[Mafahim Islamiyyah] Muhasabah dan Penentangan (Bahagian 2/3)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Allah SWT berfirman, “Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku.”
Jelaslah bahawa seorang Muslim tidak dibenarkan berdiam diri daripada ucapan yang hak ketika ucapan yang hak itu telah menjadi wajib. Sesungguhnya orang yang berdiam diri daripada yang hak adalah umapama syaitan bisu. Dia berhak mendapat azab Allah SWT disebabkan diamnya (daripada berkata yang hak).
Sungguh, Islam telah meletakkan standard bagi kita untuk memuhasabah. Standard itu adalah syariat Allah, bukan akal, maslahat, atau pendapat majoriti rakyat atau majoriti parlimen. Allah SWT berfirman, “Maka apabila kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalikanlah sesuatu itu kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.”
Jadi, hakim (pemutus) dalam perselisihan dengan penguasa atau dalam mengkritik penguasa perlu dikembalikan kepada kitabullah dan sunnah Rasul-Nya. Bukan dikembalikan kepada undang-undang positif (Indonesia), perjanjian-perjanjian antarabangsa, atau majoriti suara rakyat dan parlimen.
Muhasabah adalah tanggung jawab syarak. Para sahabat dan kaum Muslim telah memahaminya sejak berdirinya Negara Islam. Bahkan mereka pernah memuhasabah Rasulullah SAW dalam perdamaian (shuluh) Hudaibiyah dan dalam pembahagian harta rampasan (ghanimah) perang Hunain. Mereka juga pernah memuhasabah Khulafaurasyidin setelah Nabi ﷺ. Muhasabah mereka telah ditetapkan oleh Rasulullah dan tidak ada sahabat yang ingkar. Abu Bakar adalah khalifah Rasulullah ﷺ. Dia meminta kritikan daripada manusia atas dasar Islam. Dia berkata, “Apabila aku berbuat baik, maka bantulah aku. Namun apabila aku menyimpang, maka luruskanlah aku.”
Dia juga berkata, “Taatilah aku selagi aku taat kepada Allah dalam memimpin kalian. Namun apabila aku bermaksiat kepada Allah, maka tidak ada ketaatan kepadaku atas kalian.”
Seseorang daripada kaum Muslim berkata kepada Umar bin Khattab di depan umum, “Apabila kami melihat penyimpangan padamu, nescaya kami luruskan penyimpangan itu dengan pedang kami.” Umar lalu berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah mewujudkan orang yang memuhasabah penyimpangan Umar dengan pedangnya.”
Seorang perempuan daripada kaum Muslim, dia membenarkan idea Umar dalam pembatasan mas kawin wanita. Kemudian Umar turun seraya berkata, “Umar salah dan perempuan itu benar.”
Jadi dalam mengkritik, suara majoriti sama sekali tidak bernilai, banyak atau sedikit. Kekuatan hanyalah datang daripada dalil syarak yang dijadikan sandaran oleh orang-orang yang mengkritik. Oleh kerana itu, seandainya saja majoriti penguasa dan wakil-wakilnya, serta didukung oleh dunia antarabangsa mengatakan bahawa Yahudi tidak menyembunyikan permusuhan terhadap kaum Muslim dan perlu menghentikan peperangan dengan mereka, padahal mereka menduduki bumi kaum Muslim, hal ini boleh saja berlaku.
Namun demikian, idea dan perkataan-perkataan tersebut tidak bernilai kerana ia mengandungi pengingkaran dan pendustaan terhadap firman Rabbul alamiin.
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [TMQ Al-Maidah (5): 82].
Juga firman-Nya, “Dan bunuhlah mereka di mana saja kalian menjumpai mereka dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kalian (Mekah).” [TMQ Al-Baqarah (2): 191].
Dalam merespons orang-orang yang membuat pembohongan atas-Nya, Allah SWT berfirman, “Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah atau mendustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya tidaklah beruntung orang-orang yang berbuat dosa.” [TMQ Yunus (10): 17].
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.
#MafahimIslamiyyah #Muhasabah #kritik #UmatTerbaik #Pemimpin