Pemindahan Penduduk Gaza adalah Tidak Sah dan Tidak Diperbolehkan Secara Syariat
Oleh: K.H. Muhammad Shiddiq Al-Jawi
Pemindahan penduduk Gaza adalah tidak sah dan tidak diperbolehkan secara syariat, kerana tiga alasan berikut:
Pertama – Pemindahan penduduk Gaza akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad yang wajib dilakukan terhadap penjajah Yahudi yang telah merampas tanah Palestin. Hal ini tidak diperbolehkan. Allah SWT telah berfirman:
وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ.
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.” [TMQ Al-Baqarah (2): 190]
Kedua – Pemindahan penduduk Gaza adalah bentuk ketundukan kepada projek Amerika dan Yahudi, dan ini akan menjadi satu jalan bagi kaum kafir untuk menguasai kaum Muslimin, terutama kaum Muslimin di Gaza, Palestin.
Sedangkan Allah SWT telah mengharamkan adanya suatu jalan bagi kaum kafir untuk menguasai kaum Muslimin. Allah SWT berfirman:
وَلَنْ يَّجْعَلَ اللّٰهُ لِلْكٰفِرِيْنَ عَلَى الْمُؤْمِنِيْ نَ سَبِيْلًا
“…dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.” [TMQ An-Nisaa’ (4): 141]
Ketiga – Pemindahan penduduk Gaza dari tanah Palestin ke luar negeri telah dilarang oleh teks-teks syariat yang khusus.
Imam al-Mundziri telah menulis sebuah bab khusus dalam kitabnya “At-Targhib wa at-Tarhib” yang berjudul “Galakan untuk Menetap di Syam dan Perkara yang Telah Dinyatakan Mengenai Keutamaannya” (hlm. 1123-1126).
Dalam bab tersebut, beliau menyebutkan beberapa hadis yang menjelaskan tentang keutamaan Syam dan larangan meninggalkan negeri tersebut. Di antaranya, adalah hadis-hadis berikut ini:
عن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه ، أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال : ” الشام صفوة الله من بلاده ، يسوق إليها صفوة عباده ، من خرج من الشام إلى غيرها فبسخطه ، ومن دخل من غيرها فبرحمته. رواه الحاكم وقال : هذا حديث صحيح الإسناد على شرط مسلم ، ولم يخرجاه.
Dari Abu Umamah Al-Bahili RA, bahawa Nabi SAW telah bersabda, “Syam adalah pilihan Allah di antara negeri-negeri-Nya. Akan menuju ke sana hamba-hamba-Nya yang terpilih. Barang siapa yang keluar dari Syam menuju negeri lainnya, maka itu terjadi dengan kemurkaan-Nya. Dan barang siapa yang masuk dari negeri lainnya, maka itu terjadi dengan rahmat-Nya.” (HR Al-Hakim, dalam Al-Mustadrak, beliau berkata,”Ini adalah hadis yang sahih isnad-nya mengikuti syarat Imam Muslim, walaupun tidak dikeluarkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim).
عن عبد الله بن حوالة الأزدي أنه قال : يا رسول الله ، خر لي بلدا أكون فيه ، فلو أعلم أنك تبقى لم أختر عن قربك شيئا . فقال : ” عليك بالشام ” . فلما رأى كراهيتي للشام قال : ” أتدري ما يقول الله في الشام ؟ إن الله – عز وجل – يقول : يا شام ، أنت صفوتي من بلادي ، أدخل فيك خيرتي من عبادي . إن الله قد تكفل لي بالشام وأهله ” رواه الطبراني.
Dari Abdullah Ibnu Hawalah Al-Azdi RA, bahawa dia berkata, “Wahai Rasulullah, pilihkanlah untukku suatu negeri, yang saya akan tinggal di sana! Kalau saya tahu bahawa anda akan tinggal berdiam (di suatu tempat), nescaya saya tidak akan memilih (tempat lain) yang jauh dari anda. Maka Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu tinggal di Syam!” Kemudian ketika Rasulullah melihat ketidaksukaan saya (tinggal di Syam), Rasulullah SAW bersabda, “Tahukah kamu apa firman Allah tentang Syam? Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman, “Wahai Syam, kamulah pilihanku di antara negeri-negeri-Ku. Aku akan memasukkan ke negerimu orang-orang yang terpilih di antara hamba-hamba-Ku.” (Sabda Rasulullah SAW), “Sesungguhnya Allah telah menjamin untukku dengan negeri Syam dan penduduknya.” (HR. Al-Thabrani).
Kesimpulan
Dengan demikian, pemindahan penduduk Gaza ke Indonesia atau ke negeri-negeri Islam lainnya adalah tidak sah dan tidak diperbolehkan secara syariat.
Kaum Muslimin, terutama para penguasa mereka, wajib menolak dan tidak boleh tunduk pada projek keji ini yang hanya menguntungkan Yahudi yang terlaknat dan kaum kafir penjajah yang dipimpin oleh Amerika Syarikat.
Sumber: fissilmi kaffah