[Mafahim Islamiyyah] Pemahaman Aktiviti dalam Islam (Bahagian 7)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Orang-orang mukmin dituntut agar khusyuk dalam solat. Allah SWT berfirman, “Dan orang-orang yang apabila orang-orang bodoh menyapanya, mereka tetap mengucapkan salam.” [TMQ Al-Furqan (25): 63]
Bersikap bijaksana terhadap orang-orang jahil itu dituntut dari hamba-hamba Ar-Rahman. Nabi SAW bersabda, “Semoga Allah merahmati lelaki yang mudah ketika menjual, yang mudah ketika membeli, dan yang mudah ketika menagih.”
Sikap mudah itu dituntut dari seorang muslim dalam transaksi-transaksinya bersama orang lain. Dalam Rasulullah SAW menyeru, Allah SWT berfirman, “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabatmu), kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri daripada engkau.” [TMQ Ali Imraan (3): 159]
Sifat ini, iaitu lemah-lembut dalam memelihara rakyat, sangat dituntut dari ulul amri. Nabi SAW bersabda, “Pemimpin orang-orang yang mati syahid adalah Hamzah dan lelaki yang mendatangi penguasa yang zalim, kemudian dia menasihatinya, kemudian penguasa itu membunuhnya.”
Seorang muslim dituntut untuk mempunyai keberanian ketika mengkritik penguasa yang zalim. Umat Islam perlu sentiasa menjaga dan memelihara nilai-nilai akhlak dalam tindakan mereka. Ini kerana Allah SWT menuntut daripadanya untuk mengamalkan sifat-sifat akhlak tertentu.
Dia memakainya di tempat-tempat yang menuntut sifat itu tanpa mengambil kira manfaat atau mudarat yang akan menimpanya akibat adanya sifat itu. Seorang muslim yang menabur benih gandum kepada kawanan burung untuk memburunya, dia menjalankan aktiviti ini untuk mendapatkan nilai kebendaan. Namun, seorang muslim yang menaburkan benih gandum kepada sekawanan burung supaya mereka dapat makan, dan kemudian burung-burung itu dapat memberi makan kepada anak-anaknya, bermakna muslim tersebut telah meraih dan melestarikan nilai moral. Dia telah bersifat belas kasih terhadap binatang (haiwan) sesuai perintah Allah SWT.
Dengan demikian, apabila seseorang muslim itu menjalankan sesuatu aktiviti, dia mestilah bermatlamat untuk mencapai satu nilai aktiviti iaitu nilai yang dituntut oleh Allah, Sang Pembuat Hukum, dari aktiviti tersebut. Akan tetapi, meraih nilai-nilai lain dari jiwa aktiviti itu merupakan perkara sampingan sahaja. Orang yang beraktiviti wajib untuk tidak menjadikannya sebagai tujuan utama dari aktivitinya. Sebagai contoh, seorang peniaga sepatutnya menunaikan solat atau bersikap jujur untuk mencapai nilai kerohanian (kimah ruhiyah) atau nilai akhlak, bukannya agar orang datang membeli barang dagangannya iaitu untuk mencapai nilai kebendaan.
Adapun nilai kemanusiaan (kimah insaniyah) yang menjadi kehendak pelaku dari aktivitinya, iaitu membantu manusia kerana kemanusiaan (bukan kerana sesuatu). Islam sangat menggalakkan hal tersebut. Islam juga menggalakkan perbuatan yang dapat mendatangkan nilai tersebut, seperti menyelamatkan orang tenggelam, memberi pertolongan kepada orang yang sedang menderita, dan membantu orang-orang yang memerlukan. Semua itu dilakukan tanpa memandang jenis, agama atau warna kulit seseorang.
Seorang muslim perlu melaksanakan semua itu kerana Allah SWT telah memerintahkannya, bukan kerana mengharapkan ganjaran dalam bentuk kebendaan daripada aktiviti yang mereka lakukan. Walau ada kemungkinan dia akan mengalami kerugian dari segi benda, seperti seorang nelayan yang meninggalkan pukat dan ikan di dalamnya untuk menyelamatkan seseorang yang hampir lemas. Kadang-kadang ada juga yang mengalami kerugian fizikal, seperti orang yang berlari laju menyelamatkan anak kecil dari hadapan kereta yang dipandu laju, lalu kereta itu melanggarnya sehingga patah kaki.
Jelaslah bahawa aktiviti dua orang tersebut adalah untuk meraih nilai kemanusiaan tanpa mempedulikan akibat, bahaya, manfaat, atau kerugiannya.
Islam sangat menuntut pelaksanaan perbuatan yang dapat meraih nilai kemanusiaan (kimah insaniyah). Allah SWT berfirman, “Mereka juga memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan, (sambil berkata dengan lidah atau dengan hati), “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata. Kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” [TMQ Al-Insan (76): 8—9]
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya salah seorang dari kalian adalah cermin bagi saudaranya. Apabila dia melihat sesuatu yang menyakiti, maka sisihkanlah dari saudaranya.”
Nabi SAW juga bersabda, “Barangsiapa menyakiti kafir zimmi, maka dia benar-benar telah menyakitiku.”
Dalam menggambarkan Abu Bakar RA ketika dia membeli Bilal ibn Rabbah demi menyelamatkannya dari perhambaan dan dari azab tuannya, Allah SWT berfirman, “Dan akan dijauhkan(azab neraka) itu daripada orang yang benar-benar bertakwa. Yang mendermakan hartanya (di jalan Allah) dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya. Padahal dia menderma bukan kerana membalas budi sesiapa pun. Hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi, Dan demi sesungguhnya, dia tetap akan berpuas hati (pada Hari Akhirat, dengan mendapat pahala yang diharapkannya).” [TMQ Al-Lail (92): 17—21]
Jadi, meraih nilai kemanusiaan (kimah insaniyah) sebagaimana yang ditunjukkan oleh ayat-ayat tersebut, dilaksanakan oleh kaum muslim kerana Allah SWT telah memerintahkan aktiviti yang merealisasikan nilai kemanusiaan tersebut. Aktiviti ini dilakukan bukan untuk menghasilkan keuntungan material, tetapi hanya mencari redha Allah Taala.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.
#MafahimIslamiyyah #AktivitiManusia