Refleksi Muharam, Saatnya Umat Bangkit Bebaskan Palestin, Wujudkan Kebangkitan Islam
Satu Muharam selalu identik dengan narasi kebangkitan Islam. Namun hakikatnya, dari Muharam ke Muharam, keadaan umat masih belum beranjak dari keterpurukan. Bahkan, menginjak 1447 H pun masih begitu banyak masalah besar yang mengongkong umat Islam. Mulai dari krisis politik, ekonomi, sosial budaya, undang-undang, serta sistem pertahanan dan keselamatan.
Lebih-lebih lagi dalam konstelasi politik antarabangsa, kedudukan umat Islam benar-benar tertinggal jauh di belakang. Potensi mereka yang luar biasa justeru menjadi sumber bencana. Negeri mereka dikerat-kerat dan menjadi jajahan negara-negara besar. Sumber daya alam mereka dijarah dan para penguasanya rela menjadi ‘pak turut’ penjajah hanya demi mempertahankan tampuk kekuasaan.
Muharam dan Keadaan Gaza
Apa yang terjadi di Gaza Palestin menjadi bukti tidak berdayanya umat Islam secara global. Sebanyak 2.4 bilion umat Islam yang ada di lebih 50 negeri, ternyata tidak mampu menghentikan kekejaman 10.10 juta penduduk Yahudi yang membantai muslim Gaza yang tidak berdosa.
Hampir dua tahun muslim Gaza mengalami genosid. Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan, sejak Oktober 2023 hingga 22 Jun 2025, mangsa syahid sudah mencapai hampir 56,000 jiwa, sedangkan 131,200 jiwa lainnya cedera. (Anadolu Ajansi, 22-6-2025).
Adapun warga yang masih selamat benar-benar hidup terumbang-ambing. Mereka dibayang-bayangi ancaman kematian, baik kerana krisis makanan mahupun ancaman serangan ganas senjata Zionis yang tidak pernah berhenti.
Ironinya, ini semua terjadi di hadapan mata umat Islam dunia, sedangkan para penguasa mereka hanya sibuk beretorika. Harapannya agar mereka mengerahkan tentera untuk menolong warga Gaza, namun, sebahagian mereka justeru menutup mata dengan alasan menjaga kepentingan negerinya dan menghargai norma-norma hubungan antarabangsa.
Sebahagian negara Arab bahkan berani bersikap kejam. Mesir dan Jordan, misalnya, sanggup mengerahkan tenteranya menutup pintu sempadan —yang bererti menjaga kepentingan penjajah sebagaimana yang mereka inginkan. Sementara penguasa yang lain, tidak terkecuali penjaga Haramain, bertindak seolah tuli-buta. Mereka lebih takut kehilangan kepercayaan Zionis dan Amerika sebagai kawan sejalan, daripada kehilangan iman dengan cara menyerahkan nyawa umat Islam kepada musuh-musuhnya.
Wajar jika dunia marah, lalu menyampaikan berbagai pesan kemanusiaan dengan berbagai cara, mulai dari boikot hingga ke bantuan kemanusiaan. Perhimpunan bela Gaza berlaku di serata dunia, termasuk Aksi Global March to Gaza yang menjadi fenomena.
Sayang, suaranya kini nyaris hilang. Dorongan kemanusiaan ternyata tidak cukup untuk melahirkan perubahan besar. Lebih-lebih lagi saat ini perang proksi Iran versus Zionis-AS berhasil mengalihkan perhatian umat pada sebuah euforia baru soal kebangkitan. Seakan-akan Palestin akan turut dibebaskan dan bandul sejarah umat Islam pun akan naik ke permukaan. Namun, benarkah demikian?
Pentingnya Kebangkitan Ideologi Umat Islam
Peristiwa genosid muslim Gaza semestinya memberi pelajaran besar bahawa solusi bagi masalah ini tidak ada pada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan para pemimpin negara-negara adidaya. Bukan juga ada pada para penguasa muslim dunia, apatah lagi para pemimpin Arab yang sudah terkena penyakit wahn.
Sejatinya, kunci persoalan Palestin dan masalah umat Islam dunia lainnya hanya ada di tangan mereka sendiri. Kunci itu adalah hadirnya kekuatan politik umat berupa kepemimpinan Islam global bernama Khilafah yang tegak atas dasar ideologi Islam.
Inilah yang semestinya menjadi visi perjuangan umat Islam saat ini. Visi ini hanya mungkin lahir dari kesedaran ideologi bahawa ajaran Islam adalah solusi bagi masalah kehidupan. Jadi, Islam bukan hanya agama ritual yang sebatas mengurus urusan ibadah dan moral sebagaimana yang selama ini diajarkan.
Islam adalah sebuah ideologi yang Rasulullah ﷺ wariskan, yakni ajaran Islam yang melahirkan visi global. Dengan visi inilah umat Islam mampu tampil sebagai umat pilihan, yang memimpin peradaban cemerlang dalam rentang waktu yang sangat panjang.
Momentum hijrah Nabi SAW dan para sahabat, justeru menjadi ajang pembuktian. Beliau mengasas sebuah negara adidaya yang ditakuti kawan mahupun lawan. Keberadaannya bahkan berjaya mengubah konstelasi politik global. Perlahan tetapi pasti, kepemimpinan adidaya Romawi Timur (Bizantium) yang Nasrani dan Persia yang Majusi digantikan oleh adidaya baru, yakni kekhalifahan Islam.
Pada era ini, umat Islam hidup penuh kemuliaan. Kesejahteraan dan keberkahan mereka rasakan hingga tahap yang menakjubkan. Semua urusan mereka diatur Khilafah hanya dengan syariat Islam, termasuk urusan luar negerinya yang kental dengan visi penyebarluasan risalah sebagai rahmat bagi seluruh alam.
Keberadaan institusi Khilafah juga berjaya mengantarkan umat Islam tampil sebagai entiti yang khas, mandiri, dan berdaulat. Bukan sekadar satu dua abad, Khilafah Islam mampu bertahan menjadi negara pertama hingga belasan abad. Sepanjang masa itu, Khilafah mampu tampil sebagai matahari yang menerangi Eropah dan dunia yang masih dalam kegelapan.
Wajar jika para pemimpin kaum kafir menyimpan rasa iri dan dendam mendalam, hingga berbagai makar mereka lakukan untuk menghapus Khilafah dari konstelasi politik antarabangsa. Dengan segala daya upaya, mereka terus berusaha menghapus keberadaannya dari benak dan cita-cita umat Islam, terutama dengan menebar racun fahaman kebangsaan (nasionalisme) dan memecah-belah mereka kepada konsep negara bangsa.
Hijrah dan Perubahan
Saat ini, Islam dan Khilafah tidak lagi wujud dalam kehidupan umat Islam sejak ianya berjaya diruntuhkan pada 1924 melalui konspirasi Barat dan para ejennya dari kalangan kaum muslim. Sejak saat itu, setiap sendi kehidupan umat Islam diatur oleh kepemimpinan sekular kapitalisme yang sejatinya hanya mampu melahirkan berbagai penderitaan hinggalah sekarang. Tentu saja umat Islam tidak boleh terus-menerus diam. Situasi ini sepatutnya menyedarkan kita bahawa urgensi perubahan hendaklah terus didengungkan.
Namun, perubahan itu tidak boleh hanya sebahagian dan personal, melainkan perlu menyasar akar persoalan dan dilakukan dalam skala global. Caranya adalah dengan mencampakkan sistem sekular kapitalisme liberalisme yang menafikan peranan Islam dalam pengaturan kehidupan. Sistem inilah yang terbukti melahirkan berbagai aturan yang jauh dari fitrah penciptaan manusia, alam, dan kehidupan. Aturan ini lahir dari akal fikiran manusia yang lemah dan terbatas. Bukannya membawa kebaikan, sistem ini ternyata menjauhkan umat dari kemuliaan, bahkan menjadi jalan penjajahan atas umat Islam.
Walhasil, peringatan momentum hijrah seharusnya menjadi modal bagi kaum muslim untuk menemukan jati dirinya kembali sebagai sebaik-baik umat. Ini sebagaimana peristiwa hijrah Rasulullah ﷺ yang membawa spirit perubahan masyarakat dari jahiliah menuju terwujudnya peradaban luhur dan cemerlang, yakni peradaban Islam.
Peristiwa hijrah telah menyatukan umat secara benar dan nyata dalam satu akidah dan satu kepemimpinan. Peristiwa ini juga yang menandai tegaknya sebuah sistem politik yang mampu menggerakkan semua kekuatan umat, mengurus urusan kemaslahatan mereka dengan hukum-hukum syarak, membela mereka, dan membebaskan mereka dari segala bentuk kezaliman, sekaligus menjaga kewibawaan mereka di atas segala bangsa.
Sistem ini juga yang telah berjasa menyampaikan keindahan agama Islam sekaligus menebar kebaikan hingga sampai ke seluruh pelosok dunia, termasuk ke negeri kita, Nusantara. Hingga Islam benar-benar terasa sebagai rahmat bagi seluruh alam tatkala benar-benar ditegakkan.
Sayangnya, spirit hijrah yang terkait dengan Muharam seperti ini nyaris hilang, sekalipun momentumnya terus diperingati berulang-ulang. Ini kerana peristiwa hijrah yang terkait dengan momentum Muharam hanya dipandang sebagai peristiwa sejarah masa lalu yang tidak ada hubungannya dengan masa depan. Makna hijrah dan Muharam telah dimaknai hanya sebatas urusan perubahan individual, bukan kebangkitan secara komuniti.
Meneruskan Perjuangan
Oleh itu, menjadi tugas kita untuk meluruskan kembali makna hijrah dan momentum Muharam bagi umat Islam. Bahawa hijrah bukan sekadar berpindah keadaan, apatah lagi hanya sebatas urusan individual. Muharam dan peristiwa Hijrah adalah momentum umat Islam menuju kebangkitan hakiki dengan jalan berjuang mewujudkan tegaknya syariat Allah di bawah naungan satu kepemimpinan, yakni Khilafah Islam yang berjalan di atas minhaj kenabian.
Kehadiran Khilafah pada era sekarang sejatinya telah Allah janjikan, tetapi sudah tentu perlu diperjuangkan. Urgensi dan kewajipannya tidak boleh ditolak, baik daripada sumber dalil mahupun realiti yang dihadapi umat Islam. Khilafah adalah harapan pembebasan dan kemuliaan, termasuk pembebasan Tanah Gaza Palestin dari cengkaman penjajahan melalui komando Khilafah untuk jihad fii sabilillah.
Kepemimpinan Khilafah ini pasti hanya boleh wujud melalui dakwah membangun kesedaran politik berideologi Islam di tengah umat, bukan sekadar merebut kekuasaan, apatah lagi dengan jalan keganasan. Dakwah yang dimaksud adalah dakwah yang dimulai dengan merevitalisasi akidah umat sehingga menjadi akidah produktif yang mendorong ketaatan untuk segera menerapkan Islam kaffah dalam naungan kepemimpinan Khilafah Islam.
Jalan dakwah seperti ini telah pun baginda Rasulullah ﷺ contohkan. Tugas kita adalah memahami sejarah dan tuntunan syariat, lalu menjalaninya dengan ikhlas, sabar, dan istiqamah.
Allah Taala berfirman, “Katakanlah (Muhammad), ‘Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.’.” [TMQ Yusuf (12): 108]
Sumber: https://muslimahnews.net/2025/06/26/37303/
#MuhasabahHijrah #AwalMuharam #UrgensiKhilafah #HijrahHakiki #1447Hijrah