Bayân al-Mujmal
بَيَانُ الْمُجْمَلِ
Oleh: Ustaz Yahya Abdurrahman
Di dalam al-Quran dan as-Sunnah ada nas-nas yang mujmal. Dalil al-mujmal itu, kerana ketidakjelasan dalâlah-nya atau kerana mengandung lebih daripada satu dalâlah atau makna dan tidak ada keistimewaan yang satu atas yang lain, maka hukumnya belum dapat diamalkan. Padahal asal pada dalil itu adalah diamalkan, bukan diabaikan. Oleh sebab itu, dalil al-mujmal memerlukan dalil lain bagi menjelaskannya.
Jadi semua yang al-mujmal memerlukan al-bayân (penjelasan). Qadhi Abu Ya’la al-Fara‘ (w. 458 H) menjelaskan di dalam Al-‘Iddah fî Ushûl al-Fiqhi, “Adapun apa yang memerlukan al-bayân adalah semua lafaz yang tidak mungkin dilaksanakan hukumnya (tanpa al-bayân). Misalnya firman Allah SWT [ وَآتُوْا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ ] dan [ وَفِيْ أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَعْلُوْمٌ ], juga sabda Rasul SAW:
«أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَقُوْلُوْا لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ فَإِذَا قَالُوْهَا عَصَمُوْا مِنِّيْ دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّهَا»
Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka mengatakan, “Tidak ada Tuhan kecuali Allah.” Jika mereka mengatakan demikian, maka mereka telah melindungi darah dan harta mereka dariku kecuali dengan haknya. (HR al-Bukhari dan Muslim).
Adapun yang mungkin dijalankan menurut lahiriah dan hakikatnya tidaklah memerlukan al-bayân. Sebaliknya, jika yang diinginkan oleh yang menyeru adalah sebahagian yang dikandungnya atau bukan hakikatnya maka perlu penjelasan yang diinginkan itu. Misalnya firman Allah SWT [ فَاقْتُلُوْا الْمُشْرِكِيْنَ ] dan [ وَأَحَلَّ اللهُ الْبَيْعَ ] dan [ وَحُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ ]. Lafaz-lafaz ini maknanya dapat difahami (secara langsung) dan jelas sehingga tidak memerlukan al-bayân”.
Al-‘Allamah Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani rahimahulLâh menyatakan di dalam Asy-Syakhshiyyah al-Islâmiyyah Jilid 3: “al-bayân adalah dalil yang menjelaskan al-mujmal”. Al-Bayân adalah dalil yang telah jelas dalâlah atau maknanya, yang menjelaskan dalil yang al-mujmal.
Penjelasan (bayân) al-mujmal ini tidak perlu menghasilkan dalâlah yang qath’i. Demikian seperti dijelaskan oleh al-‘Abdari yang dikutip oleh az-Zarkasyi di dalam Bahru al-Muhîth fî Ushûl al-Fiqhi: “…Yang menjadi pokok al-bayân adalah dalil, yakni dalil yang telah jelas dalâlah atau maknanya sehingga dapat memberikan penjelasan atas kesamaran atau ketidakjelasan dalil lainnya dan menghasilkan al-‘ilmu (keyakinan) atau dugaan kuat atas dalâlah atau maknanya.”
Bayân al-mujmal itu, kerana merupakan penjelasan atas dalil yang al-mujmal, maka ia mesti berupa dalil juga. Dalil yang al-mujmal itu hanya ada di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Adapun di dalam al-Ijmâ’ dan al-Qiyâs maka tidak ada yang mujmal. Bayân al-mujmal itu terjadi dengan al-Quran, as-Sunnah mutawaatir dan ahad, al-Ijmâ‘ dan al-Qiyâs. Qadhi Abu Ya’la (w. 458 H) menyatakan, “Adapun apa yang dengannya terjadi al-bayân adalah al-Kitab, as-Sunnah, al-Ijmâ‘ dan al-Qiyâs.”
Al-‘Allamah Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani menjelaskan, “Al-Bayân dapat berupa ucapan daripada Allah dan Rasul SAW, juga berupa perbuatan daripada Rasul SAW. Contoh al-bayân daripada Allah adalah firman-Nya [ صَفْرَاءُ فَاقِعٌ لَّوْنُهَا ] sampai akhir merupakan penjelasan untuk firman-Nya SWT [ إِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تَذْبَحُوْا بَقَرَةً ]. Contoh al-bayân berupa ucapan daripada Rasul SAW adalah apa yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi:
«لَمْ يَفْرِضْ رَسُوْلُ اللهِ ﷺ اَلصَّدَقَةَ إِلَّا فِيْ عَشَرَةٍ أَشْيَاءَ: اَلْإِبِلِ وَالْبَقَرِ وَالْغَنَمِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْحِنْطَةِ وَالشَّعِيْرِ وَالتَّمْرِ وَالزَّبِيْبِ وَالسُّلْتِ»
Rasulullah SAW tidak memfardhukan zakat kecuali ke atas sepuluh perkara berikut: unta, lembu, kambing, emas, perak, gandum, bijirin, kurma, kismis dan as-sultu (salah satu jenis bijirin).
Itu adalah penjelasan untuk ayat tentang kefardhuan zakat. Contoh al-bayân berupa perbuatan daripada Rasul SAW adalah apa yang diriwayatkan daripada beliau yang memberitahukan solat dan haji melalui perbuatan beliau.
Beliau bersabda: « صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ » (Solatlah kalian sebagaimana kalian lihat aku solat) (HR al-Bukhari); « أَلَا فَخُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ » (Ingatlah, ambillah dariku manasik haji kalian) (HR Ahmad). Perbuatan beliau untuk solat itu merupakan penjelasan untuk oleh kalian). Perbuatan beliau untuk haji merupakan penjelasan untuk firman-Nya SWT [ وَلِلهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيْلًا ] “Dan antara kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu untuk perjalanan ke sana.” [TMQ Ali Imran (3): 97].
Al-Khathib al-Baghdadi (w. 463 H) menyatakan di dalam Al-Faqîh wa al-Mutafaqqih, “Al-Bayân terjadi dengan ucapan, mafhûm ucapan (mafhûm al-muwâfaqah dan mafhûm al-mukhâlafah, pen.), perbuatan Rasul, al-iqrâr (taqrîr-persetujuan Rasul), isyarat daripada Rasul, tulisan daripada Rasul dan dengan qiyas.”
Menurut Qadhi Abu Ya’la al-Fara (w. 458 H) di dalam Al-‘Iddah fî Ushûl al-Fiqhi, bayân al-mujmal itu boleh datang daripada Allah dalam bentuk ucapan dan tulisan; boleh datang daripada Rasul dengan ucapan, tulisan, perbuatan, isyarat, iqrâr (persetujuan) atas perbuatan yang beliau saksikan dilakukan oleh pelakunya dan tidak beliau ingkari. Bayân juga dengan ad-dalâlah wa at-tanbîh terhadap hukum tanpa nas atau, dalam istilah ulama lainnya, yakni dengan al-qiyâs. Bayân juga terjadi dengan Ijmak.
Menurut Abu al-Muzhaffar as-Sam’ani (w. 489 H) di dalam Qawâti’u al-Adillah fî al-Ushûl, bayân al-mujmal terjadi dalam enam wajah (bentuk). Pertama, dengan ucapan. Ini yang paling besar dan tegas seperti penjelasan nishab zakat dan sabda Rasul SAW. « وَلِلهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيْلًا » (Hukuman potong tangan itu berlaku pada (pencurian) seperempat dinar atau lebih).
Kedua, dengan perbuatan seperti sabda Rasul SAW « صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ » (Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat) (HR al-Bukhari); « أَلَا فَخُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ » (Ingatlah, ambillah dariku manasik haji kalian) (HR Ahmad).
Ketiga, bayân dengan tulisan seperti penjelasan Rasul SAW untuk diyat gigi dan diyat anggota badan dengan tulisan. Begitu juga zakat.
Keempat, bayân rasul SAW dengan isyarat seperti sabda beliau:
«اَلشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا وَهَكَذَا يَعْنِيْ ثَلَاثِيْنَ يَوْمًا ثُمَّ أَعَادَ الْإِشَارَةَ بِأَصَابِعِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ وَحَبِسَ إِبْهَامَهُ فِيْ الثَّالِثَةِ يَكُوْنُ تِسْعَةَ وَعِشْرُوْنَ يَوْمًا»
“Satu bulan begini, begini dan begini, yakni yakni 30 hari.” Kemudian beliau mengulangi isyarat tiga kali itu. Lalu beliau menahan ibu jari beliau pada yang ketiga jadi 29 hari.
Kelima, bayân beliau dengan tafsir (penjelasan) dan itu adalah makna dan ‘illat yang beliau informasikan atas penjelasan hukum seperti sabda beliau tentang jual-beli ruthab (kurma basah) dengan kurma « أَيَنْقُصَ إِذَا يَبِسَ » (Apakah ruthab berkurang jika mengering); juga seperti sabda beliau tentang orang berpuasa yang mencium isterinya « أَرَأَيْتَ لَوْ تَمَضْمَضْتَ » (Bagaimana menurut pandanganmu andai kamu berkumur?).
Keenam, dikhususkan oleh ulama dengan penjelasannya daripada ijtihad mereka. Hal itu adalah apa yang di dalamnya dikedepankan lima bentuk tersebut jika ijtihad itu mengantarkan padanya daripada salah satu di antara bentuknya. Adakalanya daripada pokok yang dengannya cabang ini mu’tabar dan adakalanya daripada tanda atau isyarat (amarah) yang menunjukkannya.
Hal senada disampaikan oleh Fakhruddin ar-Razi (w. 606 H) di dalam Al-Mahshûl, Abu al-Husain al-Bashri (w. 436 H) di dalam Al-Mu’tamad fî Ushûl al-Fiqhi, al-Isnawi (w. 772 H ) di dalam Nihâyah as-Sûl, Ibnu Qudamah (w. 620 H ) di dalam Rawdah an-Nâzhir wa Jannah al-Munâzhir, dan lainnya.
Tentang bayân dengan perbuatan Rasul SAW, Imam Fakhruddin ar-Razi (w. 606 H) di al-Mahshûl menjelaskan, “Ketahuilah bahawa tidak diketahui keberadaan perbuatan sebagai bayân untuk al-mujmal kecuali dengan salah satu daripada tiga: Pertama, hal itu diketahui dengan adh-dharûrah daripada maksudnya. Kedua, diketahui dengan dalil lafzhi, iaitu Rasul SAW bersabda, “perbuatan ini adalah penjelasan untuk al-mujmal ini”; atau beliau mengatakan ucapan-ucapan yang memastikan boleh atau tidaknya hal itu dari keseluruhannya. Ketiga, dengan dalil ‘aqli, iaitu disebutkan al-mujmal, lalu pada waktu perlu dilaksanakan, beliau melakukan perbuatan yang layak menjadi bayân untuknya dan beliau tidak melakukan sesuatu yang lain, maka diketahui bahawa perbuatan itu merupakan bayân untuk al-mujmal tersebut. Jika tidak, maka berlaku penundaan bayân dari waktu diperlukan dan bahawa itu tidak boleh.”
Jika berlaku bayân berupa sabda dan perbuatan Rasul SAW, maka, seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Amidi di dalam Al-Ihkâm fî Ushûl al-Ahkâm dan al-‘Allamah Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani di dalam Asy-Syakhshiyyah al-Islâmiyah Jilid 3: Adakalanya keduanya sama dalâlah-nya terhadap hukum dan adakalanya berbeza. Jika dalâlah hukumnya sama maka yang lebih dahulu merupakan bayan, baik berupa sabda atau perbuatan, kerana tercapainya maksud dengannya; dan yang kedua adalah penegasan (ta`kîd). Jika berbeza dalam dalâlah hukumnya, seperti diriwayatkan bahawa setelah ayat tentang haji, Rasul SAW bersabda: « مَنْ قَرَنَ حَجًّا إِلَى عُمْرَةٍ فَلْيَطُفْ طَوَافًا وَاحِدًا، وَيَسْعَى سَعْيًا وَاحِدًا » (Siapa yang mengaitkan haji ke umrah maka hendaklah tawaf sekali dan sa’i sekali) (HR Ahmad). Juga diriwayat daripada Rasul SAW: « كَانَ قَارِنًا فَطَافَ طَوَافَيْنِ وَسَعَى سَعْيَيْنِ » (Beliau mengaitkan haji ke umrah dan beliau tawaf dua kali dan sa’i dua kali) (HR ad-Daraquthni). Dalam hal ini perlu diperhatikan: Jika tidak diketahui mana yang lebih dulu, sabda atau perbuatan beliau, maka diambil sabda beliau. Hal itu kerana ucapan menunjukkan secara langsung keberadaannya sebagai bayân. Berbeza dengan perbuatan, yang menunjukkannya dengan perantaraan (yakni dengan tiga hal yang dijelaskan oleh Fakhruddin ar-Razi di atas). Maka dari itu, diambil kira ucapan sebagai yang lebih dulu dan dibawa pada pemahaman bahawa tawaf dan sa’i yang kedua adalah mandûb (sunnah).
Jika diketahui mana yang lebih dulu, yakni sabda beliau, maka tawaf dan sa’i yang kedua menjadi tidak wajib. Lalu perbuatan Nabi SAW wajib dibawa pada hukum mandûb. Jika diketahui yang lebih dulu adalah perbuatan, maka sabda Nabi SAW menjadi me-nasakh kewajipan tawaf dan sa’i kedua yang ditunjukkan oleh perbuatan itu; atau dibawa pemahamannya bahawa perbuatan Rasul SAW sebagai bayân kewajipan tawaf dan sa’i kedua bagi beliau, tetapi tidak wajib bagi umat beliau.
Adapun bayân melalui ijtihad, dalam istilah Syeikh Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah di dalam Taysîr al-Wushûl ilâ al-Ushûl, disebut dengan al-bayân al-mustanbath. Misalnya, firman Allah SWT [ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ ] bahawa dalâlah al-wâwu pada wa ar-râsikhûna bersifat mujmal antara untuk al-‘athaf atau al-isti’nâf sehingga perlu bayân yang me-râjih-kan salah satunya. Dengan intinbâth itu menjadi jelas bahawa tambahan sifat pada ilmu dengan ar-râsikhûna pasti ada hubungannya. Jika al-wâwu untuk al-isti’nâf, jadilah kalimat “wa ar-râsikhûna fî al-‘ilmi” merupakan kalimat baru. Dengan demikian tambahan sifat ar-rusûkh fî al-‘ilm (mendalam ilmunya) itu adalah untuk iman dan ini tidak ada kaitannya. Sebab, untuk beriman tidak diperlukan sifat itu, tetapi cukup ilmu saja. Bahkan akal yang sihat dan lurus sudah cukup untuk beriman.
Adapun jika al-wâwu untuk al-‘athaf maka sifat ar-rusûkh fî al-i’lmi itu untuk mengetahui takwil al-mutasyâbih dan ini ada hubungannya. Sebab, untuk mengetahui takwil al-mutasyâbih diperlukan ilmu yang mendalam. Daripada situ maka yang râjih adalah al-wâwu itu untuk al-‘athaf sehingga waqaf dalam bacaannya adalah setelah wa ar-râsikhûna fî al-‘ilmi, bukan setelah lafaz AlLâh.
Selain itu, jika al-wâwu itu untuk al-isti’nâf sehingga waqaf adalah setelah lafaz AlLâh, maka maknanya hanya Allah saja yang mengetahui takwil ayat al-mutasyâbih. Ini bertentangan dengan firman Allah SWT lainnya bahawa al-Quran merupakan [ بَيَانٌ لِلنَّاسِ ] (penjelasan untuk manusia) (QS Ali Imran [3]: 138) dan [ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ ] (untuk menjelaskan segala sesuatu) (QS an-Nahl [16]: 89). Ini menunjukkan bahawa tidak boleh tidak, semua ayat al-Quran dapat difahami termasuk ayat al-mutasyâbih. Adapun jika al-wâwu itu untuk al-‘athaf maka maknanya bahawa takwil ayat al-mutasyâbih itu juga diketahui oleh ar-râsikhûna fî al-‘ilmi (orang-orang yang mendalam ilmunya). Ini sesuai dengan firman Allah QS Ali Imran [3]: 138 dan an-Nahl [16]: 89 tersebut.
Inilah contoh bayân dengan ijtihad atau al-bayân al-mustanbath (penjelasan yang di-istinbâth).
WalLâh a’lam wa ahkam.
#hadis #bayan #mujmal