[Siri Pesan Menggugah Untuk Pengemban Dakwah #1]
Bila Kau Wafat Hari Ini, Apa Jejak Dakwah yang Kau Tinggalkan?
Wahai engkau yang sedang berjalan di jalan ini…
Semoga Allah jadikan langkah-langkah kecilmu hari ini…
menjadi bekal besar saat ruhmu meninggalkan dunia.
Cuba pejamkan mata sejenak,
dan bayangkan…
Jika hari ini, malaikat maut datang mengetuk pintumu.
Tanpa amaran. Tanpa isyarat.
Tanpa waktu untuk pamit (mengucapkan selamat tinggal).
Apa yang tersisa darimu…?
Apa yang akan dikenang oleh dunia ini setelah tubuhmu membeku?
Apa yang akan ditangisi oleh bumi… saat engkau tak lagi berpijak?
Akankah ada kader yang berkata,
“Dulu, aku mengenal jalan ini darinya.”
“Dulu, dia yang membangunkan tidurku.”
“Dulu, suaranya yang membuat aku tersedar bahawa hidup bukan untuk dunia semata.”
Ataukah…
engkau akan pergi,
tanpa jejak,
tanpa warisan,
tanpa amal dakwah yang menyala setelahmu?
Wahai pengemban…
Dunia ini bukan tempat tinggal — ia adalah tempat transit.
Setiap pengemban dakwah sejati tahu:
hidup ini hanya sementara,
tapi jejak kebaikan dapat dibuat abadi.
Maka tanyakan pada dirimu hari ini:
Sudahkah aku meninggalkan sesuatu… yang akan terus hidup meski aku mati?
Sudahkah aku menulis sesuatu yang menyentuh jiwa?
Sudahkah aku membina seseorang hingga dia mampu berdiri tegak?
Sudahkah aku menyampaikan satu kalimat… yang mampu menjadi bara perjuangan dalam dada-dada baru?
Kerana bukan panjangnya usia yang membuat hidup berharga,
tapi makna yang kita titipkan di dalamnya.
Banyak orang hidup 70 tahun tapi tak meninggalkan apa-apa.
Tapi ada pula yang hidup 30 tahun… dan dakwahnya mengubah arah sejarah.
Kerana itu, jangan remehkan hari ini.
Jangan tunda membuat jejak.
Jangan menunggu waktu luang,
kerana ajal tak menunggu siapa pun selesai.
Tulislah.
Binalah.
Sampaikanlah.
Ajarkan satu hal yang engkau tahu kepada satu jiwa yang memerlukan.
Kerana satu jiwa itu… boleh menyelamatkanmu dari azab kubur.
Jika hari ini engkau wafat…
apakah halaqahmu akan terus berjalan?
Apakah kadermu akan meneruskan risalahmu?
Apakah ada file di HP-mu, catatan di bukumu, jejak di media sosialmu…
yang akan dibuka, dibaca, dan menggugah hati… setelah tubuhmu membeku?
Kalau tidak ada…
maka engkau belum benar-benar hidup.
Renungkan Firman Allah yang menggetarkan hati:
“إِنَّا نَحْنُ نُحْيِ ٱلْمَوْتَىٰ وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُواْ وَءَاثَٰرَهُمْ”
” Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan.”
(TMQ Yasin: 12)
Lihatlah…
Bahkan jejakmu dicatat.
Bukan hanya amalmu.
Tapi dampak yang kau tinggalkan.
Itulah yang akan tetap hidup… meski tubuhmu membusuk di tanah.
Maqalah penuh makna dari Sufyan ats-Tsauri رحمه الله:
“إن استطعتَ أن تكونَ صاحبَ أثرٍ فافعل، فإن لم تستطعْ، فلا تكنْ سببًا لفساد أثر غيرك.”
“Jika engkau mampu menjadi orang yang meninggalkan jejak, maka lakukanlah.
Jika tidak mampu, maka jangan menjadi sebab rosaknya jejak orang lain.”
Dan engkau, wahai pengemban…
bukan hanya dapat meninggalkan jejak.
Tapi engkau ditakdirkan untuk menanam jejak yang menyala.
Jejak yang membuat langit tersenyum.
Jejak yang membuat malaikat berselawat padamu.
Jejak yang membuat Allah berfirman:
“Itulah hamba-Ku… yang hidupnya bermakna.”
Maka hari ini…
buatlah warisan.
Tulis satu pesan.
Bina satu orang.
Bangun satu halaqah.
Tanam satu kalimat dalam hati umat.
Jangan tidur malam ini sebelum engkau mencatat satu jejak lagi di sisi Allah.
Kerana boleh jadi, itu adalah jejak terakhir sebelum ruhmu dipanggil pulang.
Dan jika tiba saat itu…
kita tidak akan berkata,
“Kenapa aku tak sempat berlibur lebih banyak…”
Tapi kita akan berkata:
“Kenapa aku tak lebih banyak berdakwah…”
Maka buatlah kematianmu menjadi kelahiran perjuangan baru.
Jadilah pengemban yang pergi dengan kehormatan,
dan meninggalkan cahaya yang terus menyala di bumi hingga hari kiamat.
Saudaramu,
(KH) Yasin Muthohar
Pengasas Pesantren Al-Abqary
*Pengemban dakwah – orang yang menggalas beban dakwah