[Mafahim Islamiyyah] Idrak (Bahagian 1/5)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” [TMQ Ar-Ra’d (13): 3].
“Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” [TMQ Ar-Ra’d (13): 4].
“Dan tiada yang memahaminya, kecuali orang-orang yang berilmu.” [TMQ Al-‘Ankabut (29): 43].
Al-Idrak, Al-Fikru, dan Al-Aqlu bermakna satu, iaitu potensi yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia sebagai hasil dari adanya potensi pengikat (khashiyat rabthi) yang terdapat pada otak manusia. Potensi ini adalah menghukumi atas realiti, iaitu pemindahan penginderaan terhadap realiti pada otak, beserta adanya informasi-informasi terdahulu yang mentafsirkan realiti ini.
Potensi berfikir manusia mengungguli haiwan. Allah SWT berfirman, “Atau adakah engkau fikir bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu hanyalah seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu).” [TMQ Al-Furqaan (25): 44].
Ayat ini menunjukkan bahawa binatang ternak itu tidak boleh memahami atau berfikir. Akal (al-aqlu) ini mempunyai empat komponen (unsur), iaitu otak (dimag) yang sihat, realiti yang terindera (wagi), indera (al-hawas), dan informasi-informasi sebelumnya (ma’lumat sabiqah).
- Otak yang Sihat
Otak adalah benda yang terdapat dalam tempurung kepala. Otak ini diliputi oleh tiga lapisan, di mana dari celah-celahnya sel-sel menembus keluar bertemu dengan segenap indera dan seluruh bahagian tubuh. Jaringan sel saraf dalam penyebaran dan panjangnya mencapai batas-batas yang hampir tidak terhitung.
Pada kenyataannya, sel-sel pembawa darah yang dibahagikan kepada seluruh bahagian tubuh panjangnya boleh mencapai lebih kurang 160,934 km. Otak ini dapat mengawal tubuh dengan 76 sel utama.
Berat otak manusia dewasa boleh mencapai 1,200 gram. Otak ini mampu menghabiskan 25% oksigen yang tersedia melalui paru-paru. Dengan pengukuran arus eketrik pada otak, para ilmuwan telah menetapkan bahawa otak ini merupakan organ berfikir (tafkir) pada manusia. Hasil penelitian sebahagian sel-sel otak dengan pengukuran arus eletrik, telah menemukan arus eletrik yang dikesan di atas kertas ketika manusia memusatkan fikirannya, ketika emosi bergejolak, ketika mendengar pergaduhan, atau ketika menghadapi pertimbangan yang kompleks dan rumit.
Namun para ilmuwan tidak mengetahui bahagian manakah pada otak yang mampu menghafal semua informasi yang masuk. Kenyataannya bahawa memusnahkan setengah otak sebahagian pesakit tidak mampu menghilangkan daya ingatan mereka. Memang ada sebahagian ilmuwan menjangkakan bahawa informasi-informasi sebelumnya pada ingatan semuanya menyamai tempat (disket) yang memuat 90 juta jilid yang penuh dengan maklumat.
Dengan demikian, pembentukan otak manusia yang sangat menakjubkan ini merupakan dalil-dalil pasti atas kekuasaan (qudrat) Allah SWT, “Dan di bumi terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan (juga) pada diri kalian. Maka adakah kalian tidak memperhatikan?” [TMQ Adz-Dzaariyat (51): 20—21].
- Realiti yang Terindera
Adapun realiti yang dikesan oleh indera, kadang-kadang merupakan realiti benda, seperti bulan, buku, dan kuda. Kadang-kadang juga merupakan pengaruh dari realiti benda, seperti bunyi angin, bunyi pesawat, atau bau bunga mawar. Kadang-kadang berbentuk bukan benda yang dapat difahami dari pengaruhnya, seperti keberanian, kesatriaan, ketakutan, dan kelembutan.
Segala sesuatu yang kewujudannya boleh difahami ini kadang-kadang boleh dirasai dan disentuh, seperti gunung, pokok, dan keldai. Kadang-kadang dapat dirasai, tetapi tidak boleh disentuh, seperti rasa sakit dan gembira, tetapi kadang-kadang tidak dapat dirasakan dan tidak pula disentuh. Oleh kerana itu, kewujudannya boleh ditemukan daripada penampakan-penampakannya, seperti naluri seksual, naluri mempertahankan diri, dan naluri beragama, seperti adanya kehidupan pada diri manusia.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.
#MafahimIslamiyyah #Idrak #NaluriManusia #Gharizah