[Mafahim Islamiyyah] Hak-Hak Syarie Manusia dalam Islam (Bahagian 1/6)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Munculnya Pemikiran Hak Asasi Manusia
Pemikiran hak asasi manusia muncul di Eropah pada abad ke-17 (XVII) M. Kemunculannya sebagai akibat dari pergolakan yang tercetus antara gereja-gereja dan para agamawan di satu pihak dan para cendekiawan dan ahli falsafah di pihak yang lain. Ahli falsafah John Locke menyeru hak-hak semula jadi bagi setiap individu yang diambil dari pemikiran hukum alam. Ini adalah undang-undang yang diambil dari tabiat manusia dan sesuatu (benda), ketika manusia dengan akalnya—setelah mempelajari sifat-sifat manusia—dapat mencapai pada tahap membuat undang-undang yang menjamin terpeliharanya hak individu dan membahagiakan mereka dalam kehidupan duniawi.
Setelah berlakunya pergolakan antara kedua-dua kubu, para cendekiawan mendapat kemenangan mengatasi penyokong gereja. Kemudian, cendekiawan itu menubuhkan satu sistem memisahkan agama daripada kehidupan. Muncullah perjalanan mazhab baru tersebut, iaitu ideologi kapitalisme yang menonjolkan pemikiran hak asasi manusia.
Dengan memperhatikan ideologi ini, kami mendapati bahawa hak-hak semula jadi bagi manusia mempunyai tiga asas. Pertama, sebenarnya hak-hak semula jadi bagi setiap individu itu mendahului adanya politik, iaitu mendahului berdirinya negara. Oleh kerana itu, negara-negara bertanggungjawab dalam memuliakan hak-hak dan kebebasan individu, serta melarang penyalahgunaan mereka, malah mesti melindungi mereka.
Kedua, apabila berlaku percanggahan antara kuasa negara dan kebebasan individu, maka manfaat kebebasan individu mesti dikekalkan. Ini kerana, tujuan berdirinya negara adalah untuk memelihara kebebasan individu, iaitu menjaga hak-hak semula jadi manusia sebagai individu.
Ketiga, sebenarnya menjadikan kebebasan individu sebagai asas politik negara memerlukan pembatasan kuasa negara melalui undang-undang. Hal ini untuk menjaga kebebasan individu dan melarang kuasa negara daripada bertindak zalim dalam membatasi kebebasan individu-individu.
Berdasarkan tiga prinsip di atas, pemikir ideologi baru (ideologi kapitalisme) bertujuan menjauhkan undang-undang Tuhan yang mengikat kebebasan individu dan membatasi hak asasi manusia, kemudian menggantikannya dengan undang-undang semula jadi yang berdasarkan realiti dan akal. Kemudian muncullah pemikiran hak-hak individu untuk mengimbangi kuasa negara. Hak-hak individu ini kemudiannya dipopularkan sebagai hak asasi manusia.
Hak asasi manusia telah dikumandangkan semasa Revolusi Amerika pada tahun 1776 M dan Revolusi Perancis pada tahun 1789 M. Seterusnya, pemikiran itu tersebar luas ke pelbagai negara di dunia, iaitu setelah Perang Dunia II melalui PBB. PBB adalah institusi yang diterbitkan oleh negara-negara besar untuk menjaga kebajikan pemikiran tersebut, sekaligus mengekalkan kawalan mereka ke atas dunia.
Selepas itu, pelbagai persidangan telah diadakan dan pelbagai perjanjian antarabangsa telah dilakukan untuk menggalakkan pemeliharaan hak asasi manusia. Juga untuk memberi tumpuan untuk memelihara empat kebebasan, iaitu kebebasan berakidah, berpendapat, kepemilikan, dan kebebasan individu (bertingkah laku).
Pada tahun 1948 M, PBB mengeluarkan Deklarasi Hak Asasi Manusia. Pada tahun 1966 M, perjanjian antarabangsa mengenai hak-hak sivil dan politik telah dikeluarkan. Pada tahun 1993 M, Persidangan Dunia mengenai hak asasi manusia mengeluarkan penjelasan terakhir, yang mengandungi banyak pembetulan terhadap piagam pada tahun1948 M.
Percanggahan Pemikiran Hak Asasi Manusia
Sebenarnya, pemikiran hak asasi manusia yang dibina di atas hak-hak semula jadi dalam pemikiran kapitalis, adalah bercanggah, baik secara teori atau realiti. Dari segi teori, kita dapati bahawa sebahagian dari sekolah-sekolah pemikiran seperti Darwinisme yang dikaitkan dengan Darwin, pengasas idea evolusi dan pembangunan, telah menyerukan kaedah “yang terbaik akan tetap wujud”.
Kaedah ini menafikan hak sesetengah individu dalam kehidupan. Ia juga menentang hak-hak semula jadi setiap individu. Beberapa teori-teori dalam ilmu psikologi yang diadopsi oleh kapitalis mencadangkan bahawa sebahagian manusia sangat agresif dengan tabiatnya, manakala sebahagian yang lain sangat lembut dengan tabiatnya.
Oleh itu, tidak akan ada persamaan ciri-ciri di antara manusia yang memberi hak setiap manusia. Dengan melaksanakan hak asasi manusia yang sama, sebahagian manusia akan kehilangan hak mereka.
Begitu juga, tidak akan pernah ada kesepakatan di antara para cendekiawan tentang adanya hak-hak asasi semula jadi yang terpisah daripada kewujudan masyarakat. Sebilangan kecil para pemikir melihat bahawa pembuatan undang-undang yang menjamin pengekalan hak asasi manusia sebagai lahir daripada pembangunan serentak masyarakat dan material secara bersama. Keadaan ini tidak akan mungkin memisahkan pembuatan undang-undang itu daripada kedua-duanya.
Adapun pertentangan dari segi realiti, maka Undang-Undang Dasar dan piagam-piagam tersebut sebenarnya mengandungi hak asasi manusia dengan cara emosi dan fleksibel. Dengan demikian, memberi kebebasan kepada penguasa untuk mengiktiraf sebahagian hak-hak dan menafikan sebahagian hak yang lain. Undang-undang ini juga memberi peluang kepada penguasa yang berkuasa untuk memalingkan teks-teks sesuai dengan kemaslahatan mereka sendiri.
Begitu juga, perjanjian antarabangsa tidak menangani hak asasi manusia pada tahap pelaksanaan hak asasi itu. Juga tidak memberi keputusan yang jelas mengenai pelbagai metode dan sarana yang menjamin dengan tanggungjawab hak-hak itu. Mereka juga tidak menetapkan hukuman yang mempunyai batas-batas tertentu bagi pelanggarnya. Perjanjian-perjanjian tersebut hanya menetapkan keputusan keharusan untuk keterikatan dan mengekalkan hak asasi tersebut.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.
#MafahimIslamiyyah #HakSyarie #Kapitalisme #Sekularisme