Ujian Populariti
Oleh: Ustaz Irfan Abu Naveed
Ujian populariti itu besar, lebih-lebih lagi populariti seseorang yang dijadikan sebagai tumpuan dalam masyarakat.
وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً {٣٥}
”Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya).” [TMQ Al-Anbiyâ’ (21): 35]
Nasihat Umar bin al Khattab terkait keburukan yang berlaku dalam dunia ilmu dan kepemimpinan sangat relevan:
تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تُسَوَّدُوا
“Fahamilah agama sebelum kamu dituakan (ditokohkan)”
Ibaratnya, belajar ilmu hingga memahami agama sebelum ditokohkan, dijadikan ikutan, dijadikan sumber rujukan, dijadikan ini dan itu, di mana ucapannya di dengar banyak orang, dilihat banyak penggemar. Ketika para guru mengingatkan akibat salah jalan, sukar untuk menoleh ke belakang, kerana jalan yang dilalui sudah riuh dengan sorak sorai penonton dan followers.
Kes ketergelinciran orang-orang yang baru hijrah akibat ujian populariti, ujian pentas glamor adalah pelajaran, betapa besarnya ujian di sebalik pentas populariti. Di mana syaitan bersumpah, berjanji menyesatkan manusia, menghiasi perbuatan buruk dengan gilapan kebaikan, dia sangka itu baik, hakikatnya ia hanyalah tipu daya syaitan, wal ‘iyadzu billah. Padahal kaedahnya jelas:
الغاية لا تبرر الوسيلة
“Tujuan (yang baik) tidak menghalalkan cara.”
Allah menggambarkan janji Iblis (pemimpin para syaitan) ini di dalam al-Quran:
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
“Iblis berkata: “Ya Rabb-ku, demi sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan buruk) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” [TMQ Al-Hijr (15): 39]
Mereka yang lama dalam bidang ilmu dan pengajian pun boleh tergelincir niatnya, apatah lagi bagi mereka yang “newbie” di dunia ini, perlu dibina terlebih dahulu kematangan visi hidupnya, tsaqafahnya, ibarat penunggang kuda, sudah pasti dia perlu belajar terlebih dahulu sedikit demi sedikit di bawah pengawasan ketat jurulatih, sebelum terus mengendalikan sendiri kuda tunggangannya.
Oleh itu, jangan diberi dahulu pentas populariti kepada orang-orang newbie. Jika tidak demikian, maka dia akan rentan, besar kemungkinan dia akan terjatuh dan binasa. Adakah itu yang diharapkan? Sudah pasti tidak.
غفر الله لنا ولكم
وفقنا الله وإياكم فيما يرضاه ربنا ويحبه