[Mafahim Islamiyyah] Penggunaan Istilah (Bahagian 1/2)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Bahasa adalah himpunan lafaz dan susunan (tarkib) yang dibuat untuk suatu maksud (yang dikehendaki). Bahasa berfungsi sebagai sarana untuk saling memahami dan mengerti antara manusia kerana manusia pada dasarnya beradab dan berbudaya. Manusia perlu hidup bersama manusia lain. Oleh kerana itu, mereka sangat memerlukan sarana untuk saling memahami dan saling mengerti dalam interaksi mereka.
Mereka membuat istilah-istilah dengan menyusun lafaz-lafaz tertentu untuk menunjukkan makna tertentu supaya mereka dapat menyatakan apa yang ada dalam diri mereka dari gambaran minda terhadap sesuatu dan perbuatan. Bahasa tidak selalunya mempunyai penunjukan secara pasti terhadap hakikat realiti dan fakta.
Bahasa hanyalah ungkapan apa-apa yang wujud dalam benak tentang gambaran realiti. Oleh kerana itu, kadang-kadang lafaz-lafaz dan susunan-susunan itu sesuai dengan realiti, atau sebaliknya. Kadang-kadang manusia melihat sesuatu dari jauh, lalu dia menamakannya dengan lafaz “batu”. Setelah dia mendekatinya, dia fikir ia adalah pokok, lalu dia menamakannya dengan lafaz “pokok”. Namun, apabila semakin dekat, dia menyedari sesuatu itu hanyalah rangka kereta yang terbakar.
Jadi, makna yang keluar bagi sesuatu itu tidak pernah berubah walaupun lafaznya berubah. Namun, yang berubah hanyalah gambaran yang berhubungan dengan hati bagi sesuatu itu. Gambaran tersebut telah dibentuk oleh manusia dalam otak mereka melalui Indera-indera (deria).
Dengan demikian, bahasa hanyalah gambaran benak yang dicipta bagi suatu lafaz. Maksudnya, bahasa adalah sarana pemikiran, bukan bererti pemikiran. Pemikiran adalah memberi hukum terhadap realiti, sedangkan alat yang digunakan untuk mengungkapkan hukum tersebut kepada orang lain adalah bahasa.
Bahasa Arab, seperti bahasa-bahasa lain, dibuat oleh orang Arab. Tujuannya supaya lafaz-lafaz dan susunan-susunannya menunjukkan makna-makna benak terhadap sesuatu (benda) dan perbuatan. Bahasa merupakan taufiqiyyah (kesepakatan), bukan taufiqiyyah (berasal daripada Allah SWT), yani kesepakatan orang Arab. Mereka membuat lafaz untuk manusia lelaki dan perempuan yang telah baligh.
Mereka juga membuat lafaz harimau, unta, pedang, dan lain-lain. Ketika Allah SWT mengutus Rasulullah SAW kepada orang Arab untuk menyampaikan Islam kepada mereka, maka Allah SWT telah memilih Muhammad SAW sebagai Rasul dari kalangan mereka. Rasulullah SAW menyeru mereka dalam bahasa yang mereka telah membuat istilahnya.
Pakar bahasa dan usul telah mencurahkan perhatiannya terhadap bahasa Arab setelah abad pertama Hijrah. Pada saat itu, orang Arab telah bercampur dengan orang bukan Arab, seperti orang Parsi dan Rom.
Pakar bahasa dan ulama usul telah membuat kaedah-kaedah bahasa, serta kamus-kamus untuk memelihara dan memudahkan aktiviti belajar dan mengajar mereka. Dengan demikian, bahasa Arab adalah bahasa al-Quran al-Karim, bahasa Al-Hadis as-Syarif, dan bahasa rasmi Daulah Islamiyyah. Berdasarkan penelitian terhadap lafaz-lafaz bahasa, mereka telah mendapati bahawa bahasa itu menunjukkan tiga hakikat.
Pertama, Haqiqat lughawiyah wadh’iyah (hakikat bahasa buatan manusia). Hakikat bahasa ini adalah lafaz-lafaz yang asalnya telah dibuat oleh orang Arab untuk menunjukkan makna-makna tertentu terhadap nama sesuatu dan nama perbuatan. Sedangkan yang kedua dan ketiga ialah lafaz yang telah dipindahkan dari makna-makna asalnya kepada makna urfiy atau makna syarie.
Kedua, Haqiqat lughawiyah urfiyah (hakikat bahasa yang berkaitan dengan tradisi). Hakikat bahasa ini adalah sesuatu yang telah dipindahkan oleh pakar bahasa yang biasanya berhujah dengan bahasa mereka dari makna lughawi wad’iy kepada makna lain yang telah masyhur. Seterusnya, penunjukan terhadap makna pertama tidak terpakai lagi, seperti kata yang orang Arab telah menjadikan makna asalnya untuk menunjukkan terhadap setiap sesuatu yang melata di bumi, seperti manusia dan haiwan.
Kemudian mereka memindahkan lafaz tersebut sehingga hanya untuk menunjukkan terhadap haiwan berkaki empat dan meninggalkan makna pertama. Jadilah makna lafaz yang baru, iaitu haqiqah lughawiyah urfiyah. Apabila disebut tanpa indikasi, maka merujuk kepada haiwan berkaki empat.
Terdapat juga haqiqah urfiyah khoshoh (hakikat bahasa yang berkenaan dengan tradisi yang khusus). Istilahnya telah dicipta oleh pakar dalam setiap bidang. Contohnya, istilah yang dicipta oleh para pakar dalam bidang nahu, pakar kimia terhadap lafaz, dan para jurutera (ahli ukur/geometri) untuk lafaz khusus yang berkaitan dengan bidang-bidang di atas. Semuanya tanpa meninggalkan makna-makna dan penggunaannya secara lughawiyah wadhiyah.
- Haqiqat lughawiyah syar’iyah (hakikat bahasa yang dicipta oleh syarak). Haqiqat lughawiyah syar’iyah adalah lafaz yang telah dipindahkan oleh syarak kepada makna selain daripada makna lughawi yang telah diciptakan untuk mereka. Makna lughawi wadhi’iy “doa”, lalu syarak telah memindahkannya kepada makna yang baru, iaitu aktiviti tertentu yang telah diperintahkan oleh Syarik (pembuat syariat). Contohnya, rukuk, sujud, dan rukun solat yang lain. Termasuk perkataan syarak ialah lafaz zakat, jihad, Islam, kufur, iman, dan lain-lain.
Oleh itu, apabila kita mendengar atau membaca suatu lafaz, seperti “solat” dan “Islam”, terlintas dalam pemikiran mengenai makna syarie yang telah ditunjukkan oleh lafaz tersebut. Apabila lafaz itu seperti lafaz atau, maka terlintas dalam pemikiran mengenai makna urfiy yang telah ditunjukkan oleh lafaz tersebut.
Apabila orang yang mendengar atau membacanya tidak memahami makna lafaz dalam nas syarak, maka hendaklah dia meneliti makna syariah. Jika ada, maka ambillah. Namun jika tidak ditemui, maka hendaklah dia meneliti makna urfiy. Jika dijumpai, maka ambillah. Jika tidak ditemui, maka hendaklah dia mengambil makna lughawi wadh’iyah.
Ini dengan menisbahkan kepada lafaz-lafaz dan terminologi bahasa Arab. Terdapat juga dengan dinisbahkan pada terminologi moden yang masih menggunakan huruf-huruf asing, seperti demokrasi, ideologi, dan strategi. Begitu juga yang telah diterjemahkan ke bahasa Arab, seperti kebebasan umum, keadilan sosial, dan hak asasi manusia (HAM), serta bahasa asing yang di-Arab-kan, seperti undang-undang, parlimen, dan televisyen.
Oleh itu, istilah-istilah tersebut mempunyai makna-makna dan realiti yang ditunjukkannya. Ini kerana para pembuat isitilah, baik dari Yunani, Rom, atau Britain, telah memaksudkan lafaz-lafaz tersebut untuk makna-makna tertentu dan terbatas. Kemudian ketika mereka memindahkan istilah-istilah atau ia dipindahkan kepada kita, maka kita harus menggunakannya sesuai dengan maksud asalnya yang dikehendaki oleh para pembuatnya.
Jika kita menggunakannya tidak sesuai dengan makna asalnya, maka satu istilah boleh menunjukkan lebih daripada satu makna. Ini boleh menjadi penyebab berlakunya campur aduk dan karut-marut pemahaman. Ini akan mendatangkan pengambilan makna-makna dan pemikiran yang tidak dibolehkan oleh Islam dan haram mengambil kebijakan (tashorruf) atas dasarnya.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.
#MafahimIslamiyyah #Istilah #Bahasa #Lafaz