[Mafahim Islamiyyah] Keperibadian (Bahagian 7/9)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Firman Allah SWT, “Dan dalam kalangan manusia ada yang membicarakan tentang kehidupan di dunia yang mengagumkan engkau (Muhammad), dan dia menjadikan Allah sebagai saksi atas apa yang ada dalam isi hatinya, padahal dia adalah penentang yang paling kuat. Dan apabila dia berpaling (daripada engkau), dia berusaha bumi untuk melakukan kerosakan di bumi serta merosakkan tanam-tanaman dan haiwan ternak, sedangkan Allah tidak suka akan kerosakan.” [TMQ Al-Baqarah (2): 204—205].
Pola fikir mereka yang ditunjukkan oleh ucapan mereka menampakkan seakan-akan mereka itu orang-orang muslim. Mereka lalu berkata, “Kami beriman kepada Allah, kepada Rasul-Nya, dan kepada Hari Akhir.” Ini sebagai tambahan dalam penyembunyian mereka. Mereka bersaksi kepada Allah atas kebenaran isi hatinya.
Namun kecenderungan mereka selalu berjalan mengikut pemahaman kufur. Ini kerana kekufuran merupakan akidah mereka. Mereka beraktiviti bagi memenuhi naluri-naluri dan keperluan jasmani mereka dengan mengikuti pemahaman-pemahaman kufur. Mereka lalu melakukan kerosakan di bumi, memprovokasi manusia, dan mencari-cari alasan dengan alasan yang sangat lemah. Ini semua agar mereka boleh meninggalkan perang (jihad). Bahkan mereka merintangi dan membuat orang lain kecewa sebagaimana mereka menarik diri daripada pasukan perang kaum muslim sebelum berhadapan dengan kaum musyrikin dalam perang Uhud.
Keperibadian tidak khas juga merupakan keperibadian yang mengambil satu kaedah atau beberapa kaedah tertentu sebagai standard (parameter) bagi pemikiran dan kecenderungannya, yakni pola fikir dan pola fikirnya. Akan tetapi satu kaedah atau beberapa kaedah ini tidak memberikan pemikiran menyeluruh tentang alam semesta, manusia, dan kehidupan.
Oleh kerana itu, kaedah atau beberapa kaedah tersebut tidak dapat memancarkan sistem menyeluruh yang mengatur semua interaksi manusia. Kaedah tersebut hanya memancarkan sistem-sistem yang mengatur sebahagian interaksi-interaksi tersebut. Contohnya adalah agama Nasrani sekarang yang mengatur sebahagian daripada naluri-naluri dan keperluan jasmani. Dengan demikian, penganutnya terpaksa memenuhi naluri-naluri yang ada dan keperluan jasmaninya sesuai dengan kaedah-kaedah dan sistem lainnya.
Keperibadian tidak khas kadang-kadang menjadi keperibadian yang kacau. Pemilik keperibadian tidak khas ini tidak membuat kaedah atau kaedah-kaedah yang tetap untuk pola fikir dan pola sikapnya. Akibatnya pemikiran dan kecenderungannya terhadap segala sesuatu dan perbuatan saling bertentangan, kontradiktif, berbeza-beza, dan terpengaruh oleh keadaan dan persekitaran dari waktu ke waktu. Oleh kerana itu, pemilik keperibadian ini tidak mengambil kaedah tertentu yang tetap untuk menghukumi segala sesuatu dan perbuatan.
Dia mengeluarkan hukum-hukum yang berbeza-beza terhadap satu perkara, seperti mengharamkan daging terhadap dirinya. Kemudian, dia menarik kembali hukum itu dan dia menghalalkan daging itu. Dia juga tidak mengambil kaedah tertentu yang tetap untuk pola sikapnya. Dia cenderung memenuhi naluri beragama dengan menyembah matahari, tetapi pada waktu yang lain, dia meninggalkan hal tersebut. Kemudian dia cenderung kepada menyembah sungai dan seterusnya.
Keperibadian tidak khas kadang-kadang bersifat stagnant (tidak berkembang). Orang yang memiliki keperibadian tersebut menjadikan sebuah kaedah atau kaedah-kaedah yang kukuh untuk menghukumi perbuatan dan segala sesuatu (benda-benda) yang terindera olehnya. Akan tetapi sebuah kaedah atau kaedah-kaedah tersebut tidak memadai untuk menghukumi segala sesuatu dan aktiviti yang baru muncul.
Dia membatasi kecenderungannya dengan mengikuti kaedah-kaedah yang beku ini sehingga dia tidak menjadi subjek (pemberi solusi) terhadap realiti yang berlaku di sekelilingnya. Dia selalu stagnant dalam pemikiran dan kecenderungannya, serta tidak dapat mengendalikan keduanya. Dalam tasharruf, dia ibarat robot. Manusia menetapkan waktu-waktu mereka pada waktu lalu lalangnya manusia di jalan raya.
Apabila menghadapi peristiwa-peristiwa baru, dia termenung di hadapannya dengan hati yang kosong (tidak berfungsi) dan dengan perasaan yang membeku (menjadi bodoh). Dia tidak ada pemikiran-pemikiran untuk menghukumi peristiwa-peristiwa tersebut. Dia juga tidak dapat mengawal kecenderungannya di hadapan peristiwa-peristiwa itu.
Pembentukan Keperibadian Islam
Firman Allah SWT, “(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi.” [TMQ Ali Imran (3): 191].
Manusia mendapatkan pengetahuan-pengetahuannya melalui jalan inderanya. Dua pancaindera terpenting untuk mendapatkan pengetahuan-pengetahuan tersebut adalah pendengaran dan penglihatan. Allah SWT berfirman, “Dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan, dan hati.” [TMQ Al-Ahqaf (46): 26].
Juga firman-Nya, “Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu sekalian pendengaran, penglihatan, dan hati Nurani…” [TMQ Al-Mukminun (23): 78].
Firman-Nya yang lain, “Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan, dan hati nurani bagi kamu, (tetapi) sangat sedikit kamu bersyukur.” [TMQ Al-Mulk: 23].
Penglihatan dan pendengaran adalah dua pancaindera yang dengan keduanya manusia dapat menerima majoriti pemikirannya, walau tidak semua pemikirannya.
Untuk membentuk keperibadian Islam adalah dengan memberikan pemikiran-pemikiran yang diperlukan untuk membentuk pola fikir dan pola jiwanya. Sedangkan metode yang paling tepat untuk memberikan pemikiran-pemikiran ini sekaligus mengambilnya adalah metode transfer pemikiran (at-talaqiy al-fikry).
Dengan metode ini, manusia mengambil pemikiran-pemikirannya melalui pendengaran atau melalui bacaan, lalu dia mendengar atau membaca lafaz-lafaz dalam kalimat-kalimat yang memiliki makna. Kemudian dia memahami makna-maknanya yang asli (sebenarnya), bukan makna-makna yang dia kehendaki atau makna-makna yang dikehendaki oleh orang yang mensyarahkan.
Dengan demikian, dia memahami penunjukkan-penunjukkan (madlul) daripada makna-makna itu sepertimana hakikatnya. Ketika itu pemikiran-pemikiran ini menjadi pemahaman-pemahaman (mafhum) bagi orang yang menerimanya, bukan hanya lafaz-lafaznya. Pemikiran-pemikiran itu memiliki penunjukkan-penunjukkan yang terindera sehingga dia mampu menggambarkannya dengan bahasanya.
Dia juga mampu mentransfer pemikiran-pemikiran ini kepada orang lain melalui metode yang sama sepertimana yang dia terima pemikiran-pemikiran itu, iaitu metode transfer pemikiran (at-talaqqy al-fikry)”.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.
#MafahimIslamiyyah #PolaFikir #PolaSikap #PemikiranIslam #MafahimIslam