KHILAFAH DATANG MEMULIAKAN ORANG YANG MULIA DAN MENGHINAKAN ORANG YANG HINA
Penulis: Dr. Muhammad Jilani
Netanyahu menegaskan ancaman Khilafah bagi Yahudi dan Barat. Dalam rakaman pidato pada Isnin (21-4-2025), Perdana Menteri entiti Yahudi Netanyahu mengatakan, “Kami tidak akan menerima pembentukan Khilafah apa pun di pesisir Mediteranian.”
Sejatinya, pernyataan seperti itu bukan suatu yang mengejutkan atau menghairankan keluar dari mulut Netanyahu kerana dia sangat yakin bahawa Khilafah adalah satu-satunya entiti yang mampu melenyapkan entitinya yang rapuh (Yahudi, ed.) dan bahawa Khilafahlah satu-satunya yang mampu memimpin umat Islam, memanfaatkan kemampuannya, serta menyebarkan risalah Islam ke seluruh dunia.
Sebelum ini, Bekas Presiden AS, George Bush juga pernah memperingatkan hal itu bersama dengan Menteri Pertahanan, Rumsfeld dan John McCain. Setelah mereka, ada Pengarah Intelijen Rusia yang menjelaskan bahawa ancaman Khilafah dan kembalinya negara itu terkait dengan sebuah parti politik yang berupaya mendirikannya, ia secara khusus menyebutkan Ḥizb at-Taḥrīr.
Persoalan Khilafah dan kemampuannya menghadapi semua musuh umat, bahkan mampu menyebarkan risalah Islam ke seluruh dunia, bukanlah masalah yang diperdebatkan di kalangan para musuh Islam, baik kaum Yahudi, Salibis, ataupun ateis sekular. Alhasil, yang menjadi masalah bagi mereka adalah keupayaan dalam mencegah tegaknya kembali Khilafah.
Bahkan, seorang orientalis British, Bernard Lewis, pernah mengatakan dalam sebuah seminar bahawa bahaya terbesar yang mengancam Eropah adalah kembalinya tentera muslim di bawah Khilafah untuk melanjutkan pengepungan mereka terhadap Wina—yang telah mereka tinggalkan lebih dari tiga abad sebelumnya.
—
Namun yang menghairankan dan memalukan adalah bahawa umat Islam justeru enggan menuntut berdirinya Khilafah, enggan bekerja keras untuk mengembalikan bara api Khilafah itu, serta enggan memberinya kehangatan agar Khilafah dapat kembali menjadi kobaran api yang menyala-nyala di kota-kota seluruh dunia. Saat ada kesempatan untuk menggulingkan rejim ejen sekular, umat malah mundur dengan menuntut apa-apa yang diinginkan dan dijanjikan oleh kaum kafir Barat, termasuk seruan palsu untuk kebebasan, hingga sekularisme demokrasi dan perundangan sivil yang kafir!
Umat bukannya bangkit memperjuangkan hal yang telah Allah wajibkan pada mereka, yang akan memberinya kehormatan, kekuasaan, dan keamanan, justeru seolah-olah para pemimpin kafir Baratlah—seperti Netanyahu—yang mengetahui kebenaran firman Allah SWT, “Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh, akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh, Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.” (TMQ An-Nur [24]: 55).
Oleh sebab itu, Khilafah datang membawa kekuasaan dan keamanan, yang saat ini sedang dinanti dan dirindukan oleh seluruh bangsa di dunia, iaitu kehidupan yang jauh dari kehancuran, pembunuhan, dan pelarian jutaan manusia, sebagaimana terjadi di Sudan, Syria, Palestin, Ukraine, Myanmar, dan lain-lain.
Seolah-olah kaum muslim sebagai pengemban risalah, tidak membaca dalam Kitab Allah bahawa keadilan dan kesetaraan tidak dapat dicapai di mana pun di muka bumi ini tanpa kedaulatan syariat Allah dan hukum-hukum-Nya. Allah SWT berfirman, “Sungguh, Kami benar-benar telah mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang nyata dan Kami menurunkan bersama mereka kitab dan neraca (keadilan) agar manusia dapat berlaku adil.” (TMQ Al-Hadid [57]: 25).
Keadilan yang dicari dan dirindukan oleh seluruh bangsa di dunia, yang saat ini diinjak-injak oleh Amerika dan Barat yang kafir setiap hari dan sepanjang waktu, telah dihapuskan oleh kekuatan senjata, tipu daya jahat, serta kebijakan terkutuk yang diwakili oleh perang militer berdarah di waktu tertentu, dan perang ekonomi di waktu lain. Juga oleh kemerosotan moral dan pelanggaran yang berulang-ulang terhadap ciptaan Allah SWT, serta masih banyak lagi.
Kaum muslim yang telah Allah jadikan sebagai umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, hendaknya tahu dan sedar bahawa kebaikan itu ada harganya, dan mereka akan menanggung akibatnya jika mereka tidak menunaikan kewajipannya. Ketika Allah SWT menetapkan sifat kebaikan bagi umat ini, Dia juga menjelaskan keutamaannya.
Umat terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia sepatutnya mampu melaksanakan peranan yang telah ditetapkan oleh Allah untuknya, iaitu menegakkan keadilan dan kesejahteraan bagi seluruh umat manusia, menghentikan kezaliman Amerika beserta sekutunya yang telah menyakiti dan menghancurkan umat manusia, serta menghapuskan kehinaan yang dialami oleh seluruh umat di muka bumi.
—
Netanyahu dan para ejen kaum kafir Barat menghalang Khilafah adalah kerana mereka tahu bahawa umat terbaik ini tidak akan mampu memenuhi tugasnya, kecuali dipimpin oleh seorang Khalifah yang sedar akan tanggungjawabnya, yang memimpin demi kebaikan umat manusia.
Para pemimpin entiti dan Barat kafir di belakang mereka mengetahui sumber bahaya bagi mereka sehingga mereka menyalakan api di sana-sini untuk mengalihkan perhatian umat dari mahkota dan kejayaannya. Bahkan, mereka mendatangkan semua tukang sihir untuk mengalihkan perhatian umat dari hakikat kemuliaan mereka, sumber kekuatan mereka, dan penawar kehidupan mereka sehingga mereka tidak lagi melihat cahaya yang memancar dari lipatan panji-panji Khilafah yang berkibar di cakerawala.
Ya, bukan suatu yang menghairankan atau mengejutkan jika Netanyahu dan para pemimpin dunia lain saat ini menentang berdirinya negara Khilafah Rasyidah. Namun apa yang hairan dan memalukan adalah kaum muslim yang tidak bangkit dan tidak mendukung mereka yang sedang berusaha sekuat tenaga dan tekad untuk menggagalkan rencana musuh sehingga musuh-musuh tahu akibat seperti apa yang akan mereka hadapi!
Saat ini, kaum muslim lebih dari waktu-waktu sebelumnya, terkait kewajipan mendukung mereka yang sejak hari pertama bersumpah untuk mengembalikan penegakan Khilafah Rasyidah—yang digulingkan oleh kaum kafir Barat setelah beberapa dekad menghadapi konflik yang sengit.
Kaum muslim perlu bangkit dengan segenap kekuatan, tekad, dan keteguhan hati, yang dikobarkan oleh keimanan, bagaikan gunung yang kuat, bersama kelompok yang tetap teguh dalam keyakinan mutlaknya bahawa Khilafah Islam—yang ditentang oleh Netanyahu, Trump, dan Putin—adalah mahkota kewajipan yang menjadi sumber kemuliaan kaum muslim, pemelihara keadilan bagi seluruh umat manusia, dan satu-satunya jalan untuk mencapai pengabdian mutlak kepada Allah SWT, dengan menolak semua tuhan-tuhan lain selain Allah.
Jika sebelumnya kaum muslim menutup mata terhadap kebangkitan spirit dan semangat mereka dengan ayat-ayat Allah yang tegas, seperti, “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penegak (kebenaran) kerana Allah (dan) saksi-saksi (yang bertindak) dengan adil.” (TMQ Al-Maidah [5]: 8).
Firman-Nya, “Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh, akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi.” (TMQ An-Nur [24]: 55).
Firman-Nya, “Ketetapan (yang pasti benar) itu hanyalah milik Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus.” (TMQ Yusuf [12]: 40).
Sekarang, sudah saatnya bagi mereka untuk bangkit kerana cabaran dari musuh Allah dan musuh-musuh yang telah menikam perjuangan mereka yang paling berharga, menikam mereka yang berada di Gaza dan Jenin, di Jaffa dan Hebron, serta di Al-Quds dan Al-Aqsa.
Demi kemuliaan dan mahkota kewajipan kalian, kami serukan kepada kalian, wahai kaum muslim! Hendaklah kalian, pertama, mencari redha Allah Taala. Kedua, menegakkan kesatuan umat kita. Ketiga, menghancurkan musuh-musuh Allah, Netanyahu, dan para syaitannya dari kalangan jin dan manusia.
“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul (Nabi Muhammad) apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membataskan antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.” (TMQ Al-Anfal [8]: 24).