Dua Kekuatan Pengemban Dakwah di Era Ketidakpastian dan Krisis
Oleh Dr. Fika Komara
Belakangan kita merasakan hidup yang makin sulit, era ketidakpastian global, krisis dan tekanan hidup, serta kegelapan dunia yang kian pekat. Umat Islam semakin terkesan dengan kehancuran masyarakat, akibat ketidakadilan dan kerosakan pemerintah yang melaksanakan sistem jahiliyah kapitalisme.
Kebodohan dan kebekuan pemikiran juga mewarnai umat yang mengakibatkan pada dinginnya respon bahkan penolakan dakwah. Keadaan ini acapkali membuat para aktivis dakwah cenderung pesimis dalam dakwah. Sebahagian di antara mereka tak sedikit bersikap playing victim, merasa menjadi korban sistem, menyalahkan orang lain dan pasrah dengan keadaan.
Sindrom ini berlaku pada aktivis dakwah ketika mereka mengizinkan ‘realiti yang rosak’ mendefinisikan perjuangan mereka. Mereka lupa bahawa ada dua kekuatan yang menjadi intipati penting perjuangan dakwah yakni Iman dan kekuatan tsaqafah Islam.
Pertama, iman menuntut mereka tidak boleh berputus asa dari Rahmat Allah, sebagaimana firman Allah ta’ala
۞ قُلْ يٰعِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوْا مِنْ رَّحْمَةِ اللّٰهِۗ اِنَّ اللّٰهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًاۗ اِنَّهٗ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ ٥
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (TMQ Az-Zumar [39]:53)
Ayat ini memuatkan pesanan bahawa tidak sewajarnya kaum Mukmin itu mudah pesimis, apalagi dia adalah seorang pengemban dakwah. Rahmat Allah itu teramat luas dan keyakinan akan pertolongan Allah sepatutnya menjadi pusat kesedaran para aktivis dakwah. Inilah kekuatan iman, kekuatan paling mendasar yang perlu selalu diaktifkan (activate) agar pengemban dakwah tidak mudah terpengaruh dengan realiti hidup yang berat dan gelap.
Bekunya pemikiran umat sepatutnya membuatkan mereka yakin bahawa akan selalu ditemukan mutiara di tengah umat yang sedia membersamai dakwah, walaupun tidak mudah, kerana dia yakin pada setiap kesulitan akan selalu ada dua kemudahan. Iman sepatutnya selalu hadir dalam ‘amal – tidak boleh hilang ataupun absent. Kaedah beramal yang diajarkan oleh Islam iaitu hendaknya suatu perbuatan didasarkan pada suatu pemikiran dan tujuan tertentu. Kemudian juga hendaklah didasarkan pada keimanan, sehingga seseorang tetap berjalan dalam suasana iman secara terus menerus.
Kedua, adalah kekuatan tsaqofah Islam. Tsaqafah bukan ilmu biasa, ia adalah ilmu agama yang istimewa kerana sebab pembahasannya adalah akidah Islam yang khas. Khazanah tsaqafah Islam memiliki kemampuan luar biasa membentuk mindset dan mentaliti luhur pada setiap manusia yang sungguh-sungguh mengkajinya. Terutama kerana kemampuan tsaqafah dalam mengasah dan membentuk keperibadian seseorang yang dinamakan sebagai proses pembinaan (at-Tatsqiif). Sementara ilmu hanya memiliki kemampuan memberikan informasi dan wawasan seseorang yang sering disebut dengan proses ta’lim.
Tsaqafah bahkan dapat berfungsi sebagai kekuatan penghurai masalah, kerana itu seseorang yang bercita-cita melakukan perubahan masyarakat dan kebangkitan umat mestilah mampu memberi nyawa pada setiap tsaqafah yang dikajinya, agar tidak sekadar menjadi timbunan tsaqafah atau perpustakaan berjalan.
Sumber: Fareastern Muslimah & Syariah
#MotivasiDaie #Iman #TsaqafahIslam #Dakwah