MENDIDIK ANAK ‘JELITA’
Oleh: Ustazah Yanti Tanjung
Terdapat satu fasa yang perlu diperhatikan dan tidak boleh dilepaskan oleh ibu bapa, iaitu fasa anak JELITA (Jelang Lima Tahun). Kerana di saat anak memasuki usia lima tahun, adalah masa anak pra-sekolah di mana secara perkembangan fizikal, akal dan gharizah, anak mesti sudah mula mendapat pola. Jika tidak dimulakan pada usia ini, maka ibu bapa akan mendapat kesukaran dalam mendidik anak di peringkat seterusnya.
Ramai ibu bapa tertanya-tanya kenapa dalam usia remaja anak-anak masih belum terikat dengan syariat Islam, tidak mahu terikat dengan peraturan yang dia fikirkan mengekang padahal untuk mendisiplinkan. Kemungkinan besar mereka tidak mendapatkan pendidikan yang tuntas dan benar semasa berusia 5 tahun.
Menghampiri usia lima tahun, anak mula bekerjasama dan mencari persahabatan dalam bermain, sudah tidak seronok bermain sendirian. Anak akan mencari suasana baru bermain bersama di mana dalam permainan itu mereka akan tunduk pada prinsip atau peraturan permainan tertentu. Di sinilah anak mula berminat dengan peraturan permainan yang dia anggap bermanfaat untuk dirinya dan untuk orang lain yang akan dia tunjukkan kepada orang dewasa di sekelilingnya. Jika ada di antara rakannya yang tidak mematuhi pada peraturan bermain, maka dia akan melaporkan kepada ibunya atau gurunya bahawa rakannya melanggar peraturan.
Pentingnya peraturan dalam bermain bagi anak-anak dalam usia ini adalah pembelajaran yang berharga, di sinilah anak mula belajar bahawa kehidupan ini ada peraturannya, sesiapa yang melanggar peraturan akan menerima akibatnya.
Dalam fasa ini juga, anak-anak perlu mendapat komuniti bermainnya untuk dijadikan pengalaman-pengalaman belajar yang berguna untuk mengasah pemikiran dan emosi. Ramai ibu bapa yang bersikap protektif pada usia ini sehingga anak tidak dicari oleh kawan kerana bimbang konflik persahabatan dalam permainan, walaupun konflik sangat diperlukan oleh anak-anak dalam pembelajaran kehidupan, bahawa setiap masalah ada solusinya dan ada (qaidah) standard yang mesti diterapkan.
Jadi pada usia ini, menetapkan standard dalam wilayah perbuatan anak-anak sangat penting, agar ibu bapa dapat menyelesaikan beberapa masalah terkait sifat yang tercela dalam diri anak-anak, seperti rasa iri hati dan dengki terhadap harta orang lain, berkata bohong, mencuri, mengadu domba dll.
Standard perbuatan ini juga untuk mengehadkan anak-anak melakukan kesalahan sejak kecil dan menilai tindakan mana yang benar dan mana yang salah sejak kecil.
Jadi, dalam perkara ini ibu bapa mesti merujuk kepada standard perbuatan halal dan haram sahaja dalam mengikat anak-anak dengan prinsip perbuatan. Dengan fokus utama untuk mencegah mereka agar tidak terjerumus ke dalam perkara yang dilarang, seperti mencegah berbohong, mencuri, menyerang, dan menyakiti orang lain.
Kedua, melatih anak untuk melaksanakan kewajipan seperti memberi salam, berdoa, meminta izin pada waktu-waktu tertentu, bekerjasama dengan orang lain, dan membuat kerja sekolah.
Kemudian, yang menjadi fokusnya adalah berpegang teguh pada prinsip pergaulan dan bersopan santun kepada orang lain, sehingga apabila anak mencapai usia baligh, anak sudah mempunyai nilai yang dia gunakan untuk menilai perbuatannya sendiri dan perbuatan orang lain berdasarkan standard perbuatan tersebut. Wallaahu a’lam bishshawab.
Sumber:
Dunia Parenting
#KeluargaMuslimIdeal #KeluargaTarbiyah #DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat #IslamicParenting #PendidikanAwalAnak