KEPALSUAN ITU BERBAHAYA
Oleh: Muhammad Ayyubi (Mufakkirun Siyasiyyun Community)
Segala yang palsu itu berbahaya, seseorang mengambil keuntungan dari kepalsuan tersebut, baik berupa pengaruh, kekuasaan dan kekayaan.
Sejak dahulu, selalu ada upaya memalsukan sesuatu demi kepentingan peribadi atau pun golongannya. Sejarah mencatat ada banyak kepalsuan yang melintasi kehidupan manusia.
Tuhan Palsu
Tercatat sejak zaman Nabi Nuh, ada patung-patung orang soleh yang kemudian bertransformasi menjadi tuhan-tuhan yang disembah, tradisi ini masih wujud hingga saat ini.
Ketika zaman silih berganti, manusia kemudian menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan palsu mereka. Bentuknya boleh berupa harta, takhta bahkan wanita.
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ
“Adakah engkau tidak memperhatikan, orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka.” (TMQ Al-Jathiyah [45]: 23)
Nabi Palsu
Nabi palsu pun ada, bahkan sejak Nabi Muhammad SAW masih hidup, mereka yang mengaku nabi adalah Musailamah Al-Kadzab, Aswad Al-Unsi, Thulaihah Al-Khuwailid dan Sajjah Binti Al-Harits.
Hingga keberadaan mereka dimusnahkan di masa Abu Bakar Siddiq. Namun, nabi-nabi palsu ini tetap ada sepanjang sejarah kehidupan manusia hingga ke saat ini, seperti Mirza Ghulam, Lia Eden dan Ahmad Mushaddeq.
Al-Quran Palsu
Usaha menyesatkan umat dengan membuat Al-Quran palsu pernah dilakukan oleh golongan tertentu, ada kelompok Syiah membuat kitab Al-Kafi dan Ahmadiyah yang memiliki kitab Tadzkirah.
Semua usaha ini dilakukan demi kepentingan kelompok tersebut, agar dapat mengawal pengikut mereka dan memperkuat pengaruhnya.
Negara Palsu
Sejak kehancuran Khilafah Islamiyah tahun 1924, berdiri negara-negara palsu yang mendakwa mereka sebagai pemelihara urusan umat, bentuknya berupa republik Islam dan mamlakat (kerajaan) Islam. Padahal hukum yang diterapkan jauh dari Syariat Islam yang kaffah.
Para penguasa ini wujud tidak lebih dari hasil konspirasi para penjajah di dalam Persidangan Sykes-Picot tahun 1917 yang membahagi dunia Islam dalam sempadan-sempadan nasionalisme.
Parti Politik Palsu
Parti politik sebenar mendidik umat akan pentingnya penerapan Syariat Islam dalam sebuah negara.
Tugas parti adalah melakukan amar makruf nahi munkar kepada penguasa dan mendakwahkan Islam.
ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر”
Ertinya: “Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang mengajak kepada Islam, menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar.” (TMQ Ali Imran [3]: 104)
Namun, wujud parti-parti politik palsu yang mengelabui umat, mereka datang setiap lima tahun sekali untuk mendapatkan suara tetapi meninggalkannya setelah mereka berkuasa.
Bahkan yang lebih menyakitkan, mereka bersekutu dengan orang-orang sekular untuk mencampak hukum-hukum Islam. Bahkan aktivit politik mereka juga tidak ubahnya seperti parti-parti sekular.
Ulil Amri Palsu
Imbas dari adanya negara palsu – negara yang tidak menerapkan Syariat Islam Kaffah dalam sistem Khilafah – lahirlah ulil amri palsu.
Mereka membuat undang-undang yang tidak bersumber daripada Al-Quran dan As-Sunnah, mereka memaksa umat agar taat dan tunduk di bawah hukum selain hukum Allah.
Ulil amri palsu ini menjalankan sebahagian daripada hukum Allah dan meninggalkan sebahagian lainnya. Kerana ada keuntungan di dalamnya. Sedangkan cara seperti ini dicela oleh Allah di dalam Al-Quran.
أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَن يَفْعَلُ ذَٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
“Adakah kamu mengimani sebahagian isi Al-Kitab dan mengkufuri sebahagian lainya, maka tidak ada balasan bagi mereka yang melakukan hal demikian kecuali kehinaan di dalam kehidupam dunia.” (TMQ Al Baqarah [2]: 85)
Khatimah
Jika semua kepalsuan itu adalah bahaya, maka sudah semestinya kesemua yang palsu itu mesti dihapuskan, kerana ianya telah mengelabui manusia, mereka mengambil keuntungan dari kepalsuan itu, termasuk ijazah palsu dari seorang bekas Presiden.[]
#kepalsuan #fake