[Siri Pesan Menggugah untuk Pengemban Dakwah #4]
Jika Jalan Ini Berat, Itu Tanda Bahawa Syurga Sedang Dekat
Wahai engkau yang hari ini merasa lelah…
Semoga Allah menghapus penatmu dengan pahala,
dan mengganti semua luka di jalan dakwah ini dengan balasan syurga-Nya.
Ada hari-hari ketika engkau menangis sendirian.
Ada masa-masa ketika engkau bingung harus bicara kepada siapa.
Kader yang engkau bina satu per satu mulai menghilang.
Sahabat seperjuangan tak lagi sehangat dulu.
Beban dakwah makin berat.
Ujian hidup menimbun.
Dan engkau mulai bertanya dalam hati:
“Mengapa semua ini begitu sukar?”
Wahai Saudaraku, Pengemban Dakwah
kerana jalan menuju syurga tidak akan pernah mudah.
Allah Ta’ala berfirman:
“أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا ٱلْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوْا۟ مِن قَبْلِكُم…”
“Apakah kalian mengira akan masuk syurga,
padahal belum datang kepada kalian (ujian) seperti yang dialami oleh orang-orang sebelum kalian…” (TMQ Al-Baqarah: 214)
Kalau dakwah ini mudah,
tentu semua orang akan melakukannya.
Kalau perjuangan ini ringan,
maka tak akan disebut sebagai jalan para nabi.
Imam Ibn Qayyim رحمه الله berkata:
“كلما علت منزلة العبد، ازدادت عليه البلايا والاختبارات.”
“Semakin tinggi darjat seorang hamba,
semakin berat pula ujian dan cubaan yang Allah berikan kepadanya.”
Jadi, jangan menyerah saat engkau jatuh.
Jangan berhenti saat luka mulai terasa.
Kerana boleh jadi, satu langkah lagi adalah gerbang kemenangan.
Dan siapa tahu…
tangisan yang engkau tahan hari ini
akan menjadi tawa kemenangan di hari akhir.
Rasulullah SAW bersabda:
“حُفَّتِ الجَنَّةُ بِالمَكَارِهِ”
“Syurga itu dikelilingi oleh hal-hal yang tidak disukai (sulit, berat, menyakitkan).” (HR. Bukhari & Muslim)
Maka jika jalan dakwah ini terasa sempit,
berbahagialah…
kerana itu tanda engkau sedang melewati jalan yang benar.
Jika pundakmu terasa penuh beban,
ingatlah bahawa itulah bahagian dari harga yang perlu dibayar untuk kemuliaan.
Syeikh Said Hawwa رحمه الله berkata:
“الدعوة ليست طريقًا مفروشًا بالورود، بل طريقًا مفروشًا بالأشواك، لكن نهايته الجنة.”
“Dakwah bukan jalan yang dipenuhi bunga,
melainkan jalan yang dipenuhi duri —
namun hujungnya adalah syurga.”
Maka hari ini…
jangan fokus pada luka.
Fokuslah pada pahala.
Jangan hitung air mata.
Hitunglah berapa banyak malaikat yang mencatat langkahmu.
Dan jika kau merasa ingin menyerah,
ingatlah mereka yang telah pergi sebelum kita —
mereka tersenyum dalam kubur,
kerana tidak mundur saat dunia menolak mereka.
“Ya Allah… aku tahu Engkau melihatku.
Maka jangan biarkan aku berhenti saat aku sudah sejauh ini…
Kuatkan aku, hingga aku tiba di akhir jalan: syurga-Mu yang Engkau janjikan.”
(KH Yasin Muthohar)
11 Mei 2025