[Mafahim Islamiyyah] Penggunaan Istilah (Bahagian 2/2)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Islam melarang sama sekali penggunaan lafaz dan istilah yang tidak sesuai dengan maksud asalnya. Allah SWT berfirman, “Orang yang memakan (mengambil) riba itu tidaklah berdiri (ketika bangkit dari kubur-kubur mereka) melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan disebabkan penyakit gila yang menyerang mereka. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berjual-beli itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.” [TMQ Al-Baqarah (2): 275].
Dalam ayat ini terdapat larangan keras dengan memakai istilah “riba” untuk menunjukkan makna “bai” atau sebaliknya. Allah SWT telah menetapkan hukuman ke atas mereka kerana memakan riba dan ucapan mereka, “Sesungguhnya jual beli (bai’) itu sama dengan riba.” Oleh itu, menurut syarak, kita tidak dibenarkan menggunakan perkataan ‘faedah’ untuk menunjukkan makna ‘tambahan ribawi’ kerana makna dan realiti perkataan tersebut tidak sesuai dengan makna dan realiti perkataan yang lain.
Allah SWT berfirman, “Orang-orang Arab Badwi berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sedangkan iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu, tetapi katakanlah: “Kami telah Islam”.…” [TMQ Al-Hujurat (49): 14].
Realiti mereka menunjukkan bahawa makna Islam adalah sesuatu yang diterapkan terhadap mereka dan itu bukan iman. Sesungguhnya maksud iman itu bukanlah Islam. Ini bermakna bahawa tidak boleh digunakan salah satu dari kedua-duanya sebagai ganti dari yang lain.
Oleh kerana itu, dalam agama Islam, kita tidak boleh mengatakan kebebasan umum kerana ia merupakan istilah kapitalis Barat yang bermaksud kebebasan berakidah, kebebasan berpendapat, kebebasan pemilikan, dan kebebasan individu (bertingkah laku). Makna-makna tersebut tidak ada dalam Islam.
Jika seorang muslim telah murtad daripada Islam dan tidak mahu kembali kepada Islam, maka hukumannya adalah dibunuh. Jika pendapat seorang muslim itu menyakiti orang lain tanpa hak, maka dia dikenakan hukuman. Dilarang atasnya memiliki, selain melalui sebab-sebab yang telah dijelaskan oleh syarak. Dia terikat dalam tingkah laku individu dengan hukum-hukum Islam. Jadi, keempat-empat kebebasan di atas tidak ada dalam Islam, malah mempropagandakan dan melaksanakannya adalah haram menurut syarak.
Begitu juga dengan demokrasi, iaitu pemerintahan daripada rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat, seperti definisi yang telah dikemukakan oleh penganut demokrasi. Jelas tidak dibenarkan untuk menggunakan atau menerimanya. Realiti dan makna yang ditunjukkannya bercanggah dengan Islam, kerana hukum dalam Islam itu adalah milik Allah, bukan milik rakyat. Juga tidak boleh menghiasi demokrasi untuk mengubah maknanya, seperti orang mendakwa bahawa demokrasi adalah sarana dan mekanisme untuk membuat keputusan dan berdialog. Demokrasi bukan mazhab ideologi yang kontradiktif (bertentangan) dengan Islam sehingga boleh bagi orang-orang Islam untuk mengambilnya.
Ternyata demokrasi adalah pemikiran mendasar yang berasal daripada akidah “pemisahan agama dari kehidupan”. Akidah tersebut adalah akidah kufur yang tidak boleh diambil dan tidak boleh berhukum kepada sistem yang berasal daripadanya.
Namun, apabila makna lafaz atau istilah yang datang kepada kita mempunyai makna yang diakui oleh Islam, maka tidak ada larangan menggunakan dan menyeru kepadanya. Al-Quran telah menggunakan perkataan yang telah di-Arab-kan yang berasal daripada perkataan asing (d’jamiy). Oleh sebab itu, kita boleh-sekadar contoh- mengguna istilah undang-undang dasar dengan makna asing yang telah dibuat untuk itu, iaitu undang-undang umum yang menjelaskan bentuk negara, sistem pemerintahan negara, dan kuasa pemerintah kerana makna tersebut ada dalam Islam.
Dengan demikian, kita boleh mengatakan undang-undang dasar Islam bagi kumpulan fasal-fasal yang digali dari al-Quran dan sunnah. Namun, jika istilah tersebut mempunyai makna yang tidak diakui (ditetapkan) oleh Islam, maka tidak boleh menggunakannya dan berdakwah kepadanya, seperti istilah sosialisme (isytirakiyah) dan kekuasaan legislatif (as-sulthah at-tasyri’yah) kerana tidak sesuai dengan Islam atau bertentangan dengannya.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa sahaja membuat model dalam perkara (agama) kami ini sesuatu yang tidak ada padanya, maka sesuatu itu tertolak.”
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.
#MafahimIslamiyyah #istilah #bahasa