikan amanah dakwah dalam apa jua bentuknya asalkan kita mampu. Dan guru kita yang memberikan amanah pastinya sudah mengukur kemampuan kita.
Sebab mampu atau tidak perlu diukur oleh yang memberikan amanah bukan oleh kita yang menerima amanah. Jika setiap penerima amanah yang menentukan mampu atau tidak, maka tidak akan ada manusia di bumi ini yang mampu mengemban amanah.
Pengemban dakwah yang menolak amanah sedangkan dia mampu tanpa uzur syarie ibarat seperti seorang suami dan ayah yang tidak mahu bekerja mencari nafkah walaupun dia berkemampuan.
Tentu sahaja perkara ini merupakan sikap yang tidak bertanggungjawab dan melalaikan diri dari kewajipan. Kerana mencari nafkah merupakan peranan dan kewajipan suami. Jika bukan suami yang bekerja mencari nafkah lalu siapa lagi? Maka kalau bukan kita, pengemban dakwah, yang mengemban amanah dakwah, lalu siapa lagi?
Oleh kerana itu, maka setiap pengemban dakwah yang sedar akan kedudukan dan tugasnya pasti akan bergembira menyambut setiap amanah. Dan berusaha semaksimum mungkin melaksanakan amanah yang diberi dengan baik.
Sebab itu tugasnya sebagai pengemban dakwah. Dia akan sangat bersyukur kepada Allah dengan amanah yang diberikan. Tanpa takut amanah itu akan mengurangkan waktu dan tenaganya dari bekerja dan mengurus keluarga kerana semuanya masih boleh diurus dengan baik. Dan Allah pasti akan menolong kita kan?
Adakah kita masih tidak bersyukur apabila diamanahkan tugas dakwah? Adakah kita masih keberatan untuk menerima amanah dakwah walaupun kita jelas mampu memikulnya? Jika ini berlaku, maka kita hendaklah meneliti semula akidah kita dengan baik kerana ada masalah dalam pemahaman akidah kita.
Marilah kita bersyukur dengan amanah dakwah. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Mahu menunggu tua atau bersara? Belum tentu kita akan hidup sampai tua kan? Kalau bukan kita siapa lagi? Mahu bayangkan para pengemban ideologi lain yang mengemban amanah dakwah? Mustahil, bukan?
Hasbunallaahu wani’mal wakil. Laa hawla walaa quwwata illaa biLlaah.
Mari belajar!
Sumber: topswara