[Mafahim Islamiyyah] Siapakah Kaum Muslim Itu? (Bahagian 2/4)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Allah SWT firman, “Dan barang siapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi.” [TMQ Ali Imran (3): 85]
Sabda Nabi SAW, “Islam dibina di atas lima rukun…”
Setelah dilakukan penelusuran secara syarie terhadap lafaz-lafaz al-Islamu yi dan derivatifnya termasuk lafaz Islam, Muslim, dan aslama, didapati bahawa apabila lafaz-lafaz ini disebut tanpa indikasi tertentu, maka ia merujuk hanya kepada makna syarie.
Sekiranya dikehendaki makna lughawi wadh’iy, maka perlu adanya petunjuk untuk mengalihkan makna tersebut daripada makna syarie. Dalam Al-Quran, perkataan ini hanya muncul sebanyak lapan kali. Dalam kesemua lapan tempat itu, perkataan Islam hanya membawa satu makna, iaitu agama yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad ﷺ.
Inilah sudut pandang secara terminologi, dan ia sudah memadai untuk memahami maksud kaum muslim sebenarnya. Hal ini kerana lafaz al-Islamu telah menjadi haqiqah lughawiyah syar’iyah, sebagaimana yang telah dijelaskan dengan nyata dalam nas-nas syarak.
Manakala dari sudut pandang syarie pula, sesungguhnya Allah SWT telah mengutus Nabi Muhammad SAW kepada seluruh umat manusia dengan seruan supaya meninggalkan agama-agama yang dianuti mereka sebelum ini, sama ada agama samawi mahupun bukan samawi dan agar mereka menerima Islam sebagai agama mereka. Sesiapa yang menerimanya, maka dia adalah orang Islam. Sebaliknya, sesiapa yang menolak, maka dia tergolong dalam kalangan orang kafir, sama ada dia seorang Yahudi, Nasrani, atau Musyrik.
Allah SWT berfirman, Orang-orang yang kafir darpada golongani Ahli Kitab dan orang-orang musyrik tidak akan meninggalkan agama mereka sehingga datang bukti yang nyata.” [TMQ Al-Bayyinah (98): 1]
Perkataan ini membawa makna meninggalkan/memisahkan diri daripada kekufuran, dan juga membawa makna memeluk Islam. Nabi SAW bersabda, “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.’ Maka apabila mereka telah mengucapkannya, terpeliharalah darah dan harta mereka daripadaku, kecuali dengan haknya.”
Oleh itu, seluruh manusia dituntut supaya mereka tidak diperangi oleh kaum Muslimin, melainkan jika mereka memeluk agama Islam atau tunduk kepada hukum-hukum Islam, dan mereka dibenarkan untuk kekal dengan agama mereka. Nabi SAW juga bersabda:
“Demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada dalam genggaman-Nya, tidak seorang pun dari umat ini, sama ada Yahudi mahupun Nasrani yang mendengar seruan (kerasulanku), lalu dia mati dalam keadaan tidak beriman terhadap agama yang aku diutus dengannya, melainkan dia pasti menjadi penghuni neraka.”
Allah SWT berfirman, “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi.” [TMQ Ali Imran (3): 85]
Terdapat begitu banyak dalil yang pasti lagi jelas, menunjukkan bahawa sesungguhnya Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Ia juga menjadi bukti bahawa semua manusia, sehingga Hari Kiamat diseru untuk memeluk agama Islam dan tunduk kepada hukum-hukumnya. Maka sesiapa yang memeluk Islam, dia adalah seorang Muslim. Sebaliknya, sesiapa yang tidak memeluk Islam, maka dia secara pasti dikira sebagai kafir.
Sesungguhnya sesiapa sahaja yang berkeyakinan bahawa orang Yahudi, Nasrani, atau lain-lain selepas sampai kepada mereka dakwah Islam masih dianggap sebagai Mukmin, Muslim, atau ahli syurga, maka dia sendiri telah menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam. Ini kerana dengan keyakinannya itu, dia telah mengingkari nas-nas syariat yang pasti sumbernya dan pasti maksudnya. Maka dia perlu kembali daripada keyakinan tersebut dan beristighfar kepada Allah Taala. Jika dia enggan, maka dia telah kafir dan menjadi penghuni neraka jika mati dalam keadaan sedemikian.
Setelah penjelasan ini, maka jelaslah bahawa persoalan, “Siapakah kaum Muslim itu pada hari ini?” telah pun terjawab. Begitu juga maksud lafaz muslimun yang disebut dalam Al-Quran al-Karim apabila ia disandarkan kepada pengikut para nabi sebelum Nabi Muhammad ﷺ.
Oleh yang demikian, segala slogan, propaganda, pemikiran dan persidangan yang menyeru kepada kesatuan agama-agama, penyatuan atau pendekatan antara agama-agama, serta pembentukan komuniti antarabangsa, semuanya adalah sebahagian daripada siri serangan yang telah dirancang oleh musuh-musuh Islam dan ejen-ejen mereka terhadap umat ini. Tujuannya adalah untuk mencampuradukkan dan meleburkan pemikiran umat Islam, serta memalingkan mereka daripada agama yang benar, dengan cara menghancurkan ikatan akidah Islam dalam diri mereka dan menggantikannya dengan ikatan-ikatan rapuh seperti patriotisme, nasionalisme, dan dakwaan ikatan keturunan Nabi Ibrahim AS.
Semua usaha tersebut dilakukan bagi memudahkan serangan dan penghancuran terhadap umat Islam, termasuklah untuk menghalang mereka daripada menempuh jalan kebangkitan yang sebenar iaitu dengan menegakkan Negara Khilafah yang akan menyatukan umat Islam serta membimbing mereka menuju kemuliaan dan kekuatan.
Allah SWT berfirman, “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.” [TMQ Al-Hujurat (49): 10]. Rasulullah SAW bersabda, “Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.”
Tidak terdapat dalam mana-mana nas syarak yang menyatakan bahawa orang Yahudi atau Nasrani itu adalah saudara kepada orang Islam. Bahkan Allah SWT berfirman mengenai mereka, “Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.” [TMQ al-Baqarah (2): 89]
Allah SWT juga berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah engkau mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah daripada golongan mereka.” [TMQ Al-Maaidah (5): 51]
Al-Quran juga telah menegaskan dengan jelas bahawa Nabi Ibrahim AS berlepas diri daripada agama Yahudi dan Nasrani. Firman Allah SWT:
Rasulullah SAW bersabda, “Orang muslim adalah saudara orang muslim.”
Al-Quran benar-benar telah menegaskan dengan jelas bahwa Ibrahim berlepas diri daripada Yahudi dan Nasrani. Allah SWT berfirman, “Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah diri kepada Allah), dan dia juga bukanlah daripada orang-orang Musyrik.” [TMQ Ali Imran (3): 67]
Sumber: Mafahim Islamiyyah
#MafahimIslamiyyah #UmatIslam #KaumMuslim