Sisi Gelap Media Sosial
Oleh: Ika Mawarningtyas
Media sosial itu bagaikan pedang bermata dua. Jika ianya tidak dimanfaatkan dengan baik, justeru boleh mendatangkan kemudaratan bagi penggunanya. Oleh sebab itu, dalam penggunaannya harus tetap berpijak pada pedoman yang benar, yakni sesuai dengan syariat Islam.
Islam memandang media sosial atau dunia maya sebagaimana kehidupan di dunia nyata. Dalam berucap dan meng’klik’ perlu tetap menggunakan koridor Islam. Hanya saja ketika seseorang mengabaikan Islam, kesannya sangat nyata. Berikut adalah sisi gelap media sosial yang mengancam keluarga:
Pertama, kecemburuan sosial. Faktanya, sistem hari ini menciptakan jurang yang begitu besar antara si kaya dan si miskin. Di satu sisi, “kesempurnaan” yang ditunjukkan oleh orang lain yang tidak realistik sering menyebabkan kecemburuan sosial. Apabila hal ini tidak bijak disikapi justeru berpotensi memicu rasa dengki, kejahatan, dan tindakan jenayah yang lain.
Kedua, ketagih dan merosakkan otak. Perbandingan antara tayangan yang bermanfaat dan yang sebaliknya di media sosial sangat jauh, alias yang merosakkan lebih banyak daripada yang bermanfaat. Content pornografi, pornoaksi, pinjaman online, bahkan sehingga judi online sangat mudah diakses dengan modal sentuhan jejari di tetikus sahaja. Lebih-lebih lagi di saat tidak ada kawalan oleh negara, sehingga content sampah lebih banyak daripada content yang bermanfaat. Hal ini dapat menurunkan tahap prestasi otak, sehingga menurunkan produktiviti dan fokus disebabkan paparan content sampah tersebut.
Ketiga, penghinaan dan bullying verbal. Di media sosial menjadi medium untuk menghina dan membuli. Pengguna media sosial tidak berhubung secara langsung menyebabkan pengguna lebih cenderung membuat sesuatu tanpa berfikir panjang. Jari-jemari lebih laju menaip dan menekan berbanding akal. Maksudnya, apa yang di’klik’ tidak difikirkan terlebih dahulu, sedangkan semuanya itu akan dihisab kelak. Apa yang berlaku di media sosial bukan nuansa amar makruf nahi mungkar tetapi lebih banyak menghina, mengumpat, bahkan membuli (cyber bully).
Keempat, privasi dan keselamatan data. Risiko berlakunya kebocoran informasi. Dalam tata kehidupan yang kapitalistik dan sekular, mudah berlakunya penyalahgunaan data kerana sistem ini menciptakan keperibadian yang menghalalkan segala cara demi menuruti kemahuannya, termasuk dalam penjualan data hingga berlaku pengintipan demi mendapatkan duit dengan mencuri data.
Kelima, mengundang kecurangan, perceraian, dan keretakan rumah tangga. Media sosial bukanlah faktor utama berlakunya curang, tetapi ianya boleh menjadi jalan yang memudahkan berlakunya kecurangan. Keimanan yang lemah dan pergaulan bebas baik di dunia nyata mahupun maya adalah faktor berlakunya pengkhianatan. Apatah lagi dengan content yang mendorong syahwat sangat mudah ditemui di media sosial ditambah lagi dengan lemahnya negara dalam mengambil tindakan terhadap akaun-akaun porno tersebut.
Sisi gelap media sosial boleh membawa kesan negatif terhadap umat, apatah lagi jika tidak disikapi dengan syariat Islam. Oleh kerana itu, Islam tidak cukup diterapkan dalam skala individu, tetapi perlu diimplementasikan dalam segala aspek kehidupan untuk mendapatkan perlindungan dan penjagaan Islam dari sisi gelapnya media sosial saat ini.[]
Sumber: Ngaji Shubuh
#sosmed #mediasosial #cyberbully