ADA APA DI SEBALIK PERNYATAAN “ISLAM TIDAK IDENTIK DENGAN ARAB”?
Penulis: Ummu Nashir N.S.
Islamkaffah[dot]id menerbitkan sebuah artikel bahawa Islam bukanlah Arab. Dalam kesimpulannya dinyatakan bahawa Islam adalah agama yang bersifat universal dan tidak dapat disamakan dengan budaya atau identiti tertentu, termasuk identiti Arab. Meskipun Islam bermula di Jazirah Arab, penyebaran dan perkembangan Islam di luar dunia Arab membuktikan bahawa Islam dapat diadaptasi dan diterima oleh berbagai masyarakat dengan beragam budaya dan tradisi.
Seterusnya dikatakan bahawa pemahaman bahawa Islam identik dengan Arab adalah sebuah kesalahan besar yang membatasi potensi Islam untuk berkembang lebih jauh. Semua orang, tanpa memandang etnik atau budaya, dapat ber-Islam dengan baik dan tidak perlu menjadi orang Arab untuk menjadi muslim yang kaffah (sempurna). (Islamkaffah, 24-3-2025).
Jika kita cermati kesimpulan dari artikel tersebut, ada yang perlu kita jelaskan bahkan kritik, setidaknya ada empat perkara, yakni pertama tentang keuniversalan Islam. Kedua, tentang pernyataan bahawa Islam dapat diadaptasi dan diterima masyarakat dengan beragam budaya dan tradisi. Ketiga, tidak perlu menjadi orang Arab untuk menjadi muslim sempurna. Keempat, tentang kedudukan bahasa Arab kerana bagaimanapun juga bahasa Arab tidak boleh dipisahkan dari Islam dan umat Islam.
Pertama, Islam adalah agama yang universal, apa maknanya?
Benar bahawa Islam adalah agama yang bersifat universal sehingga siapa pun di belahan dunia mana pun akan dapat menerimanya. Islam adalah agama yang sempurna yang datang dari Allah SWT Maha Pencipta, Maha Pengatur, Maha Mengetahui hamba-Nya.
Islam adalah agama yang menyeru kepada seluruh umat manusia tanpa memandang ras, suku, ataupun asal usulnya. Sekalipun Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad ﷺ yang berbangsa Arab, di negeri Arab, dan menggunakan bahasa Arab, tetapi Islam tidak dikhususkan bagi orang Arab.
Firman-Nya, “Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad), melainkan kepada semua umat manusia sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (TMQ Saba’ (34): 28).
Lebih dari itu, Rasulullah ﷺ menegaskan bahawa tidak ada keutamaan orang Arab atas orang-orang non-Arab. Sabdanya, “Wahai sekalian manusia, ingatlah bahawa Rabb kalian itu satu, dan bapa kalian juga satu. Dan ingatlah, tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang ajam (non-Arab), tidak pula orang ajam atas orang Arab, tidak pula orang berkulit merah atas orang berkulit hitam, dan tidak pula orang berkulit hitam atas orang berkulit merah; kecuali atas dasar ketakwaan. Adakah aku telah menyampaikannya?” Mereka menjawab, “Rasulullah telah menyampaikannya. ….” (HR Ahmad).
Kedua, Islam dapat diadaptasi dan diterima masyarakat dengan beragam budaya dan tradisi.
Jika dicermati, tampak jelas ada kesalahan dalam memandang budaya dan Islam. Budaya atau tradisi seolah diposisikan sama atau bahkan lebih tinggi dari Islam, padahal sepatututnya tidak demikian. Islam juga bukan budaya dan ajaran Arab sehingga Islam tidak layak diidentikkan dengan Arab. Justeru ketika Islam datang, banyak menentang dan menghapuskan budaya Arab, seperti mengubur anak perempuan hidup-hidup, penyembahan berhala, anak lelaki boleh mewarisi isteri-isteri ayahnya, minum arak, mengundi nasib, dan sebagainya.
Budaya atau tradisi atau dalam bahasa Arab disebut dengan al-‘adat atau al-‘urf merupakan produk pemikiran, hanya saja ianya bukan dalam bentuk materi (benda), tetapi non-materi. Oleh sebab itu, adat atau budaya adalah bahagian dari peradaban (hadharah).
Sebagai produk pemikiran, budaya atau adat istiadat lahir dari akidah tertentu. Alhasil, ketika budaya itu sesuai syariat Islam, tidak serta-merta didakwa sebagai bahagian dari Islam sebab budaya tersebut lahir dari akidah lain. Lebih-lebih lagi, jika ianya bertentangan dengan syariat Islam, haram untuk mengambilnya.
Sesungguhnya, hubungan antara Islam dan budaya itu sangat jelas kaedahnya. Islam menjadi standard, sedangkan budaya adalah objek yang distandardkan, bukan sebaliknya. Jadi, kalau budaya setempat tersebut sesuai dengan Islam, kita tidak dilarang untuk mengambilnya.
Apa yang wajib untuk kita jadikan tolok ukur perbuatan bukanlah budaya Arab atau budaya negeri tertentu. Kita juga tidak perlu mempertentangkan mana yang lebih baik atau lebih luhur dari keduanya. Tolok ukur yang semestinya kita pakai adalah Al-Quran dan As-Sunnah, serta apa yang digali dari keduanya.
Ketiga, tentang pernyataan “menjadi muslim sempurna tidak perlu jadi orang Arab”.
Memang tidak salah ketika dikatakan bahawa menjadi seorang muslim yang sempurna atau kaffah, mesti menjadi orang Arab. Siapa pun berpotensi untuk menjadi seorang muslim yang sempurna, orang Indonesia, Malaysia, China, Jepun, Eropah, bahkan Amerika sekalipun. Islam tidak identik dengan Arab. Islam memang turun di Tanah Arab, menggunakan bahasa Arab, dan tidak lepas dari budaya Arab. Akan tetapi, itu semua tidak lantas menjadikan kita mesti menjelma menjadi orang Arab, lengkap dengan abaya, purdah, atau gamis dan serban.
Tidak dinafikan juga bahawa pernyataan ini benar adanya. Hanya saja, tatkala pandangan ini dikendalikan oleh sistem sekular (yang berupaya menjadikannya sebagai legitimasi untuk memisahkan antara Islam dan hal-hal “berbau” Arab, seperti bahasa Arab yang sememangnya bahasa Al-Quran, jilbab, sistem perundangan, dan sebagainya), muncullah kemudian tuduhan “arabisasi” muslim di Indonesia seiring kebangkitan Islam yang ditandai antara lain dengan besarnya ghirah mengenakan jilbab, mempelajari bahasa Arab, makin gencarnya tuntutan penerapan syariah, dan sebagainya.
Opini seperti ini perlu diwaspadai oleh umat Islam kerana ada usaha untuk memisahkan antara Islam dan Arab, khususnya bahasanya. Padahal, bahasa Arab merupakan hal penting bagi umat Islam.
Keempat, kedudukan bahasa Arab sangat penting dalam Islam.
Bahasa Arab memiliki kekuatan besar yang turut mengembangkan karisma Islam sehingga Islam dan bahasa Arab merupakan satu kesatuan. Islam tidak mungkin dapat dilaksanakan secara sempurna, kecuali dengan bahasa Arab.
Sesungguhnya, potensi bahasa Arab tidak boleh dipisahkan dengan potensi Islam, atau dengan kata lain harus diintegrasikan menjadi satu kekuatan (mazj ath-thaqah al-lughawiyyah ma’a ath-thaqah al-Islamiyyah) sebagaimana ditegaskan oleh Amirul mukminin Umar bin Khattab.
Abu Bakar bin Abi Syibah menyatakan, “Kami telah diberitahu oleh ‘Isa bin Yunus dari Tsaur dari ‘Umar bin Yazid berkata, Khalifah Umar telah menulis surat Abu Musa al-Asy’ari ra., “Amma ba’du, perdalamlah As-Sunnah, dan perdalamlah bahasa Arab, kuasailah Bahasa Arab, Al-Quran adalah kitab berbahasa arab.” Dalam riwayat lain, “Pelajarilah bahasa Arab kerana bahasa Arab itu bahagian dari agama kalian. Pelajarilah berbagai kefardhuan kerana ia pun bahagian dari agama kalian.” (Mafaahim Islamiyyah). Sebab itulah, pada masa lalu, para sahabat menyebarkan Islam dengan membawa Al-Quran di tangan kanannya dan bahasa Arab di tangan kirinya.
Imam Asy-Syafie menyatakan bahawa hukum mempelajari bahasa Arab adalah fardhu ain, “Wajib bagi tiap muslim mempelajari bahasa Arab hingga kemampuannya dapat mengantarkannya untuk menunaikan kefardhuan (yang ditetapkan kepada)-nya.”
Sedangkan Syeikh Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Sesungguhnya bahasa Arab itu sendiri bahagian dari agama; dan mengetahuinya hukumnya fardhu yang diwajibkan. Sebab, memahami Al-Quran dan As-Sunnah hukumnya fardhu. Sementara itu, semuanya itu tidak dapat dipahami, kecuali dengan memahami bahasa Arab.” Kaedah menyebutkan, “Suatu kewajipan yang tidak sempurna, kecuali dengannya, maka ia menjadi wajib.”
Para ulama kemudian memilah menjadi dua. Pertama, hukumnya fardhu ain bagi tiap muslim agar dapat menjalankan kewajipannya dengan baik dan benar. Kedua, hukumnya fardhu kifayah jika lebih dari kewajipan yang pertama, misalnya untuk berijtihad. Hukum ijtihad itu sendiri adalah fardhu kifayah.
Begitulah keistimewaan bahasa Arab sebagai potensi yang tidak dapat dipisahkan dari karisma atau potensi Islam. Keduanya ibarat dua sisi mata wang yang saling terkait. Jika Islam dipisahkan dari bahasa Arab, terjadilah sebagaimana sebelumnya, iaitu kemunduran Islam seperti yang terjadi saat ini. Sebaliknya, jika Islam dipersatukan dengan potensi bahasa Arab, berbagai kemajuan intelektual umat Islam pun akan dapat diraih kembali, sebagaimana zaman kejayaannya ketika syariat Islam tegak di muka bumi.
Khatimah
Demikianlah, Islam menjawab berbagai hal terkait Islam dan Arab. Benar bahawa Islam tidak identik dengan Arab. Ini terbukti dari dihapuskannya sebahagian budaya Arab ketika Islam datang. Hanya saja, membeza-bezakan antara Islam Indonesia, Islam Arab, atau Islam mana pun, sungguh tidak logik. Islam itu hanya satu, yakni agama yang Allah SWT turunkan kepada Rasulullah Muhammad ﷺ. Standardnya juga satu, yakni Al-Quran-Sunnah.
Di sisi lain, Islam memang tidak akan dapat dipisahkan sama sekali dari Arab, terutama bahasa Arab yang merupakan bahasa Al-Quran dan Hadis, sumber rujukan bagi umat Islam. Alhasil, wajib bagi umat Islam untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab agar dapat memahami Islam dengan benar. Wallahualam.
*Diterjemah dan diolah dari sumber asal
Sumber: muslimahnews